20/04/2013

Cerpen: Begin Again

Untuk pertama kalinya, keindahan pantai pada petang itu tidak berjaya menarik minatku untuk menikmatinya. Aku keliru. Kaki kananku menguis nguis pasir halus yang melekat dikaki kiri. Tidak terasa aku berada disitu. Mindaku terbang bersama camar, bebas terbang entah kemana.

Hari ini genap setahun setelah peristiwa itu berlalu. Dan lelaki yang berada di depanku kini datang menuntut janji. Janji yang terlafaz tanpa niat. Janji kosong yang ku ungkapkan semata-mata untuk melapaskan diri dari belenggu perasaan yang menyesakkan jiwa ketika itu.

“I nak tuntut  janji you.”

Sebaris ayat yang menyebabkan jantungku berhenti seketika. Okay hiperbola disitu. Kalau betul-betul berhenti, habislah aku.

“Huh. You percaya janji-janji I tu?”

Sekadar untuk meminta kepastian, aku berlagak menjadi perempuan sombong. Benarkan dia mahu menuntut janji, atau sekadar datang untuk menguji diriku. Mana tau, dia ingin mengejek  jika aku terhegeh-hegeh mahu kotakan janjiku.

“I knew you Lisa. Bukan you namanya kalau mungkir janji. Once you promised, you’ll fulfill it.”

Aku mengeluh. Prinsip tetap prinsip. Tapi boleh ke tak kalau aku nak langgar prinsip aku, kali ni jer???

***

“So, welcome back home!”

Perlahan aku jejak masuk ke dalam rumah. Rumah ini, satu pun tak berubah. Kedudukan perabot, meja makan, ruang tamu, sofa, semuanya tidak berubah.

Aku meluru ke dapur.

Masih sama. Sticky notes yang aku tampal pada peti ais masih terlekat disitu. Aku tersenyum sendirian. Entah apa aku fikir masa aku tulis merapu-rapu kat sticky notes tu, aku pun tak tahu. Dan ada saja balasan yang ditulis oleh dia.

-I hate you loserrrr!!-
-But I love you snooty little twit! haha-

-Gila kau! Curi megi aku. Nak beli sendiri laa woii!-
-Padan muka :P -

-Happy birthday si tua :P  -
-Forever young! Haha thanks =) -

-Kau  yang terindah. Lebih indah dari jamban. Kalau kau takde confirm lagi indah duniaku-
-Kau dengki kat jamban tu kenapa?-

Haih. Semua benda kalau boleh aku nak tulis kat situ. Sampai sanggup jelajah kedai buku semata-mata nak cari sticky notes yang comel-comel. Berhabis duit pun aku tak kisah.

“Apasal senyum sorang-sorang, kenang memori cinta luka ke apa?”

Suara garau itu mengejutkan aku dari lamunan.

Aku kembali ke alam nyata. Sudah setahun berlalu. Tapi memori dulu masih segar di minda aku. Saat dimana aku benci berada dalam rumah ni, namun bila diimbau kembali, rasa rindu datang menyapa.

“I nak masuk biliklah.”
Aku kembali ke ruang hadapan.

Beg baju ku angkat untuk di bawa ke bilikku. Bilik tempat tidurku setahun yang lalu.

“Hey, nak pergi mana tu? Bilik you kat sini.”
Dia selamba menarik tanganku, menghalang aku dari terus melangkah.

“Tu kan bilik you.”

“You ni ada penyakit lupa ke apa? You janji nak jadi isteri solehah kan? So apa lagi, takkan nak duduk bilik asing-asing lagi. Masuk bilik I sekarang. I dah kosongkan space untuk baju-baju you dalam almari I tu.”

“Tapi…”

“Takde. Tak payah nak banyak songeh sangat boleh? Masuk!”

Puiiii! Bagi aku arahan macam apa jer mamat muka alas kaki ni. Tinggal sebilik dengan Shahrul Hakim? What a bad luck! I’ll make sure you’ll regret this, dear husband!

***

“Lapar lah. Makan malam takde ke?”

Soalku pada Shahrul yang sedang asyik menonton perlawanan bola sepak.  Atau sebenarnya dia sedang menunggu aku settle kan barang-barang aku, baru nak masuk bilik.

Perut aku dah mula mencucuk-cucuk dah ni. Penat mengemas pakaian dalam almari belum hilang. Nak angkut barang-barang dari bilik lama aku lagi. Perjalanan tiga jam dari resort tempat aku bekerja  menuju ke rumah ni pun, aku rasa jauh gila. Macam sepuluh jam lamanya.

