Hari
ini genap setahun setelah peristiwa itu berlalu. Dan lelaki yang berada di
depanku kini datang menuntut janji. Janji yang terlafaz tanpa niat. Janji
kosong yang ku ungkapkan semata-mata untuk melapaskan diri dari belenggu
perasaan yang menyesakkan jiwa ketika itu.
“I
nak tuntut janji you.”
Sebaris
ayat yang menyebabkan jantungku berhenti seketika. Okay hiperbola disitu. Kalau
betul-betul berhenti, habislah aku.
“Huh.
You percaya janji-janji I tu?”
Sekadar
untuk meminta kepastian, aku berlagak menjadi perempuan sombong. Benarkan dia
mahu menuntut janji, atau sekadar datang untuk menguji diriku. Mana tau, dia
ingin mengejek jika aku terhegeh-hegeh
mahu kotakan janjiku.
“I
knew you Lisa. Bukan you namanya kalau mungkir janji. Once you promised, you’ll
fulfill it.”
Aku
mengeluh. Prinsip tetap prinsip. Tapi boleh ke tak kalau aku nak langgar
prinsip aku, kali ni jer???
***
“So,
welcome back home!”
Perlahan
aku jejak masuk ke dalam rumah. Rumah ini, satu pun tak berubah. Kedudukan
perabot, meja makan, ruang tamu, sofa, semuanya tidak berubah.
Aku
meluru ke dapur.
Masih
sama. Sticky notes yang aku tampal pada peti ais masih terlekat disitu. Aku
tersenyum sendirian. Entah apa aku fikir masa aku tulis merapu-rapu kat sticky
notes tu, aku pun tak tahu. Dan ada saja balasan yang ditulis oleh dia.
-I
hate you loserrrr!!-
-But
I love you snooty little twit! haha-
-Gila
kau! Curi megi aku. Nak beli sendiri laa woii!-
-Padan
muka :P -
-Happy
birthday si tua :P -
-Forever
young! Haha thanks =) -
-Kau yang terindah. Lebih indah dari jamban. Kalau
kau takde confirm lagi indah duniaku-
-Kau
dengki kat jamban tu kenapa?-
Haih.
Semua benda kalau boleh aku nak tulis kat situ. Sampai sanggup jelajah kedai
buku semata-mata nak cari sticky notes yang comel-comel. Berhabis duit pun aku
tak kisah.
“Apasal
senyum sorang-sorang, kenang memori cinta luka ke apa?”
Suara
garau itu mengejutkan aku dari lamunan.
Aku kembali
ke alam nyata. Sudah setahun berlalu. Tapi memori dulu masih segar di minda
aku. Saat dimana aku benci berada dalam rumah ni, namun bila diimbau kembali,
rasa rindu datang menyapa.
“I
nak masuk biliklah.”
Aku
kembali ke ruang hadapan.
Beg
baju ku angkat untuk di bawa ke bilikku. Bilik tempat tidurku setahun yang
lalu.
“Hey,
nak pergi mana tu? Bilik you kat sini.”
Dia
selamba menarik tanganku, menghalang aku dari terus melangkah.
“Tu
kan bilik you.”
“You
ni ada penyakit lupa ke apa? You janji nak jadi isteri solehah kan? So apa
lagi, takkan nak duduk bilik asing-asing lagi. Masuk bilik I sekarang. I dah
kosongkan space untuk baju-baju you dalam almari I tu.”
“Tapi…”
“Takde.
Tak payah nak banyak songeh sangat boleh? Masuk!”
Puiiii!
Bagi aku arahan macam apa jer mamat muka alas kaki ni. Tinggal sebilik dengan
Shahrul Hakim? What a bad luck! I’ll make sure you’ll regret this, dear
husband!
***
“Lapar
lah. Makan malam takde ke?”
Soalku
pada Shahrul yang sedang asyik menonton perlawanan bola sepak. Atau sebenarnya dia sedang menunggu aku settle
kan barang-barang aku, baru nak masuk bilik.
Perut
aku dah mula mencucuk-cucuk dah ni. Penat mengemas pakaian dalam almari belum
hilang. Nak angkut barang-barang dari bilik lama aku lagi. Perjalanan tiga jam
dari resort tempat aku bekerja menuju ke
rumah ni pun, aku rasa jauh gila. Macam sepuluh jam lamanya.
“Makan
malam apanya dah pukul 2 pagi ni. You tak makan apa-apa lagi ke dari tadi?”
Soalnya
tanpa menoleh padaku.
Aku
rasa macam nak bagi kaki je kat muka dia. Ada ke patut tanya macam tu?
“Telinga
aku dengar macam orang bodoh jer yang tanya soalan tu.”
Ujarku
perlahan. Seakan berbisik. Sengaja mahu cari pasal.
“Apa
you cakap?”
Dia
menoleh padaku. Yes! Konsentrasi dia dah terganggu.
“Takde
apa-apa.”
“I
heard you, Lisa.”
“Then
why bother asking?”
Aku
nampak muka dia menahan geram. Rasakan. Tanya lagi soalan macam tu kat aku.
Tadi aku dah cakap nak makan dulu sebelum bertolak, kau sibuk cakap boleh makan
masa on the way. Tapi tak berhenti makan pun.
Sekarang
aku tanya ada makanan ke tak, boleh dia tanya aku balik? Eeiiii memang nak
makan penyapu la dia ni.
Tiba-tiba
Shahrul bangun, dan menghampiri aku. Dia datang begitu dekat, hingga aku
terpaksa bergerak kebelakang sikit agar tidak berlaku sebarang pertembungan.
“You
tahu tak, you nampak cantik sangat malam ni.”
Eh,
apasal macam scary je aku rasa ayat mamat ni.
“You
buang tebiat ke apa ni? I tau lah I cantik. So?”
Aku
cuba kawal diri, berlagak seperti Lisa yang biasa, agar tidak terkesan oleh
Shahrul getar yang melanda hati secara tiba-tiba ni.
“So…
I rasa macam… Well… I saw you as a woman
now, and with a man like me, we.. us.. together alone, I feel like… wanting
you…”
Dia
semakin mara ke arahku. Tangannya mengelus rambutku. Dan aku pula semakin ke
belakang hingga dinding menghalang pergerakanku. Wajahnya semakin dekat dengan
wajahku.
“Stop
this nonsense, Shah. I don’t like this.”
Akhirnya
aku bersuara serius. Aku pandang ke kiri kerana wajahnya begitu dekat.
Hidungnya sudah terasa dekat menyentuh pipiku.
Tiba-tiba
dia ketawa. Kuat. Aku terpana.
“You
know what, you look so cute bila you takut-takut macam ni. Hahaha. Macam ni rupa
bini aku bila takut. Hahahahahaha.”
Mangkuk
hayun punya Shahrul. Boleh dia kenakan aku? Aku buat muka tak puas hati. Marah.
“Dalam
cabinet dapur ada banyak megi. Pergilah masak.”
Dia bersuara
bila dia dah tahu erti penat ketawa tak henti-henti.
“Megi???”
Aku
bersuara terkejut. Lupa sudah insiden tadi. Haih! Bosan betul hidup bertuankan
megi ni. Takde makanan lain ke? Macam makanan ruji harian aku jer megi ni.
“Itulah.
Kalau tak nak makan megi, you belajar lah masak. Boleh I isi peti ais tu dengan
barang basah. Boleh you masakkan untuk i. Takdelah I pun tiap-tiap hari makan
megi.”
Membebel
pulak dia ni. Malas mahu membiarkan bebelan dia jadi makin panjang, aku berlalu
ke dapur.
“Masakan
untuk I sekali!”
Sayup-sayup
jer aku dengar suara dia.
Cis.
Dia pun lapar jugak la tu. Saja je nak tunggu aku tanya. Pastu suruh aku
masakkan untuk dia sekali. Banyak betul taktik dia guna nak kenakan aku. Dari
dulu sampai sekarang. Tak berubah. Dan aku pulak asyik terkena jer.
***
Aku
mengiring ke kanan. Huih, ada Shahrul. Tak best. Kemudian aku mengiring ke
kiri, haih, kenapalah Shahrul ni tidur nak kena bukak pintu balkoni. Seram doe.
Tak sanggup aku nak tidur menghadap gelap malam melalui pintu balkoni yang
terkangkang luas tu.
Aku
baring menghadap siling. Kipas berputar perlahan-lahan. Aircord tidak di on.
Kenapa tak campak buang masuk tong sampah je. Beli mahal-mahal bukan nak guna
pun.
“You
ni kenapa? Tak boleh tidur?”
Aku
hanya diam. Tak mahu jawab soalan Shahrul. Dan aku langsung tidak menoleh ke arahnya.
“Bila
orang tanya, jangan buat bodoh jer boleh?”
Aku
diam lagi. Malas mahu melayan.
“Suami
you ni, arahkan you untuk pusing menghadap dia. Sekarang!”
Eleh,
guna kuasa veto. Ada aku kisah?
“Jangan
lupa… you dah janji nak jadi isteri solehah.”
“I
nak tidur. Jangan kacau.”
Akhirnya
aku menjawab. Bab-bab janji ni, aku lemah sikit.
“You
tak rindukan I ke? Setahun you menjauhkan diri dari i.”
Dia
memandangku. Aku dapat rasakan renungannya tajam walaupun pandangannya tidak ku
balas.
“Dah
memang itu janji kita. Lepas setahun, kalau I tak balik jumpa mak bapak I, I
akan balik pada you. Jadi isteri solehah. Haha. Entah apa I fikir masa I cakap
tu. Isteri solehah… totally not me!”
Aku
ketawa yang dibuat-buat.
Mak.
Abah. Entah apa khabar mereka kat kampung tu. Dah lebih setahun aku tak balik.
Semuanya kerana kesilapan aku. Hidup aku penuh dosa. Derhaka. Aku anak derhaka.
Dan mungkin juga isteri yang derhaka.
“Siapa
kata you tak mampu jadi isteri solehah? I believe in you. You boleh jadi isteri
yang baik untuk i. I nampak character tu ada dalam diri you. You just have to…”
Dia
diam.