“Makan malam apanya dah pukul 2 pagi ni. You tak makan apa-apa lagi ke dari tadi?”
Soalnya tanpa menoleh padaku.

Aku rasa macam nak bagi kaki je kat muka dia. Ada ke patut tanya macam tu?

“Telinga aku dengar macam orang bodoh jer yang tanya soalan tu.”
Ujarku perlahan. Seakan berbisik. Sengaja mahu cari pasal.

“Apa you cakap?”
Dia menoleh padaku. Yes! Konsentrasi dia dah terganggu.

“Takde apa-apa.”

“I heard you, Lisa.”

“Then why bother asking?”

Aku nampak muka dia menahan geram. Rasakan. Tanya lagi soalan macam tu kat aku. Tadi aku dah cakap nak makan dulu sebelum bertolak, kau sibuk cakap boleh makan masa on the way. Tapi tak berhenti makan pun.

Sekarang aku tanya ada makanan ke tak, boleh dia tanya aku balik? Eeiiii memang nak makan penyapu la dia ni.

Tiba-tiba Shahrul bangun, dan menghampiri aku. Dia datang begitu dekat, hingga aku terpaksa bergerak kebelakang sikit agar tidak berlaku sebarang pertembungan.

“You tahu tak, you nampak cantik sangat malam ni.”

Eh, apasal macam scary je aku rasa ayat mamat ni.

“You buang tebiat ke apa ni? I tau lah I cantik. So?”
Aku cuba kawal diri, berlagak seperti Lisa yang biasa, agar tidak terkesan oleh Shahrul getar yang melanda hati secara tiba-tiba ni.

“So… I rasa macam… Well…  I saw you as a woman now, and with a man like me, we.. us.. together alone, I feel like… wanting you…”
Dia semakin mara ke arahku. Tangannya mengelus rambutku. Dan aku pula semakin ke belakang hingga dinding menghalang pergerakanku. Wajahnya semakin dekat dengan wajahku.

“Stop this nonsense, Shah. I don’t like this.”
Akhirnya aku bersuara serius. Aku pandang ke kiri kerana wajahnya begitu dekat. Hidungnya sudah terasa dekat menyentuh pipiku.

Tiba-tiba dia ketawa. Kuat. Aku terpana.

“You know what, you look so cute bila you takut-takut macam ni. Hahaha. Macam ni rupa bini aku bila takut. Hahahahahaha.”

Mangkuk hayun punya Shahrul. Boleh dia kenakan aku? Aku buat muka tak puas hati. Marah.

“Dalam cabinet dapur ada banyak megi. Pergilah masak.”
Dia bersuara bila dia dah tahu erti penat ketawa tak henti-henti.

“Megi???”
Aku bersuara terkejut. Lupa sudah insiden tadi. Haih! Bosan betul hidup bertuankan megi ni. Takde makanan lain ke? Macam makanan ruji harian aku jer megi ni.

“Itulah. Kalau tak nak makan megi, you belajar lah masak. Boleh I isi peti ais tu dengan barang basah. Boleh you masakkan untuk i. Takdelah I pun tiap-tiap hari makan megi.”

Membebel pulak dia ni. Malas mahu membiarkan bebelan dia jadi makin panjang, aku berlalu ke dapur.

“Masakan untuk I sekali!”
Sayup-sayup jer aku dengar suara dia.

Cis. Dia pun lapar jugak la tu. Saja je nak tunggu aku tanya. Pastu suruh aku masakkan untuk dia sekali. Banyak betul taktik dia guna nak kenakan aku. Dari dulu sampai sekarang. Tak berubah. Dan aku pulak asyik terkena jer.

***

Aku mengiring ke kanan. Huih, ada Shahrul. Tak best. Kemudian aku mengiring ke kiri, haih, kenapalah Shahrul ni tidur nak kena bukak pintu balkoni. Seram doe. Tak sanggup aku nak tidur menghadap gelap malam melalui pintu balkoni yang terkangkang luas tu.

Aku baring menghadap siling. Kipas berputar perlahan-lahan. Aircord tidak di on. Kenapa tak campak buang masuk tong sampah je. Beli mahal-mahal bukan nak guna pun.

“You ni kenapa? Tak boleh tidur?”

Aku hanya diam. Tak mahu jawab soalan Shahrul. Dan aku langsung tidak menoleh ke arahnya.

“Bila orang tanya, jangan buat bodoh jer boleh?”

Aku diam lagi. Malas mahu melayan.

“Suami you ni, arahkan you untuk pusing menghadap dia. Sekarang!”

Eleh, guna kuasa veto. Ada aku kisah?

“Jangan lupa… you dah janji nak jadi isteri solehah.”

“I nak tidur. Jangan kacau.”
Akhirnya aku menjawab. Bab-bab janji ni, aku lemah sikit.

“You tak rindukan I ke? Setahun you menjauhkan diri dari i.”
Dia memandangku. Aku dapat rasakan renungannya tajam walaupun pandangannya tidak ku balas.

“Dah memang itu janji kita. Lepas setahun, kalau I tak balik jumpa mak bapak I, I akan balik pada you. Jadi isteri solehah. Haha. Entah apa I fikir masa I cakap tu. Isteri solehah… totally not me!”
Aku ketawa yang dibuat-buat.

Mak. Abah. Entah apa khabar mereka kat kampung tu. Dah lebih setahun aku tak balik. Semuanya kerana kesilapan aku. Hidup aku penuh dosa. Derhaka. Aku anak derhaka. Dan mungkin juga isteri yang derhaka.

“Siapa kata you tak mampu jadi isteri solehah? I believe in you. You boleh jadi isteri yang baik untuk i. I nampak character tu ada dalam diri you. You just have to…”
Dia diam.

Haih dia ni. Aku anti betul orang main cakap tak habis ni.

“To what?”

“Nothing. Tidur lah Lisa. Dah pukul empat pagi. Ke you  nak I dodoikan?”
Shahrul tersengeh nakal.

“Atau you sebenarnya nak I dodoikan you dengan kaki I ni?”
Soalku kembali sambil memberi senyuman manis yang dibuat-buat padanya.

“HUish garang. Hahaha. Good night Lisa! Sweet dream.”

Shahrul memejamkan mata. Tak sampai dua minit, dengkuran halus kedengaran.

Dan aku turut memejamkan mata. Namun aku tidak terlelap. Banyak benda yang aku sedang fikirkan. Sampai bila aku harus begini. Setahun belum cukup buat aku mengumpul kekuatan untuk bertemu orang tuaku.

Setiap kali hati ingin pulang, ada perasaan aneh yang menghalang. Rasa takut, rasa bersalah, rasa menyesal, semuanya berkumpul menjadi satu.

Aku asyik menangguh. Hingga aku sendiri lupa janjiku pada Shahrul. Jika dia tidak datang menuntut janjinya petang tadi, memang aku benar-benar lupa pada janji itu. Dan mungkin lupa aku masih bergelar isteri kepada Shahrul.

Fikiranku melayang. Kembali pada setahun tiga bulan yang lepas.

Saat itu merupakan saat paling memalukan dalam hidup aku. Aku ditinggalkan terkapai-kapai sendirian, tanpa sebab dan alasan. Lagi sebulan majlis pernikahan bakal dilangsungkan. Bagaimana harus aku sampaikan pada mak, pada abah?

Semua persiapan sudah hampir sempurna. Atau lebih tepat segalanya sudah siap, hanya menunggu tiba hari yang menjanjikan bahagia. Namun dengan hanya sebuah panggilan, segalanya berakhir. Adam pergi tinggalkan aku. Pergi mengejar cinta hatinya yang tiba-tiba kembali menunjukkan diri.

Dan aku?

Dibuang macam sampah! Mujur saja ada Shahrul sebagai pengganti. Itu pun, setelah dia puas dipujuk oleh ibu dan ayah mertuaku. Aku pula tiada pilihan. Apatah lagi memikirkan kesihatan abah. Sakit jantungnya bila-bila masa saja boleh menyerang.

Aku dan Shahrul bukan satu kombinasi yang baik. Pernah aku fikirkan bertapa merananya hidupku jika ditakdirkan jodoh aku dengan Shahrul. Sejak dari kecil, kami tidak pernah serasi. Ada saja yang ingin digaduhkan.

Akhirnya bila sudah meningkat remaja, kami memilih untuk membawa haluan masing-masing, seolah-olah aku dan dia tidak pernah mengenali satu sama lain.

Perkahwinan aku dan Adam yang bakal berlangsung pun, hanya jemputan yang disampaikan melalui ayah dan ibunya. Entah apa jasa abah dan mak pada orang tuanya, hingga mereka sanggup menyelamatkan keadaan bila aku ditinggalkan begini.