Haih
dia ni. Aku anti betul orang main cakap tak habis ni.
“To
what?”
“Nothing.
Tidur lah Lisa. Dah pukul empat pagi. Ke you
nak I dodoikan?”
Shahrul
tersengeh nakal.
“Atau
you sebenarnya nak I dodoikan you dengan kaki I ni?”
Soalku
kembali sambil memberi senyuman manis yang dibuat-buat padanya.
“HUish
garang. Hahaha. Good night Lisa! Sweet dream.”
Shahrul
memejamkan mata. Tak sampai dua minit, dengkuran halus kedengaran.
Dan
aku turut memejamkan mata. Namun aku tidak terlelap. Banyak benda yang aku
sedang fikirkan. Sampai bila aku harus begini. Setahun belum cukup buat aku
mengumpul kekuatan untuk bertemu orang tuaku.
Setiap
kali hati ingin pulang, ada perasaan aneh yang menghalang. Rasa takut, rasa
bersalah, rasa menyesal, semuanya berkumpul menjadi satu.
Aku
asyik menangguh. Hingga aku sendiri lupa janjiku pada Shahrul. Jika dia tidak
datang menuntut janjinya petang tadi, memang aku benar-benar lupa pada janji
itu. Dan mungkin lupa aku masih bergelar isteri kepada Shahrul.
Fikiranku
melayang. Kembali pada setahun tiga bulan yang lepas.
Saat
itu merupakan saat paling memalukan dalam hidup aku. Aku ditinggalkan
terkapai-kapai sendirian, tanpa sebab dan alasan. Lagi sebulan majlis
pernikahan bakal dilangsungkan. Bagaimana harus aku sampaikan pada mak, pada
abah?
Semua
persiapan sudah hampir sempurna. Atau lebih tepat segalanya sudah siap, hanya
menunggu tiba hari yang menjanjikan bahagia. Namun dengan hanya sebuah
panggilan, segalanya berakhir. Adam pergi tinggalkan aku. Pergi mengejar cinta
hatinya yang tiba-tiba kembali menunjukkan diri.
Dan
aku?
Dibuang
macam sampah! Mujur saja ada Shahrul sebagai pengganti. Itu pun, setelah dia
puas dipujuk oleh ibu dan ayah mertuaku. Aku pula tiada pilihan. Apatah lagi
memikirkan kesihatan abah. Sakit jantungnya bila-bila masa saja boleh
menyerang.
Aku
dan Shahrul bukan satu kombinasi yang baik. Pernah aku fikirkan bertapa
merananya hidupku jika ditakdirkan jodoh aku dengan Shahrul. Sejak dari kecil,
kami tidak pernah serasi. Ada saja yang ingin digaduhkan.
Akhirnya
bila sudah meningkat remaja, kami memilih untuk membawa haluan masing-masing,
seolah-olah aku dan dia tidak pernah mengenali satu sama lain.
Perkahwinan
aku dan Adam yang bakal berlangsung pun, hanya jemputan yang disampaikan
melalui ayah dan ibunya. Entah apa jasa abah dan mak pada orang tuanya, hingga
mereka sanggup menyelamatkan keadaan bila aku ditinggalkan begini.
Pada
majlis akad nikah, aku lihat langsung tiada kegembiraan terpancar pada wajah
Shahrul. Keruh saja air mukanya. Begitu juga aku. Namun ketika itu aku di pihak
yang menerima pertolongan, maka aku tidak rasa aku layak untuk buat banyak
kerenah.
Kalau
ikutkan hati, aku rela majlis dibatalkan begitu saja. Tapi aku ada orang tua
yang harus ku jaga air muka mereka. Kerana itu bila ayah dan ibu mertuaku
menawarkan bantuan, mahu atau tidak aku terpaksa terima.
“Thanks.”
Itu
saja.
Hanya
itu saja yang mampu aku ucapkan pada malam pernikahan kami. Dan dia hanya
mengangguk sedikit tanda menerima ucapan terima kasihku. Tanpa sedikit pun
berpaling memandang wajah aku.
Beberapa
hari sebelum itu, aku selalu bayangkan malam itu merupakan malam penyatuan terindah
antara aku dan Adam. Namun takdir menentukan sebaliknya. Bukan Adam yang berada
dalam kamar tidurku. Hanya Shahrul yang sedang termenung. Mungkin memikirkan
nasibnya menjadi suami aku.
Aku
lebih memilih untuk tidur. Penat kepala otakku memikirkan jalan penyelesaian
kepada masalah yang Adam timbulkan. Walaupun sudah ada jalan keluar, namun aku
harus memikirkan ke mana hala tuju hubungan aku dan Shahrul.
“Simple
je tu kak. Korang hidup je la macam biasa. Nanti lama-lama okay lah tu.”
Itu
pendapat adikku, Fatima.
“Kau
cakap senang la dik. Yang nak tanggungnya nanti, aku.”
Ketika
itu mataku masih merah.
Merah
akibat tangisan meratapi perbuatan kejam Adam kepadaku. Kemudian menangis
kerana mahu atau tidak aku harus pasrah dengan jodoh lain yang datang
tiba-tiba. Aku jarang menangis. Tapi sekali aku rasa mahu menangis, memang aku akan menangis
teruk. Itu pun aku malu mahu menangis di hadapan orang lain. Takut dituduh
perempuan lemah.
“Sudahlah
tu kak. Lagi dua jam nak akad nikah. Lagi malu kalau akak tukar fikiran. Kesian
mak dengan abah. It’s okay. Allah knows the best for you kak. Just put your
trust in Him, and you’ll find the best is yours.”
Haih.
Pandai jugak adik aku ni memujuk.
Lagi
haru bila mak masuk bilik. Datang dan duduk disebelahku di penjuru katil. Aku
memandang mak, dengan mata yang bergenang. Mak hanya diam, namun tangannya lembut
menggosok belakangku. Aku tahu dia mengerti. Matanya juga penuh dengan rasa
simpati. Namun dia juga tiada pilihan.
Aku
memeluk emak. Perlahan-lahan airmataku tumpah walaupun sedaya upaya ku cuba
untuk menahan. Bakal ibu mertuaku juga masuk ke dalam bilik pengantin ketika
itu. Dia hanya memandang kami dengan penuh pengertian. Beberapa minit sebelum
aku keluar untuk upacara akad nikah, dia sempat berbisik padaku.
“Ibu
yakin, Shahrul lelaki yang terbaik untuk Lisa.”
Aku
menghargai kata-kata itu. Kata-kata yang keluar dari mulut seorang ibu yang
melahirkan, aku pegang. Aku cuba sedaya upaya untuk meyakinkan hati sendiri
yang ketika itu sangat rapuh.
***
“Bangun.
Dah subuh ni.”
Sentuhan
di kaki mengejutkan aku dari lena. Aku masih terpinga-pinga, di mana aku
berada? Oh! Aku keliru antara reality dan memori setahun tiga bulan yang lepas.
Entah bila aku tertidur, aku pun tak tahu. Terlalu lama aku mengimbau kenangan
semalam, hingga aku tertidur.
Aku
menggeliat. Rasa malas sekali untuk bangun.
“Cepatlah.
I tunggu you ni.”
Shahrul
menolak-nolak bahuku, memaksa aku untuk bangun.
“You
solat lah dulu. Nanti I solat lepas you dah solat.”
Ujarku
namun mata ku pejam. Rasa tak puas lagi tidur. Seingatku, pukul empat setengah
pagi pun aku masih belum tidur.
“Bangunlahhh!
Nanti lepas dah solat you sambung la tidur you tu balik.”
“Ermmmmmm….”
Aku
masih malas. Aku bangun dan duduk dengan selimut masih menutupi kaki, namun
mataku pejam rapat.
“I
said now!”
Aku
buat tak peduli. Masih pejam mata dan berharap dapat tidur lagi seminit dua.
Syaitan tentu seronok bergantung pada bulu mataku.
“Okay
then.”
Suaranya
mengendur.
Aku
fikir dia sudah mengalah. Baru saja aku
ingin menyambung tidurku. Namun sebaliknya terjadi.
Tanganku
ditarik, memaksa aku turun dari katil. Aku ingat dia akan berhenti di situ
saja, namun tidak. Aku ditarik hingga masuk ke dalam bilik air.
Mataku
membulat ketika ku lihat dia membuka paip dan ketika itu aku betul-betul sedang
berdiri di bawah semburan shower. Oh my God! Memang tak sempat nak lari ni.
“Shah!
It’s freezing!!!!”
Aku
menjerit. Rasa macam kena simbah dengan air berais.
“Stay
still sweetheart. It’s the best way to get the blood moving in the morning.”
Dia
ketawa.
Aku
sudah meronta-ronta kesejukkan. Pakaianku basah kuyup. Shahrul memegang kuat
tanganku agar aku tidak bergerak. Mandi pagi bukanlah tabiatku kecuali jika ada
air panas.
“Okay
fine fine. Bukak air panas. Please… Sejuk sangat ni.”
Aku
separa merayu.
“No.
Not yet. Nak I sabunkan?”
“I’ll
go take my own shower, thanks.”
Aku
masih cuba lari dari kekejaman Shahrul.
Aku
hanya mendengar dia ketawa ketika paip sudah ditutup. Ku sapu mukaku yang basah
hingga mengaburkan pandanganku.
“You’re
going to pay for this Shah, I swear you are!”
Hanya
itu yang mampu ku ungkapkan.
Shahrul
berpura-pura tidak dengar. Dia keluar dan kembali dengan sehelai tuala di
tangan.
“Hah!
Kan dah comel bila dah mandi. Nah towel. Cepat sikit ambil wudhuk. I tunggu
you, kita solat sama-sama.”
Aku
buat muka, dan mengambil tuala dari tangannya. Segera aku menutup pintu bilik
mandi. Aku buka air panas dan meneruskan mandian. Pergh legaaaa bila dah guna
air panas.
Kerana
aku mandi dalam keadaan terpaksa, aku keluar dari bilik air dalam keadaan
berkembang. Baju basah ku tinggal saja dalam bilik air. Shahrul buat-buat tak
nampak ketika aku buka almari untuk mengambil baju.
Lagipun,
ini bukan kali pertama dia melihat aku dalam keadaan begini. Dulu dah berpuluh
kali dia main masuk jer bilik aku tak bagi salam, dan kebetulan aku baru keluar
dari bilik air. Awal-awal dulu ada juga rasa segan dan malu, namun lama-lama
aku dah malas dah nak segan bagai.
Aku
kembali ke bilik air untuk memakai pakaian. Tak mungkin untuk aku memakai baju
dihadapannya. Masih malu untuk itu.
Usai
solat, dia berdoa. Bacaannya ketika solat tadi membuat hatiku terdetik sesuatu
yang aku tidak mengerti. Kini doanya pula seolah-olah membelai hatiku. Rasa
sayu. Hampir saja airmataku jatuh, namun ku tahan dan hanya mengaminkan doa.
Habis
berdoa, aku bangun dan membuka telekung. Namun tanganku tiba-tiba ditarik dan
aku terduduk kembali.
“We
need to talk.”
Aku
mengangkat kening. Macam serius je dia ni.
“About
what?”
“About
us.”
“Okay.
I’m all ears. Go ahead.”
Dia
diam seketika.
“You
ingat apa you janji pada I setahun yang lepas?”
Soalnya.
“Well…”
Aku
tidak tahu apa yang harus aku jawab. Pura-pura menggaru kepala yang tak gatal.
Memanglah aku ingat.
“I
betul-betul nak you tunaikan janji you tu. And for the first baby step, tiap
kali lepas solat I nak you salam tangan I, cium tangan i. Boleh?”
Aku
mengangguk-angguk sambil tanganku bermain-main dengan juntaian rambut didahi.
Bercakap mengenai isteri solehah ini, oh itu memang bukan kepakaran aku.
Lagipun, menjadi isteri yang baik untuk Shahrul, aku rasa kelakar.
“Dan
untuk langkah seterusnya, I nak bawak you balik.”
“Balik
mana?”
Jantungku
berdegup kencang. Aku dapat mengagak kemana dia mahu bawa aku.
“Balik
jumpa mak dan abah. I nak you minta maaf dengan diorang.”
Tangannya
bergerak mencapai tanganku.
“Shah,
I’m not ready for that yet.”
“Sampai
bila Lisa? Remember, they are you parents. Don’t worry. I’ll be by your side.
Always.”
Dia
menguatkan genggaman tangannya.
Dia
cuba memujukku.
Dan
aku hanya terdiam. Terimbau kembali peristiwa setahun yang lalu. Peristiwa yang
menyebabkan aku free free je dapat tittle anak derhaka.
***
“Hello
Lisa! How are you???”
Aku
biasa dengar suara itu. Aku yakin itu Haikal, kawan sekerja di hotel yang sama
denganku.
Aku
berpaling. Dan memang Haikal yang menegurku.
“Hey!
You dah sihat ke? Dengar haritu macam demam teruk.”
“Bolehlah.
Lagipun I bosan duduk kat rumah tak buat apa-apa. Mr. Chang mana?”
“Amboi.
Dalam ramai-ramai orang, manager Chang jugak yang you cari ya!”
Dia
hanya tersenyum, menunjukkan barisan gigi bersihnya yang tersusun rapi.
Tiba-tiba
Aleesya, penyambut tetamu hotel datang sambil tersengeh-sengeh memandang Haikal.
Semua tahu dia meminati Haikal, namun Aleesya bukanlah taste Haikal walaupun
dia gadis yang sangat cantik.
“Haikal!
Mr. Chang asyik sebut-sebut pasal you. Dia risau pekerja kesayangan dia ni
sakit. I think if you go in and see him, he’ll just send you right back home.”
Aku
senyum mengiakan kata-kata Aleesya. Itulah kelebihan Mr. Chang. Dia sangat
mengambil berat hal ehwal pekerja-pekerja di bawah seliaannya. Walaupun aku
juga salah seorang manager di hotel itu, aku tidaklah begitu perihatin.
“Don’t
worry Aleesya. I’m expert enough to handle that. By the way Lisa, I have
something to discuss with you later. Would you mind if I nak jumpa lepas you habis
shift you malam ni?”
“Okay!”
Aku
hanya bersetuju, tanpa mengetahui niat Haikal yang sebenarnya.
Manalah
aku tahu, pertemuan dengannya pada malam itu membawa malapetaka dalam hidupku.
Dulu Adam buat hal, sekarang Haikal pula.
Mungkin
dia berdendam denganku, kerana aku pernah menolak cintanya. Aku isteri orang
kot. Takkan tak faham-faham? Dan bukankah dia dah berjanji untuk menjadi kawan
yang baik untukku walaupun cintanya dah ku tolak?
Malam
itu, Shahrul datang dengan wajah monyok. Masakan tidak, aku dan Haikal
ditangkap basah gara-gara rancangan jahat Haikal untuk mengenakan aku. Kerana
aku masih isteri Shahrul, aku dilepaskan dengan jaminan tanpa banyak soal.
Ketika
berada dalam kereta, kami masing-masing diam. Aku diam kerana rasa bersalah
menguasai minda.
“Tell
me, it was a mistake.”
Shahrul
memecahkan kesunyian. Suaranya tegang, tiada lagi nada usikkan seperti biasa.
Aku
hanya diam. Seakan ingin menangis, namun entah kenapa airmataku seolah kering.
“You’re
going to tell me Lisa! Tell me it was a mistake. Something that shouldn’t have
happened, and won’t happen again!”
Suaranya
keras.
Aku
menoleh padanya. Tidak pernah sekali pun sejak perkahwinan kami tiga bulan yang
lalu, dia meninggikan suaranya padaku. Walaupun perkahwinan ini bukan atas
dasar suka sama suka, kami masih mampu berfikir secara rasional.
Aku
ada masalah aku, dan dia pula hanya menurut permintaan ibu dan ayahnya. Lagipun
kami pernah rapat ketika kecil, dan masih mampu untuk hidup sebumbung dengan
baik walaupun bukan seperti suami isteri yang lain. Kami boleh bergurau senda,
berkongsi cerita, dan perangai lama kami yang asyik bergaduh tetap ada.
Aku
dan dia bagaikan kawan baik yang tinggal serumah. Namun setelah apa yang
terjadi, aku faham perasaannya sebagai seorang suami. Pasti sedikit sebanyak
hatinya terluka walau tiada cinta antara kami.
“I’m
going to tell you it was a mistake.” Aku manjawab dengan suara bergetar, dan
diam seketika. “Something that shouldn’t have happened.” Aku diam lagi,
kemudian menyambung. “But I can’t tell you it won’t happen again.”
Dia
menoleh padaku. Pandangannya tajam. Ada api kemarahan yang menyala. Ada sesuatu
yang dia ingin katakan, namun belum sempat dia membuka mulut, aku menyambung
bicaraku.
“Hidup
I mungkin dah ditakdirkan macam ni.”
“Apa
maksud you?!!”
“You
tak perasan ke Shah? Adam lari tinggalkan I macam I ni orang bodoh! Macam I ni
barang yang kalau dia nak, dia ambil. Dia tak nak, automatic I jadi sampah.
Kemudian I kena kahwin dengan you. Hidup kita tak macam suami isteri yang lain.
Sekarang dengan Haikal, I tolak cinta dia sebab I tahu status isteri yang I
pegang sekarang. Tapi you tengoklah apa yang dia buat pada I. Hidup I porak
peranda kerana lelaki. Atau sememangnya I ni perempuan bodoh! Terlalu
percayakan lelaki.”
Segala
rasa yang terbeban dalam hatiku malam itu, aku luahkan pada Shahrul. Dia diam,
setia mendengar bicaraku.
“Hantar
I balik.”
Aku
membuat keputusan.
“You
nak balik mana?”
“Balik
rumah mak abah. We should tell them what’d happened.”
Shahrul
menggeleng.
“No.
Nobody should know this. You kena fikir keadaan abah. Abah kan sakit, Lisa.”
Aku
menepuk dahiku. Adoi. Macam mana aku boleh lupa tentang kesihatan abah.
Sebaliknya Shahrul pula yang lebih prihatin mengenai perkara itu.
“Yeah,
you’re right.”
Kami
diam untuk seketika, namun suasana sunyi di dalam kereta terganggu dengan
deringan telefon bimbitku. Ku lihat nama pemanggil di skrin telefon. Fatima!
Dan
pada malam itu, sekali lagi aku terkena adrenaline rush. Abah masuk emergency
ward. Berita mengenai tangkap basah sampai ke pengetahuan abah. Ini semua
gara-gara Aleesya yang busy body bawak mulut. Sanggup dia menelefon rumahku,
dan kebetulan yang mengangkat telefon ketika itu adalah abah.
Pada
mulanya abah kelihatan tenang, sempat dia menceritakan berita buruk itu pada
mak. Namun beberapa minit selepas itu, abah mengadu sakit dada sebelum dia
tiba-tiba pitam. Nasib baik Fatima ada dirumah. Kalau tidak aku tak tahu siapa
yang akan memandu kereta untuk bawa abah ke hospital kerana emak tidak tahu
memandu.
Emak
menyalahkan aku. Katanya gara-gara aku abah ditahan di wad. Abah pula tidak
mahu berjumpa langsung denganku. Aku sangat kecewa. Fatima hanya mengambil
sikap tidak tahu. Katanya dia tidak mahu masuk campur walaupun dia sendiri
terkejut dengan berita itu.
Aku
hanya ada Shahrul. Dia setia menemani, memberi semangat padaku. Dia mejanjikan
kesetiaanya untuk sentiasa berada bersamaku ketika aku dalam kemurungan.
Kemuncak
peristiwa itu bila aku bertengkar dengan emak. Aku sudah tak tahan lagi,
lebih-lebih lagi berita khalwat emak sampaikan pada Mak Su, adiknya. Teruk aku
dihina, seolah-olah aku perempuan jalang. Malah aku turut dipersalahkan bila
tiba-tiba soal Adam meninggalkan aku diungkit.