Pada majlis akad nikah, aku lihat langsung tiada kegembiraan terpancar pada wajah Shahrul. Keruh saja air mukanya. Begitu juga aku. Namun ketika itu aku di pihak yang menerima pertolongan, maka aku tidak rasa aku layak untuk buat banyak kerenah.

Kalau ikutkan hati, aku rela majlis dibatalkan begitu saja. Tapi aku ada orang tua yang harus ku jaga air muka mereka. Kerana itu bila ayah dan ibu mertuaku menawarkan bantuan, mahu atau tidak aku terpaksa terima.

“Thanks.”
Itu saja.

Hanya itu saja yang mampu aku ucapkan pada malam pernikahan kami. Dan dia hanya mengangguk sedikit tanda menerima ucapan terima kasihku. Tanpa sedikit pun berpaling memandang wajah aku.

Beberapa hari sebelum itu, aku selalu bayangkan malam itu merupakan malam penyatuan terindah antara aku dan Adam. Namun takdir menentukan sebaliknya. Bukan Adam yang berada dalam kamar tidurku. Hanya Shahrul yang sedang termenung. Mungkin memikirkan nasibnya menjadi suami aku.

Aku lebih memilih untuk tidur. Penat kepala otakku memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah yang Adam timbulkan. Walaupun sudah ada jalan keluar, namun aku harus memikirkan ke mana hala tuju hubungan aku dan Shahrul.

“Simple je tu kak. Korang hidup je la macam biasa. Nanti lama-lama okay lah tu.”
Itu pendapat adikku, Fatima.

“Kau cakap senang la dik. Yang nak tanggungnya nanti, aku.”
Ketika itu mataku masih merah.

Merah akibat tangisan meratapi perbuatan kejam Adam kepadaku. Kemudian menangis kerana mahu atau tidak aku harus pasrah dengan jodoh lain yang datang tiba-tiba. Aku jarang menangis. Tapi sekali aku rasa  mahu menangis, memang aku akan menangis teruk. Itu pun aku malu mahu menangis di hadapan orang lain. Takut dituduh perempuan lemah.

“Sudahlah tu kak. Lagi dua jam nak akad nikah. Lagi malu kalau akak tukar fikiran. Kesian mak dengan abah. It’s okay. Allah knows the best for you kak. Just put your trust in Him, and you’ll find the best is yours.”

Haih. Pandai jugak adik aku ni memujuk.

Lagi haru bila mak masuk bilik. Datang dan duduk disebelahku di penjuru katil. Aku memandang mak, dengan mata yang bergenang. Mak hanya diam, namun tangannya lembut menggosok belakangku. Aku tahu dia mengerti. Matanya juga penuh dengan rasa simpati. Namun dia juga tiada pilihan.

Aku memeluk emak. Perlahan-lahan airmataku tumpah walaupun sedaya upaya ku cuba untuk menahan. Bakal ibu mertuaku juga masuk ke dalam bilik pengantin ketika itu. Dia hanya memandang kami dengan penuh pengertian. Beberapa minit sebelum aku keluar untuk upacara akad nikah, dia sempat berbisik padaku.

“Ibu yakin, Shahrul lelaki yang terbaik untuk Lisa.”

Aku menghargai kata-kata itu. Kata-kata yang keluar dari mulut seorang ibu yang melahirkan, aku pegang. Aku cuba sedaya upaya untuk meyakinkan hati sendiri yang ketika itu sangat rapuh.

***

“Bangun. Dah subuh ni.”

Sentuhan di kaki mengejutkan aku dari lena. Aku masih terpinga-pinga, di mana aku berada? Oh! Aku keliru antara reality dan memori setahun tiga bulan yang lepas. Entah bila aku tertidur, aku pun tak tahu. Terlalu lama aku mengimbau kenangan semalam, hingga aku tertidur.

Aku menggeliat. Rasa malas sekali untuk bangun.

“Cepatlah. I tunggu you ni.”
Shahrul menolak-nolak bahuku, memaksa aku untuk bangun.

“You solat lah dulu. Nanti I solat lepas you dah solat.”
Ujarku namun mata ku pejam. Rasa tak puas lagi tidur. Seingatku, pukul empat setengah pagi pun aku masih belum tidur.

“Bangunlahhh! Nanti lepas dah solat you sambung la tidur you tu balik.”