Bila
aku bertengkar dengan emak, aku seolah-olah dirasuk kerana rasa begitu terhina
dan kecewa. Emak tidak mahu mengakui aku anaknya lagi. Hatiku hancur luluh. Aku
begitu kecewa hingga aku mengangkat kaki pergi meninggalkan rumah pada malam
itu. Hatiku berjanji untuk tidak menjejakkan kakiku lagi ke rumah itu walaupun
sekali.
“Look
Lisa. You’re tired. You need to rest. We’ll go and ask for the forgiveness
again when everything is back to the right place.”
Shahrul
memujuk sambil tangannya memaut bahuku.
Ketika
itu aku berada di pantai, walaupun jam sudah menunjukkan dua pagi. Kerana hanya
dengan berada dipantai jiwaku akan tenang, dan aku mampu berfikir secara
rasional. Aku lebih selesa duduk di atas pasir begini, dengan Shahrul yang
setia berada disisi.
Namun
saat itu hatiku terlalu parah. Kata-kata Shahrul hilang ditelan angin malam.
“I’d
told you, Shah. I couldn’t promise you something like this wouldn’t happen
again. Look, in just a few days my parents throw me out from their life. Hidup
I, ditakdirkan macam ni.”
Aku
menutup mukaku bila aku dapat rasa air hangat mengalir di pipi.
“No.
Stop saying anything. Semua tu hanya perasaan kecewa you. Come on Lisa. This is
not you.”
“I
dah tak ada sesiapa lagi. Hidup I dah hancur! Semua orang yang I sayang pergi
tinggalkan I. I am all alone.”
Aku
bersuara dalam sendu.
“You
still own me.”
Aku
terdiam. Aku memandangnya.
“You
jangan lupa, I ni suami you. Mungkin bagi you, pernikahan kita hanya satu
permainan takdir yang tertulis atas kertas saja. But not for me. I betul-betul
serius dengan perkahwinan kita. And I’ll be by your side, no matter what
happen.”
Dia
membalas pandangan aku. Lama. Kami saling memandang, dan aku cuba mentafsirkan
kata-katanya sebentar tadi. Betulkah apa yang telinga aku dengar?
Aku
tersedar ketika mindaku menangkap pergerakkan Shahrul. Dia mendekatkan wajahnya
denganku. Dan belum sempat aku menafsirkan maksud gerakannya, bibirnya sudah
selamat mendarat di bibirku. Aku terkejut. Mataku terbuntang luas. Bibirnya
masih memaut erat bibirku.
Otakku
terasa begitu lambat mencerna apa yang terjadi. Setelah beberapa ketika,
barulah tanganku menolak kuat dadanya.
Aku
dan dia masing-masing diam. Malah langsung tidak bergerak. Aku memandangnya
dengan pandangan tidak percaya. Shahrul betul-betul sudah jatuh hati padaku,
atau dia hanya mengambil kesempatan dengan apa yang terjadi?
“Lisa…”
“Okay
stop. I don’t have anything to tell you, nor do I want to hear anything from
you.”
Aku
bingkas bangun dan menyapu pasir yang melekat pada seluar.
“You
nak pergi mana?”
Aku
tidak menjawab. Aku hanya berjalan sesuka hatiku namun belum jauh aku
melangkah, lenganku ditarik.
“Lisa
please. Don’t be childish. We both are adult, you’re my wife and nothing’s
wrong for me to kiss you.”
Perghh.
Selamba dia cakap macam tu?
Aku
dah macam tak betul bila kena kiss, dan boleh dia cakap tak ada apa-apa? Oh
this is totally not right! You’ve made thing worst Shahrul!
“Okay
Lisa.Look, I’m sorry.”
Ujarnya
bila aku mahu melangkah lagi meninggalkan dia.
“Let’s
talk about this next time. Sekarang I nak bawak you balik. Kita balik rumah
kita. Then we will decide what to do after having some rest.”
Aku
mengangguk. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu mana mahu pergi. Mahu atau
tidak aku harus mengikut dia pulang, sekurang-kurangnya untuk malam ini.
Tanganku
ditariknya perlahan menuju ke kereta. Dalam kereta, masing-masing diam. Shahrul
tidak menunjukkan tanda-tanda dia ingin memulakan perjalanan. Dia seolah-olah
memikirkan sesuatu.
Kesunyian
antara kami dipecahkan dengan ketukan perlahan cermin kereta. Kami terkejut. Aku
terpana melihat gerangan yang mengetuk cermin kereta kami. Kenapa semua ni
terjadi pada aku?
Aku
tidak tahu mahu ketawa atau marah. Dalam masa seminggu, dua kali aku ditangkap
basah. Walaupun kali ini aku terselamat kerana Shahrul adalah suamiku, namun
tetap ada perasaan kecewa. Kecewa dengan takdir hidupku.
Sampai
dirumah, Shahrul boleh ketawa dengan apa yang terjadi. Tidakkah dia tahu
bertapa sensitifnya perihal tangkap basah itu padaku?
Memang
logic kami ditangkap. Maklumlah, berdua ditepi pantai dalam kereta,
tengah-tengah malam. Sesiapapun akan mempunyai syak wasangka yang bukan-bukan.
Namun
entah kenapa, aku rasa seolah-olah terhina dengan tawa Shahrul. Rasa kecewa.
Mana janjinya untuk sentiasa berada disisiku, bersamaku disaat sukar? Kenapa
dia seolah tidak mengerti?
“Shah,
I nak keluar dari rumah ni.”
“What???!”
“I
have to go. I nak mula hidup baru. I nak lupakan segala yang terjadi.”
“No!
Don’t be stupid Lisa.”
“Please.
Let me go.”
“Lisa…
you isteri I. Tempat you hanya di sisi I. Kat mana I ada, di situ tempat you.
You tak perlu pergi mana-mana.”
“I
hanya isteri pada nama saja Shah. Dan I bukanlah isteri yang baik. I juga bukan
anak yang baik.”
“Lisa.
I need you. Don’t leave me!”
“No.
Nobody needs me. And I’ll go, no matter what.”
“Bagaimana
dengan parents you?”
“They
hate me.”
“No
they don’t!”
“Look.
I’ll go and apologize to them. But not now, or maybe not in months.”
“I
tak percaya you mampu, Lisa.”
“Trust
me. Within a year, they’ll accept my apology. Or else, I’ll come back to you,
and be you isteri solehah as you wished! I promise you, Shah. I promise.”
Dan
malam itu juga aku keluar dari rumah Shahrul. Dengan bantuan beberapa orang
kenalan, aku berjaya mendapatkan kerja baru di sebuah resort di tepi pantai.
Aku pula tinggal saja di resort itu kerana mereka menyediakan kemudahan
penginapan untuk pekerja yang memerlukan.
Aku
tidak tahu bagaimana Shahrul berjaya menjejaki aku. Dia benar-benar datang
menuntut janji setelah setahun berlalu. Tepat setahun.
***
“Jauhnya
you termenung sayang.”
Kata-kata
Shahrul membangunkan aku dari lamunan.
Sayang?
Who the hell is sayang? Aku mencebikkan bibir.
“Okay
deal then. As long as you temankan I, everything will do. Bila you nak bawak I
jumpa parents I, and parents you?”
Soalku.
“About
my parents, you don’t have to worry. They know the truth, as I already
explained every single thing to them. The matter now is your parents. We’ll be
seeing them after a day or two. Be ready okay?”
Aku
mengangguk. Lagak seperti bosku di resort yang sedang berpuas ketika melihat
kerja-kerja kami.
“Err
by the way Lisa, you tak nak lepaskan tangan I ke?”
Soalan
Shahrul menimbulkan kekeliruan di benakku.
Eh,
aku pegang tangan dia? Bukan dia ke yang pegang tangan aku tadi?
Mataku
beralih pada tangan kami. Damn! Elok jer tangan aku pegang tangan dia. Erat
pulak tu. Mungkin masa fikiran aku terbang ke masa lalu, aku terpegang tangan
dia kuat kot.
Dan
ketika aku mahu mengalihkan tanganku, dia sengaja memegang tanganku kembali.
“Lisa,
you tak perlu alih tangan you dari tangan I lagi dah. No matter who told you to
do so. Atau kalau you nak alih jugak, memang I takkan izinkan lagi. You’re
mine. And I’m yours.”
Seraya
itu, dengan selamba badak air dia bawa tanganku ke bibirnya dan mengucupnya
lembut. Pertama kali dia berjaya buat aku blushing sejak aku kembali ke rumah
kami. Entah kenapa, dadaku berdegup kencang. Aku segera mengalih tanganku dan
bangun. Telekung aku lipat tanpa mempedulikan Shahrul yang terus menerus tenung
aku macam nak telan!
***
“Kenapa
you diam jer ni?”
Tanya
Shahrul ketika kami sedang menonton televisyen di dalam bilik. Ketika itu aku
meniarap sambil makan epal dan dia di sebelahku menyandar di kepala katil.
“I
don’t think you’ll appreciate any noise while watching television, do you?”
Tanpa
menoleh, aku menjawab dan terus menguyah epal dengan penuh nikmat.
“I
mean, you tak banyak bercakap sejak pagi tadi. I kacau you pun you tak layan.”
“Entah.
Perasaan you je tu. I okay jer.”
“You
malu ea?”
Aku
mengangkat kening, menghantar isyarat mata dengan pertanyaan kenapa.
“Ye
la. You malu la I kissed tangan you tadi.”
Aku
ketawa kuat. Sengaja ingin menutup rasa hati yang mengakui keraguan Shahrul.
Memang aku malu pun.
“Malu
malu ni bukan I la, Shah. Kenapa? You ada rasa malu ke tadi masa you kissed
tangan I? Itu lah, nak buat something tu tak nak fikir banyak kali dulu.
Sekarang dah mula la tu malu sorang-sorang.”
Aku
kembali mengusiknya.
“I?
Seribu tahun pun takkan mungkin Lisa. I kan lelaki, of course lah I suka
benda-benda macam ni. Lagipun, I dah biasa sangat lah dengan perempuan ni.”
Ada
nada ingin mengusik di situ. Mungkin dia mahu menguji aku, mahu melihat sejauh
mana aku akan cemburu.
Dan
aku ketawa mengejek. Aku begitu kenal perangainya. Di luar, dia seorang pendiam
dan pemalu orangnya. Sangat berlawanan dengan aku. So ada hati lagi nak biasa
dengan perempuan? Mungkin la terbiasa sikit, kalau tak takkan dia pernah ada
awek. Tapi tak terlalu biasa. Boleh dikira dengan sebelah tangan jer berapa
orang perempuan yang betul-betul rapat dengannya.
Heh!
Aku tersengeh saja memandangnya.
“What
are you grinning at?”
Soalnya.
Tiba-tiba
otakku merencanakan idea nakal.
Aku
bangun dan bergerak menghampiri Shahrul. Begitu hampir. Badanku rapat padanya. Dia
kelihatan terkejut dan membetulkan duduknya. Sengaja aku dekatkan wajahku
dengan wajahnya. Epal yang masih bersisa ku letak. Jari jemariku sengaja aku
mainkan di wajahnya sambil aku gatalkan lagi mimik mukaku.
Hampir
saja aku hamburkan ketawaku melihat wajah kagetnya. Mungkin dia tidak sangka
aku akan bertindak begitu. Malah pandangannya padaku juga seolah-olah dia
seorang anak dara yang dikacau oleh si teruna.
“What
did you do to yourself? Why you’d changed so much only within a year? You
look…more… sexy… and… delicious…”
Ujarku
dengan suara yang sengaja aku perlahankan beserta rengekan manja.
Tanganku
nakal bergerak dari wajahnya kemudian turun ke dada bidangnya. Saat itu aku
hanya mampu berdoa, supaya aku mampu menahan tawaku dari meletus.
“Lisa…
don’t…”
Tergagap
suara mamat ni. Dia kelihatan begitu terkejut. Hah rasakan! Semalam kau kenakan
aku.
“Sweetheart…
it’s great having the situation reversed!”
Ujarku
seraya ketawa terbahak-bahak.
Tanganku
tidak lagi bersentuhan dengannya, malah aku menekan perutku menahan senak
akibat ketawa terlalu kuat. Tawaku yang kutahan dari tadi ku hambur sepuasnya.
Rasakan!
Tawaku
terhenti apabila Shahrul tiba-tiba memegang pergelangan tanganku. Begitu kuat
hingga aku terasa sakit.
“Apa
ni Shah. Sakitlah!”
“Lisa.
You tahu something tak?”
Dan
aku tidak menjawab. Tangan aku masih terasa sakit. Aku cuba melepaskan
tanganku, namun makin aku cuba, makin erat genggamannya.
“I
wish you were not joking around.”
Dia
memandangku. Pandangannya tajam. Haih dia ni, nak kenakan aku balik ke?
“Okay
fine. I’m sorry. Sekarang lepaskan tangan I boleh? Sakit tau!”
“You
know that I love you, don’t you?”
“Alah,
tak payahlah you nak kenakan I balik Shah. Tangan I ni, sakit. Please.”
“Cakap
dulu, yang you sayang i. Baru I lepaskan tangan you.”
Ugutnya.
Aku
mencebik. Ada ke main paksa-paksa. Namun tiba-tiba timbul tanda tanya. Aku… aku
sayangkan Shahrul atau tidak? Lama aku diam. Hingga memaksa Shahrul bertanya.
“You
kenapa? Kenapa diam tiba-tiba?”
“I
just wonder. I tak tahu I sayang you atau tidak. Pertanyaan you tadi tu buat I
terfikir.”
Shahrul
melepaskan tanganku. Aku sudah tidak peduli lagi akan genggaman itu. Lagipun
tanganku sudah tiada rasa apa-apa lagi kerana kebas akibat terlalu lama
dipegang Shahrul.
“Kalau
macam tu, let me test you.”
Kedua-dua
tangan Shahrul memegang wajahku, dan menarik mukaku menghampirinya. Aku kaget,
kerana peristiwa seperti ini pernah terjadi setahun yang lalu. Namun hatiku
tidak pula terasa ingin menolak, kerana aku pun nak tahu hasil test yang
Shahrul maksudkan.
Lama
bibir kami bertaut. Aku memejamkan mata. Namun tiada debaran dihati, tidak
seperti subuh tadi ketika tanganku dikucup.
“I
feel nothing.”
Ujarku
jujur.
Aku
memandangnya tanpa rasa malu, namun sebaliknya muka Shahrul pula yang memerah.
“Eh,
you malu ea? Muka you merah! So betul lah you dah tangkap leleh dengan i?”
Soalku
pada Shahrul dengan nada yang sangat teruja. Separuh betul-betul teruja, dan
sebahagian lagi aku rasa aku sengaja buat-buat teruja.
“Mana
ada!”
Dia
berpaling dari pandangan mataku.
“Kalau
tak kenapa you tak nak pandang i?”
“Well,
I don’t think you’ve any idea about this.”
“Then
explain.”
“It’s
complicated.”
“I’m
sure I can keep up.”
“I
lelaki lah dear. I bukan malu. Tapi I rasa macam tak nak lepas je you. Dan
kalau sekali I tak lepas, memang tak keluar bilik la you lepas ni.”
Ujarnya
dengan nada separa mengusik.
Aku
tergaman. Baik aku selamatkan diri. Terus aku bangun dari katil dan keluar.
“Hah,
takut la tuuu…”
Usiknya
lagi.
Aku
hanya menjelirkan lidah dan berlalu ke dapur. Lapar. Dasar perut gajah.
***
“Masak
apa?”
Tidak
perlu berpaling, aku sudah tahu itu siapa. Shahrul lah, siapa lagi ada dalam
rumah ni selain aku dan dia.
“Masak
megi.”
“Again?”
“Do
I have any other choices?”
“Of
course you do dear. Jom siap. Kita pergi Giant, beli barang dapur. Lepas ni tak
payah makan megi lagi dah. You je masak untuk i.”
Aku
salah dengar, atau dia ni memang nak kena?
“Wait,
I masak untuk you? Hoho memang tak lah!”
“Habis
tu takkan I nak masak untuk you? You kan isteri.”
“Well,
for your information Shah, tugas memasak tu bukan tugas isteri ok. Sepatutnya
tu semua tugas suami.”
Aku
memberi hujah.
Walaupun
ilmu pengetahuan aku tidaklah seluas mana, namun aku tahu perkara ini. Jika
isteri yang memasak, kemas rumah sekalipun, itu hanyalah dianggap kerja
kebajikan, bukan kewajipan seorang isteri.
“Habis
tu tugas isteri apa?”
Duganya.
“Well,
jaga anak.”
Balasku
ringkas.
“So
bila you nak bagi I anak?”
Soalnya
dengan nada mengusik.
“Ish
you ni kan!!!”
Geram
betul aku dengan dia ni. Ada je nak mengusik.
Dia
ketawa.
“Betul
apa. Tadi I dah buat introduction untuk dapatkan anak, you lari. Jadi apa
salahnya sebelum kita dapat anak, you tolong masak untuk i. I akan tolong la
mana yang patut.”
“Malas
I nak layan you.”
“Tak
payah nak layan I sekarang. Malam ni I on je kalau you nak layan i.”
Dia
ketawa mengusik lagi.
“Eiii
gatal doe mamat ni! Dah lah! Kata nak pergi Giant. Cepatlah siap!”
“So
you masak untuk I la ni?”
Nadanya
kedengaran begitu teruja.
“Ye
la. Tak sedap padan muka you.”
Sebenarnya
aku tak adalah kisah sangat mahu masak untuk Shahrul. Lagipun sepanjang setahun
aku tinggal di apartment yang disediakan pihak resort untukku, aku selalu
mengasah bakat memasakku. Maklumlah, kebetulah housemateku kak Nadia memang
pandai memasak. Semua resepi dia turunkan padaku.
***
“Amacam,
sedap?”
Soalku.
Hatiku
berdebar-debar. Takut hasil masakanku tidak disukai Shahrul.
Ku
lihat wajahnya. Dia buat muka. Mukanya seperti menahan rasa yang tidak sedap.
“Kenapa?
Tak sedap ke?”
Soalku
lagi.
Segera
aku mengambil sudu dan rasa sendiri masakanku itu. Seingat aku, tadi aku dah
betul-betul puas hati dengan hasil air tanganku.
“Elok
jer.”
Komenku.
“Memang
pun. Bila masa I cakap tak elok?”
Soal
Shahrul selamba sambil meneruskan suapannya.
“Habis
tu you buat muka macam tak sedap tadi tu, apa?”
“Saja
nak test you. Cuak jugak you ya. Kenapa? Takut husband you tak suka air tangan
you ke?”
Ejeknya.
Aku
buat muka bengang. Dan aku sememangnya bengang dengan mamat tiga suku ni. Rasa
nak simbah je lauk pauk ni kat muka dia. Kalau ada asid kat sini, dengan
asid-asid tu sekali aku simbah kat muka dia. Biar dia tahu apa itu erti
penyesalan.
“Okay
I’m sorry. Toksah buat muka lagu tu la. Buruk sangat. Meh makan dengan I meh.
Bosan la makan sorang-sorang.”
“You
makan lah sorang-sorang. Tengok muka you jer dah hilang selera i.”
Aku
segera berlalu masuk ke bilik, meninggalkan Shahrul seorang diri di meja makan.
Entah
kenapa tiba-tiba aku menjadi begitu sensitive. Aku syak ini semua angkara
perubahan hormone. Maklumlah, orang perempuan. Tiap kali aku emotional, aku
akan salahkan hormone. Tapi takkanlah hormone aku selalu buat aku emo?
Aku
berbaring di atas katil. Biasanya selepas tidur, emosiku akan kembali stabil.
Mood aku pun akan okay. Tapi aku tak dapat lelapkan mataku. Entah kenapa.
Aku
dengar tapak kaki Shahrul di depan pintu bilik. Segera aku menutup mukaku
dengan selimut. Entah aku sendiri tidak pasti sama ada aku sedang merajuk
ataupun tidak. Merajuk, itupun merajuk dengan Shahrul? Oh it doesn’t sound like
me.
“Alaa
Lisa, merajuk dengan I ke?”
Soalnya.