“Ermmmmmm….”
Aku masih malas. Aku bangun dan duduk dengan selimut masih menutupi kaki, namun mataku pejam rapat.

“I said now!”

Aku buat tak peduli. Masih pejam mata dan berharap dapat tidur lagi seminit dua. Syaitan tentu seronok bergantung pada bulu mataku.

“Okay then.”
Suaranya mengendur.

Aku fikir dia sudah mengalah.  Baru saja aku ingin menyambung tidurku. Namun sebaliknya terjadi.

Tanganku ditarik, memaksa aku turun dari katil. Aku ingat dia akan berhenti di situ saja, namun tidak. Aku ditarik hingga masuk ke dalam bilik air.

Mataku membulat ketika ku lihat dia membuka paip dan ketika itu aku betul-betul sedang berdiri di bawah semburan shower. Oh my God! Memang tak sempat nak lari ni.

“Shah! It’s freezing!!!!”

Aku menjerit. Rasa macam kena simbah dengan air berais.

“Stay still sweetheart. It’s the best way to get the blood moving in the morning.”
Dia ketawa.

Aku sudah meronta-ronta kesejukkan. Pakaianku basah kuyup. Shahrul memegang kuat tanganku agar aku tidak bergerak. Mandi pagi bukanlah tabiatku kecuali jika ada air panas.

“Okay fine fine. Bukak air panas. Please… Sejuk sangat ni.”
Aku separa merayu.

“No. Not yet. Nak I sabunkan?”

“I’ll go take my own shower, thanks.”
Aku masih cuba lari dari kekejaman Shahrul.

Aku hanya mendengar dia ketawa ketika paip sudah ditutup. Ku sapu mukaku yang basah hingga mengaburkan pandanganku.

“You’re going to pay for this Shah, I swear you are!”
Hanya itu yang mampu ku ungkapkan.

Shahrul berpura-pura tidak dengar. Dia keluar dan kembali dengan sehelai tuala di tangan.

“Hah! Kan dah comel bila dah mandi. Nah towel. Cepat sikit ambil wudhuk. I tunggu you, kita solat sama-sama.”

Aku buat muka, dan mengambil tuala dari tangannya. Segera aku menutup pintu bilik mandi. Aku buka air panas dan meneruskan mandian. Pergh legaaaa bila dah guna air panas.

Kerana aku mandi dalam keadaan terpaksa, aku keluar dari bilik air dalam keadaan berkembang. Baju basah ku tinggal saja dalam bilik air. Shahrul buat-buat tak nampak ketika aku buka almari untuk mengambil baju.

Lagipun, ini bukan kali pertama dia melihat aku dalam keadaan begini. Dulu dah berpuluh kali dia main masuk jer bilik aku tak bagi salam, dan kebetulan aku baru keluar dari bilik air. Awal-awal dulu ada juga rasa segan dan malu, namun lama-lama aku dah malas dah nak segan bagai.

Aku kembali ke bilik air untuk memakai pakaian. Tak mungkin untuk aku memakai baju dihadapannya. Masih malu untuk itu.

Usai solat, dia berdoa. Bacaannya ketika solat tadi membuat hatiku terdetik sesuatu yang aku tidak mengerti. Kini doanya pula seolah-olah membelai hatiku. Rasa sayu. Hampir saja airmataku jatuh, namun ku tahan dan hanya mengaminkan doa.

Habis berdoa, aku bangun dan membuka telekung. Namun tanganku tiba-tiba ditarik dan aku terduduk kembali.

“We need to talk.”

Aku mengangkat kening. Macam serius je dia ni.

“About what?”

“About us.”

“Okay. I’m all ears. Go ahead.”

Dia diam seketika.

“You ingat apa you janji pada I setahun yang lepas?”
Soalnya.

“Well…”
Aku tidak tahu apa yang harus aku jawab. Pura-pura menggaru kepala yang tak gatal. Memanglah aku ingat.

“I betul-betul nak you tunaikan janji you tu. And for the first baby step, tiap kali lepas solat I nak you salam tangan I, cium tangan i. Boleh?”

Aku mengangguk-angguk sambil tanganku bermain-main dengan juntaian rambut didahi. Bercakap mengenai isteri solehah ini, oh itu memang bukan kepakaran aku. Lagipun, menjadi isteri yang baik untuk Shahrul, aku rasa kelakar.

“Dan untuk langkah seterusnya, I nak bawak you balik.”