Aku
buat tak layan. Sengaja keraskan diri seolah-olah aku dah tidur.
“Look.
I’m sorry okay. I saja je nak bergurau dengan you. Takkan itu pun nak marah?”
Nadanya
seolah memujuk.
Aku
hanya tersenyum tipis ketika itu. Rasa kelakar la pulak.
“Lisa
please…jangan lah macam ni. You buat I serba salah tau!”
Hah
rasakan! Suka sangat kenakan aku.
“Ok
you nak I buat apa sekarang? Lisa please lah. I tahu you tak tidur lagi.”
Aku
tetap keraskan diri.
Tiba-tiba
selimutku ditarik. Aku terkejut.
“Hah!
Kan I dah cakap, you tak tidur lagi.”
“Ish
kacau la! Nak tidur pun tak boleh.”
Bentakku.
“Tidur
apa petang-petang macam ni.”
“Ikut
suka hati I la. You sibuk apasal?”
Marahku.
“You
merajuk ea? Eh comel lah you bila merajuk. Rasa nak cubit-cubit je pipi tu.”
Aku
buat muka.
“Hah
buat lah lagi muka macam tu. Lagi I geram ni. Yang tadi tu pun tak puas lagi.
Ke you nak suruh I sambung?”
Usiknya.
“Eeii
gatal siot you ni. Dah pergi main jauh-jauh. Jangan kacau!”
Aku
menolak dia yang dah datang berbaring disebelahku.
***
“Ada
orang nak jumpa kau!”
Aku
yang sedang membaca buku (atau lebih tepat, merenung buku) ketika itu
mengangkat muka. Shahrul, ‘kawan’ terbaik aku.
“Siapa?”
“Ntah.
Kat depan library.”
Aku
bangun dan membontoti langkah Shahrul.
“Kau
pergi je la sendiri.”
Ujarnya
lalu dia bergerak menuju ke arah kantin sekolah.
Aku
tiba di depan perpustakaan, atau sebenarnya taman mini tempat pelajar selalu
berehat. Tiada sesiapa pun di situ.
Aku
menunggu seketika, sambil tanganku gatal mencabut bunga yang tumbuh cantik di
sekitar taman itu.
“Hey
Lisa!”
Suara
itu datang dari arah belakangku. Dan aku kenal benar tuan empunya suara itu.
Maria. Atau lebih tepat, Queen Maria.
Saat
aku berpaling untuk memandang Maria, ketika itu juga dahiku terasa begitu sakit
dibaling sesuatu. Telur. Ahh damn!!!
Tak
cukup satu, aku dibaling dengan berbiji-biji telur, hingga habis pakaian
sekolah putihku kotor. Aku hanya menutup mukaku dengan kedua-dua belah tangan.
Akhirnya
serangan telur yang bertalu-talu tu berakhir. Aku melihat Maria and the gang
sedang mengelilingiku.
Muka
Maria ketika itu, aku rasa macam muka orang gila! Muka puas hati dapat kenakan
aku. Nasib baik tak ramai students depan library tu. Hanya ada beberapa orang
yang baru selesai aktiviti korikulum lalu di kawasan tu.
“Apa
ni Maria?”
Soalku
separuh menjerit. Aku masih lagi terkejut. Nasib baik bukan telur busuk. Kalau
tak memang aku takkan makan telur sampai bila-bila dah.
“Kau
boleh tanya lagi? Hey kau dengar sini. Fahmi tu, aku punya. Sedarlah diri sikit
kau tu siapa, nak rampas-rampas hak orang pulak.”
Adoiii…
Ni Fahmi mana pulak ni?
“Okay
wait. Maria, aku tak kenal pun Fahmi tu siapa.”
“Tak
payah! Tak payah nak berlagak baik Lisa. Aku nampak dengan mata aku sendiri
semalam kau dengan dia jalan sama-sama.”
Aku
terdiam. Setahu aku, semalam aku takde jalan dengan siapa-siapa pun.
“Explain.
Seriously aku tak kenal Fahmi tu siapa. Bila aku jalan dengan dia, aku pun tak
tahu. Kat mana kau nampak aku jalan dengan dia?”
Maria
terdiam.
“Hah!
Nampak sangat kau tak nampak dengan mata kau sendiri kan? Kau dengar cerita
siapa ni Maria? Sial ah! Habis kotor baju aku.”
Marahku.
Queen
Maria ni dulu geng dengan aku. Tapi dia ni suka berlagak queen, which is I hate
so much. Sebab tu aku dah tak ngam dengan dia lagi.
Aku
lihat Shahrul ada disitu. Berada di kalangan beberapa orang pelajar yang
menonton drama ciptaan Maria. Dia pula hanya melihat aku dibaling telur,
bukannya nak tolong.
“Dari
siapa pun aku dengar, tu bukan masalahnya sekarang. Kau tu, apahal nak
menggatal dengan boyfriend orang?”
“Tak
lama kena cili ah mulut kau ni Maria. Aku tak kenal lah siapa Fahmi sial tu.
Sekarang ni, yang salah kau, baling telur kat aku. Bawak geng konon. Kau jangan
sampai aku bawak geng aku, memang naya kau!”
Ugutku.
Aku
lihat muka Maria pucat. Maria ni suka berlagak berani. Kalau ikut samseng, aku
rasa aku lagi teruk dari dia. Geng-geng aku walaupun belajar tak berapa nak
pandai, diorang sangat setia kawan. Sekali aku panggil, memang diorang datang,
back up aku.
Walaupun
sekarang aku tak bergaul sangat dengan diorang lepas mak abah tahu, tapi kami
still rapat. Hampir satu sekolah tahu. Aku budak kelas elite yang berkawan
dengan budak-budak bermasalah.
Tiba-tiba
aku rasa ada seseorang menutup badanku dengan sweater. Pergghh sweater ni bau
peluh! Busuk tak payah cakap la.
Adam.
Sekurang-kurangnya dia datang menolong aku, jadi hero saat-saat macam ni. Dari
penampilannya, aku tahu dia baru selesai latihan ragbi. Patutlah sweater busuk.
Dia
memang terkenal di sekolah kerana menjadi kapten pasukan ragbi. Well, dua
jejaka yang kononnya hot disekolah ketika itu, kapten pasukan ragbi dan kapten
bola sepak.
“Kau
apahal Maria?”
Soal
Adam, dan nadanya sangat menakutkan, bukan bagiku namun sekurang-kurangnya aku
tau Maria takut ketika itu.
Maria
segera berlalu dari situ. Selamba je dia tinggalkan geng-geng yang dia bawak,
entah kutip dari mana.
“Kau
okay?”
Soalnya.
“Okay.
Eh ambil balik la sweater kau. Asrama puteri belakang tu jer, aku boleh tukar
baju aku sekarang.”
Please
cepatlah ambil sweater kau. Aku tak tahan bau busuk ni.
“Okay.
By the way, mana geng kau? Takde sorang pun datang tolong?”
“Diorang
tak tahu. Kalau tak habis la si Maria tu.”
Ketika
itu aku sudah melangkah, mahu kembali ke asrama namun Adam turut menemaniku,
mungkin tidak mahu aku yang dah jadi omelet ni jadi tumpuan budak-budak asrama
yang sedang study hampir di semua kerusi bawah pokok sepanjang lorong menuju
asrama puteri.
Dan
sejak itu aku dan Adam berkawan rapat. Hingga ada yang mula mencipta gossip,
kononnya aku dan Adam ni couple. Namun kami sebenarnya lebih selesa berkawan,
lebih-lebih lagi Aina, salah seorang geng aku menaruh hati kat Adam.
Kami
betul-betul bercinta, ketika aku di semester akhir di sebuah university
tempatan. Kebetulan Adam juga di university yang sama denganku. Kami hanya
berhubung seperti biasa ketika Adam tiba-tiba melamarku melalui mesej.
Aku
mengambil masa selama dua minggu sebelum aku memberi kata putus, bersetuju
untuk menjadi kekasihnya.
Dan
setahun kemudian, sebulan sebelum kami diijabkabulkan, dia lari meninggalkan
aku terkapai-kapai, dan muncul Shahrul.
***
“Bangun.
Maghrib.”
Aku
terpinga-pinga. Aduh. Mimpi kenangan lama lagi. Itulah, tidur petang lagi.
Dalam
terpisat-pisat, aku menuju ke bilik air. Jalanku terhuyung hayang, macam orang
mabuk gayanya. Mengantuk sangat.
“Nak
pergi mana tu?”
“Hah?
Toilet lah. Kenapa?”
“Tu
pintu bilik. Bukan pintu toilet.”
Aku
buka mata luas-luas. Adoi! Apa tak kena dengan aku ni. Aku dengar Shahrul
ketawa.
Usai
solat maghrib, aku segera membuka laptop, sekadar mahu buka facebook yang dah
lama aku tinggalkan.
“Tadi
masa you tidur, you sebut nama Adam.”
Perlahan
Shahrul bersuara.
Aku
hanya diam. Berpura-pura tidak mendengar, dan sibuk membalas komen kawan-kawan
yang bertanya mana aku menghilang.
“You
masih teringatkan dia ke?”
Aku
masih diam. Tidak menjawab.
“Lisa…”
“Ish
you ni. I ngigau jer tu. Biasalah tidur petang.”
Jawabku
akhirnya, namun mataku masih tertumpu pada screen laptop.
“Are
you sure about this? I mean, about us.”
Aku
hanya mengangguk. Sebenarnya aku malas mahu melayan.
“Seriously?”
“Ermm.”
“Okay.”
Dia
keluar dari bilik. Entah pergi ke mana, aku tak ambil peduli. Aku makin rancak
membalas komen-komen dan messages daripada kawan-kawanku di facebook. Rasa
rindu pada mereka membuak-buak. Lebih lebih lagi kepada kawan-kawan nakalku.
Mereka
banyak berubah. Bayangkan, Aini sekarang sudah bertudung litup, malah tudungnya
labuh menutup dada, sopan, dan aku rasakan, jika aku post gambar di wallnya,
tunjuk pada umum siapa Aini ketika berusia 16 tahun dulu, mungkin tiada siapa
percaya.
Berbeza!
Kata-katanya juga berhikmah kini. Tiada lagi maki hamun yang sudah terbiasa
keluar dari mulutnya. Malah dia juga banyak mengingatkan kami semua mengenai
agama. Sejujurnya, aku kagum dengannya.
Tiba-tiba
telefon bimbitku berbunyi. Fatima!
“Kak…”
Suaranya
sendu. Dia menangis.
“Kenapa
dik?”
Aku
menarik nafas dalam-dalam. Tahu sesuatu yang buruk berlaku. Cuba untuk bersedia
menerima apa jua kemungkinan.
“Abah
kak. Abah…”
Aku
terkedu, terpana. Telefon jatuh dari tanganku. Shahrul yang kembali dengan mug
di tangan, segera menghampiriku. Dia tidak tahu apa yang terjadi, namun dia
memelukku erat.
Aku
menangis semahu-mahunya. Penyesalan datang menimpa. Aku rasa dunia ini kosong,
gelap.
Ya
Allah…
***
“Sabar
Lisa. Allah lebih sayangkan abah, lebih dari kita sayang dia.”
Emak
memelukku erat. Aku tidak menyangka, abah pergi meninggalkan kami sekelip mata.
Abah… aku terlambat hanya beberapa hari. Kalaulah aku berani jenguk mak dan
abah, beberapa hari lebih awal.
Emak
sudah memaafkan aku. Ketika aku sampai di rumah emak, aku takut kalau-kalau aku
dihalau seperti dulu. Tapi tidak. Malah emak lantas datang menyambutku dan
memelukku erat. Berkali-kali aku mengungkapkan kata maaf, dan emak pula
berulang kali mengatakan aku langsung tidak berdosa padanya.
“Abah
dah maafkan Lisa nak.”
Itu
kata-kata emak, selepas jenazah selesai dikebumikan.
Aku
hanya terdiam, malah masih terhenjut-henjut menahan tangis.
“Beberapa
hari lepas, abah selalu sebut nama Lisa. Abah rindukan Lisa. Abah tahu Lisa
anak yang baik. Katanya, abah sayangkan Lisa lebih dari segala-galanya. Pernah
abah pesan pada mak, kalau abah pergi dulu, sampaikan rasa sayang dan cinta
abah pada Lisa.”
Usai
saja kata-kata emak, aku menangis semahu-mahunya. Ya Allah, ampunilah
dosa-dosaku. Kalaulah aku ada sedikit kekuatan untuk kembali. Mungkin aku dapat
bertemu dengan abah sebelum terlambat.
Malam
itu, aku memeluk erat baju abah. Masih terlekat bau abah pada baju itu.aku
rindu. Sangat rindu. Air mataku tumpah perlahan-lahan. Penyesalan masih
menghantui aku.
Shahrul
datang menghampiriku. Dia melihat aku masih menangis, dan terus dia memelukku.
“It’s
okay… it’s okay…”
Itu
saja kata-katanya. Dia memelukku erat, dan aku yang terasa begitu lemah saat
itu, begitu menghargai pelukkannya. Malah airmataku makin laju mengalir.
***
Pagi
itu, Shahrul sudah masuk ke pejabat setelah seminggu dia bercuti. Untuk apa dia
mengambil cuti, aku pun tak pasti. Patutlah seminggu ni dia tidak kemana-mana.
Asyik melekat denganku saja.
Kini
hubungan aku dan emak sudah pulih. Aku bersyukur. Kata Shahrul,
sekurang-kurangnya aku belum terlambat mendapat kemaafan dari emak.
Dan
Mak Su pula, khabar yang ku dengar, dia sibuk mencanang cerita perihal aku yang
tak tahu malu, balik rumah seolah-olah aku langsung tidak bersalah. Katanya,
aku anak derhaka yang tak sedar diri.
Ah!
Pedulikan. Aku tidak mati dengan umpat kejinya.
Mak
Ngah juga nasihatkan aku,jangan ambil peduli kata-kata Mak Su. Rumahtangganya
sendiri hancur, malah anak-anaknya jua entah hilang ke mana. Masih lagi mahu
ambil tahu perihal orang lain.
Setiap
pagi rutinku kini, menelefon emak, bercerita itu dan ini. Seperti dulu. Malah
aku tahu, emak pasti kesunyian setelah abah pergi. Shahrul pula sering
mengingatkan aku supaya sentiasa hubungi emak.
“Bila
Lisa nak bagi mak cucu ni? Mak bosan tau duduk rumah sorang-sorang. Kalau ada
cucu, boleh mak jaga.”
Soalan
emak menyebabkan aku terkedu. Cucu? Tak pernah terlintas difikiranku untuk ada
anak bersama Shahrul.
“Err…
yang tu nanti-nantilah mak. Tak pun mak suruh je si Fatima tu kahwin dulu.
Senang.”
Dan
aku mendengar suara Fatima marah-marah. Haha sudah ku agak, emak mesti buat
loudspeaker tiap kali bercakap denganku.
“Apa
pulak. Mak minta cucu dari Lisa, bukan Fatima. Kenapa, Shahrul tak nak anak
ke?”
Aku
menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Bukan
macam tu mak…”
“Habis
tu, Lisa yang tak nak?”
Soal
mak dengan nada terkejut.
“Eh
tak jugak. Siapa yang tak nak anak kan? Cuma tu lah. Lisa tak puas lagi berdua
dengan Shahrul. Nanti-nantilah dulu.”
Bohongku.
Bercinta
pun tidak. Malah untuk berada bersama-sama Shahrul buat aku gila. Mana tidak,
dia asyik membuli aku, mengenakan aku. Walaupun sebenarnya aku sangat rindu
dengan usikannya, gurauannya, selepas setahun kami berpisah.
“Lisa
bukan makin muda. Ingat tu. Lagipun, kita tak tahu sampai bila kita akan terus
bersama dengan seseorang tu.”
Ujar
emak sayu.
Aku
terkedu. Betul juga kata-kata emak. Aku bayangkan jika Shahrul tiba-tiba pergi,
oh! Mataku bergenang. Aku rasa sedih. Aku sayangkan Shahrul. Eh, sayang? Aku
sayangkan Shahrul ke?
***
“Penat
ke?”
Soalku,
sambil menghulurkan segelas minuman pada Shahrul yang sedang berehat di sofa.
Dia melonggarkan tali lehernya dan menyambut minuman yang aku hulurkan.
“Banyak
kerja. Seminggu I cuti, kerja bertimbun macam I tak datang kerja setahun.”
“Amboi.
Hyperbola sangat tu cik abang oi. Kenapa, takde yang ganti you ke sepanjang you
cuti?”
“Takde.
Entah kenapa kerja berlambak. Tu dalam briefcase tu, ada lagi paperworks yang I
terpaksa bawak balik rumah. Tak sempat nak siapkan kat office.”
Aku
menggeleng. Kesian pun ada jugak. Aku menatap mukanya yang kepenatan. Ku lihat
stokingnya belum dibuka.
“Nak
I bukakan stoking?”
Tawarku.
Dia
kelihatan terkejut, dan dia menilik airmuka ku, kerana aku tahu dia risau jika
aku ingin kenakan dia seperti selalu.
“Why
not?”
Katanya
setelah hampir seminit dia buat muka terkejut. Aku pula hanya memandangnya dan
buat muka takde perasaan. Sebenarnya aku resah juga, takut dia menolak
tawaranku itu, malah aku takut dia mengejek aku.
Aku
segera mencabut stokinnya, malah aku pegang tanpa menunjukan rasa geli walaupun
bau stoking tu sangat tidak menyenangkan.
“Anything
happens today? Why do you acting so weird? I mean, so not you.”
“Nothing.
I was thinking the whole day today. And I keep thinking, why don’t I take this
chance, I mean chance of being isteri solehah to you.”
Kataku
sambil tangan kejap sentuh peha, kejap main telinga sendiri. Malu sebenarnya.
“Wow.
That’s great.”
“Wait.
I’m not finish yet. You know, nak jadi isteri solehah, susah. Jadi I
rasa,sekurang-kurangnya, I can act like one. I’ll do my best, walaupun I tak
rasa yang I ni ikhlas, and I hope lama-lama I akan terbiasa dengan rutin ni.”
Dia
terkedu. Aku menggigit bibir. Please Shahrul. Say something.
“And
one more! Please please please… don’t expect much from me. I’ll give you what I
can, and I hope you don’t demand anything beyond that.”
Aku
menyambung, bila dia terus diam. Aku harap dia faham maksudku. Untuk kegiatan
mendapatkan anak, aku betul-betul belum bersedia untuk itu.
“Okay…”
AKhirnya
dia bersuara.
“I
rasa sekarang ni I sedang berhalusinasi. Betul ke apa yang I dengar? Kalau I
sedang tidur, please don’t wake me up. My dream comes true!”
Aku
ketawa. Sekurang-kurangnya dia tidak memperlekehkan aku.
“By
the way, you masak apa malam ni? I bau dari luar lagi.”
Aku
tersenyum.
“Ada
lah. First go and take your bath. The dinner will be served in few minutes.”
Aku
lantas bangun dan menuju ke dapur, membawa stokingnya untuk diletak dalam bakul
baju kotor.
***
Pagi
itu menggosok pakaian kerja Shahrul, untuk seminggu terus. Rutin harian aku
kini berubah seratus peratus. Sebijik rutin harian seorang surirumah. Baju-baju
aku basuh, jemur, lipat, rumah aku kemas dan mop setiap hari. Bunga-bunga di
halaman rumah aku siram, malah aku susun menjadi taman mini, walaupun bukan
seperti yang aku idamkan.
Kadang-kadang
kalau aku bosan, aku akan memandu ke rumah emak. Dan yang paling kelakar, aku
akan mesej Shahrul terlebih dahulu, minta izin. Aku sering ketawakan diriku
sendiri, namun aku tekad untuk berubah.
Dan
aku dapat rasakan, aku sudah jatuh sayang pada Shahrul. Atau sejujurnya, jatuh
cinta padanya. Malu untuk aku akui, tapi
itu hakikatnya. Sejak aku berusaha menjadi isteri solehah untuknya, dia
melayanku dengan begitu baik, dan romatis juga.
Banyak
kali dia ungkapkan, dia sayang padaku. Tapi sekali pun aku tidak membalas,
ekoran rasa malu. Kadang-kadang waktu malam, ketika aku tidur, aku dapat
rasakan tangannya melingkari pinggangku. Aku biarkan, kerana aku bahagia bila
begitu.
Dan
aku juga banyak kali mengambil kesempatan, memeluknya ketika dia tidur, atau
ketika aku bangun waktu malam akibat mimpi yang bukan-bukan. Hehe. Aku dapat
rasakan bunga-bunga cinta sedang berputik.
Ketika
aku sedang menyusun baju dalam almari, aku mendapat mesej. Dari Shahrul.
-
Dinner kat luar malam ni. Tak payah masak -
Aku
tersenyum. Tiap-tiap hari kena masak, sampai aku naik gila fikir nak masak apa.
Macam-macam aku google nak cari resepi. Kadang-kadang aku telefon kak Nadia,
housemate ku ketika aku lari dari Shahrul selama setahun. Macam-macam idea dia
bagi. Cuma aku yang banyak songeh. Shahrul tak suka ni, tak suka tu.
Ada
satu lagi mesej masuk.
-Btw,
you pergi sendiri restoren depan office i. kita jumpa kat sana je. 8 pm sharp
ok! And we expect someone else to be there tonight, so wear something nice-
Ish!
Pergi sendiri? And ada orang lain jugak? Tak romantic langsung. Aku
menggeleng-geleng kepalaku sambil buat muka.
Tapi
ada aku kisah? Janji makan kat luar malam ni. Aku sudah berkira-kira mahu
memakai pakaian yang aku beli dengan emak tempoh hari di butik kawan lama emak.
Cantik. Malah tudung juga sudah aku beli untuk digayakan bersama.
***
Ketika
aku sampai di depan restoren itu, aku ragu-ragu. Di sebelah pintu masuk
tertampal tulisan reserved. Maknanya dah ada orang tempah satu restoren tu. Adoi,
choi betullah! Aku patah balik dan tengok di sekitar kawasan tu,kot-kot Shahrul
ada menunggu aku. Namun hampa. Mana pulak dia pergi.
Aku
segera call Shahrul, namun tidak dijawab. Tiga kali aku call. Jam sudah
menunjukkan 8.10 minit. Aku sampai lambat sepuluh minit jer, takkan tu pun nak
marah sampai tak angkat phone.
“Cik
Lisa?”
Suara
seorang perempuan menegurku dari belakang.
Pelayan
perempuan itu tersenyum padaku, dan menjemput aku masuk. Aku terkejut. Shahrul
yang tempah restoren ni, seriously? Oh aku sudah mula rasa teruja. Ada surprise
ke ni?
“Ada
event apa-apa ke?”
Soalku
pada pelayan wanita itu.
“This
event is special for you miss. Wait and see.”
Dia
tersenyum manis.
Aku
dibawa duduk di sebuah meja, betul betul di bawah lampu chandelier yang besar.
Music romantic dimainkan. Hatiku ketika itu begitu teruja, sebijik macam dalam
drama. Macam dalam mimpi!
Aku
mencari-cari, mana Shahrul?
Setelah
hampir dua minit dibiarkan berseorangan, seseorang mencuit bahuku dari
belakang. Shahrul. Aku tersenyum manis padanya. Dia kelihatan kacak, dan aku
tahu baju yang dipakainya sekarang bukan baju pejabat. Mesti dia balik tukar
baju ni.
“What
is this?”
Soalku,
dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
“Nothing.
Just a little surprise for you.”
Dia
menghulurkan sejambak bunga mawar merah padaku. Seumur hidupku, ini kali
pertama aku mendapat bunga dari lelaki. Adam pun tak pernah bagi bunga padaku.
Ketika Adam melamarku untuk berkahwin pun, dia hanya mesej meminta persetujuan.
Dan aku bersyukur kerana bunga pertama yang ku dapat dari lelaki, adalah dari
Shahrul, suamiku.
Aku
menyambut bunga itu.
“You
naik pangkat ke apa?”
Soalku,
sengaja untuk membuang perasaan aneh yang sedang bermaharajalela dalam hatiku.
“Nope.
Actually…”
Dia
tersenyum manis. Aduh! Sejak bila dia kacak sangat ni?
“Actually
what?”
Dia
mengeluarkan sesuatu. Bekas cincin! Oh no! Otakku sudah merencanakan apa yang
bakal berlaku.
Aku
terkedu ketika dia melutut di depanku yang sedang duduk dikerusi ketika itu.
Dia memegang erat tanganku, dan mencabut cincin yang tersedia ada di jari
manisku. Itu cincin perkahwinan kami, atau lebih tepat, cincin itu sepatutnya
disarungkan oleh Adam.
“Will
you be my wife?”
Soalnya
dengan nada romantic. Tanganku digenggam erat. Aku terdiam seketika.
“I
already am.”
Jawabku,
sambil buat muka kononnya apa yang Shahrul tanya tu pelik.
“I
mean, my truly wife. Real one. I love you, Lisa. I really do. And I want to
hear it from you, do you love me too?”
Aku
tergamam. Walaupun sebelum ini banyak kali dia ungkapkan kata-kata sayang,
namun semuanya dalam keadaan tidak serius,main-main. Tapi kali ni, romantic
gila!
Seperti
biasa, dalam keadaan gelabah macam ni, aku akan menggigit bibirku. What should
I say???
Dia
setia menunggu jawapan dariku. Matanya tidak beralih dari merenung mataku. Ah!
Saat-saat inilah yang aku sebenarnya nantikan. Apa lagi Lisa? Go for it! Say
yes! Hatiku memujuk diri sendiri.
Dan
dengan perlahan-lahan, aku mengangguk.
“Is
that the yes?”
Soalnya,
dan nadanya begitu teruja.
“Yes
I do, and…”
Aku
diam seketika, mengumpul kekuatan sebelum meneruskan kata-kata.
“And
I love you too.”
Segera
aku menutup mukaku dengan kedua-dua belah tanganku sambil ketawa. Ya Allah,
rasa malu gila! Rasa macam nak lari keluar dari tempat tu.
Ketika
itu Shahrul terus memelukku erat, dalam keadaan aku masih menutup wajahku.
“Thanks
sayang. Thanks.”
Ucapnya
sambil mengemaskan lagi pelukannya.
“I
rasa nak lari je sekarang.”
Ujarku
jujur.
“Don’t.
You are mine now. Don’t you dare to run away from me anymore.”
Pelukan
terlerai. Aku tidak menutup wajahku lagi. Aku hanya tersenyum sambil
memandangnya.
Dia
menyarungkan cincin berlian yang baru pada jari manisku. Betul-betul muat.
“Thanks.”
Dan
seraya ku ucapkan terima kasih, dia mencium lembut pipiku. Aduh, blushing jap
aku.
Pelayan
datang, menghidangkan makan malam kami. Music masih dimainkan, dan malam itu
merupakan malam paling indah dalam hidupku.
“Dance
with me?”
Selesai
makan, dia menghulurkan tangan.
“Dance?
No no! I totally can’t dance.”
Bisikku
perlahan.
“Its
okay. Just follow my step.”
AKu
menyambut tangannya. Entah apa-apa. Sebelah tangannya memegang pinggangku, dan
sebelah lagi memegang erat tanganku. Aku hanya ketawa kerana beberapa kali aku
terpijak kaki Shahrul. Akhirnya kedua tanganku memeluk erat tubuhnya, dan
menyandarkan kepalaku di dadanya.
“I
love you sayang.”
Ucapnya
sambil mencium lembut ubunku, atau lebih tepat, tudungku. Haha.
“I
love you too.”
Balasku.
***
Begitulah
kisah kami. Akhirnya cita-cita emak nak dapat cucu, tercapai. Nah dapat kembar
terus. Fatima pula sedang menghitung hari, menuju hari bahagia. Aku harap dia
tidak dikecewakan seperti aku.
Mengenai
Shahrul, ada sesuatu yang aku tidak tahu. Ingat cerita aku mengenai Queen
Maria? Shahrul lah yang kelentong dia pasal si Fahmi. Saja nak kenakan aku. Dan
dia begitu menyesal, kerana itu menjadi permulaan hubungan aku dan Adam.
Dia
sukakan aku. Katanya, biasalah lelaki, bila dia sukakan seorang perempuan, dia
akan cari pasal. Dulu pernah ketika aku berusia 11 tahun, dia bercerita
mengenai rumah usang di belakang rumahku. Katanya tempat itu berhantu dan
macam-macam lagi.
Dia
sengaja mengusikku, malah dia sering memerhatikan aku. Menjagaku dari jauh
kononnya. Macam mana aku tak pernah perasan?
Katanya,
dia begitu kecewa bila aku hantar kad jemputan kahwin. Dan dia sebenarnya
gembira bila dapat tahu aku tak jadi kahwin dengan Adam, dan dia berbesar hati
sebenarnya untuk jadi pengganti. Cuma dia bingung, ada tempat tak di hatiku,
ruang untuk cintanya. Kerana itu pada malam perkahwinan kami, dia hanya diam
membisu, memikirkan cara untuk mencuri hatiku.
Sepanjang
setahun kami berpisah, dia selalu perhatikan aku. Dia selalu mengekori aku
ketika aku sedang bersiar-siar di pantai pada waktu petang. Dia selalu
mengambil tahu perihal aku, melalui bos tempatku bekerja. Mereka kawan lama
rupanya. Cis!
Kenapa
tak berterus terang awal-awal je? Mungkin kalau dia berterus terang lebih awal,
maka aku akan berusaha untuk mencintainya lebih awal, kan?
Luahkan
apa yang dirasa, jangan lengahkan sebelum terlambat.
Itu
saja ceritaku. Kami bahagia :)
10 comments:
best....
Real story ke?
best gk cite ni coi-iezahtakuya
Best
Best
I love this story....
Not bad~
Hwaiting!
terbaiiiikkkkkk
Best
Best
Post a Comment