“Balik mana?”
Jantungku berdegup kencang. Aku dapat mengagak kemana dia mahu bawa aku.

“Balik jumpa mak dan abah. I nak you minta maaf dengan diorang.”
Tangannya bergerak mencapai tanganku.

“Shah, I’m not ready for that yet.”

“Sampai bila Lisa? Remember, they are you parents. Don’t worry. I’ll be by your side. Always.”
Dia menguatkan genggaman tangannya.

Dia cuba memujukku.

Dan aku hanya terdiam. Terimbau kembali peristiwa setahun yang lalu. Peristiwa yang menyebabkan aku free free je dapat tittle anak derhaka.

***


“Hello Lisa! How are you???”

Aku biasa dengar suara itu. Aku yakin itu Haikal, kawan sekerja di hotel yang sama denganku.

Aku berpaling. Dan memang Haikal yang menegurku.

“Hey! You dah sihat ke? Dengar haritu macam demam teruk.”

“Bolehlah. Lagipun I bosan duduk kat rumah tak buat apa-apa. Mr. Chang mana?”

“Amboi. Dalam ramai-ramai orang, manager Chang jugak yang you cari ya!”

Dia hanya tersenyum, menunjukkan barisan gigi bersihnya yang tersusun rapi.

Tiba-tiba Aleesya, penyambut tetamu hotel datang sambil tersengeh-sengeh memandang Haikal. Semua tahu dia meminati Haikal, namun Aleesya bukanlah taste Haikal walaupun dia gadis yang sangat cantik.

“Haikal! Mr. Chang asyik sebut-sebut pasal you. Dia risau pekerja kesayangan dia ni sakit. I think if you go in and see him, he’ll just send you right back home.”

Aku senyum mengiakan kata-kata Aleesya. Itulah kelebihan Mr. Chang. Dia sangat mengambil berat hal ehwal pekerja-pekerja di bawah seliaannya. Walaupun aku juga salah seorang manager di hotel itu, aku tidaklah begitu perihatin.

“Don’t worry Aleesya. I’m expert enough to handle that. By the way Lisa, I have something to discuss with you later.  Would you mind if I nak jumpa lepas you habis shift you malam ni?”

“Okay!”

Aku hanya bersetuju, tanpa mengetahui niat Haikal yang sebenarnya.

Manalah aku tahu, pertemuan dengannya pada malam itu membawa malapetaka dalam hidupku. Dulu Adam buat hal, sekarang Haikal pula.

Mungkin dia berdendam denganku, kerana aku pernah menolak cintanya. Aku isteri orang kot. Takkan tak faham-faham? Dan bukankah dia dah berjanji untuk menjadi kawan yang baik untukku walaupun cintanya dah ku tolak?

Malam itu, Shahrul datang dengan wajah monyok. Masakan tidak, aku dan Haikal ditangkap basah gara-gara rancangan jahat Haikal untuk mengenakan aku. Kerana aku masih isteri Shahrul, aku dilepaskan dengan jaminan tanpa banyak soal.

Ketika berada dalam kereta, kami masing-masing diam. Aku diam kerana rasa bersalah menguasai minda.

“Tell me, it was a mistake.”
Shahrul memecahkan kesunyian. Suaranya tegang, tiada lagi nada usikkan seperti biasa.

Aku hanya diam. Seakan ingin menangis, namun entah kenapa airmataku seolah kering.

“You’re going to tell me Lisa! Tell me it was a mistake. Something that shouldn’t have happened, and won’t happen again!”
Suaranya keras.

Aku menoleh padanya. Tidak pernah sekali pun sejak perkahwinan kami tiga bulan yang lalu, dia meninggikan suaranya padaku. Walaupun perkahwinan ini bukan atas dasar suka sama suka, kami masih mampu berfikir secara rasional.

Aku ada masalah aku, dan dia pula hanya menurut permintaan ibu dan ayahnya. Lagipun kami pernah rapat ketika kecil, dan masih mampu untuk hidup sebumbung dengan baik walaupun bukan seperti suami isteri yang lain. Kami boleh bergurau senda, berkongsi cerita, dan perangai lama kami yang asyik bergaduh tetap ada.

Aku dan dia bagaikan kawan baik yang tinggal serumah. Namun setelah apa yang terjadi, aku faham perasaannya sebagai seorang suami. Pasti sedikit sebanyak hatinya terluka walau tiada cinta antara kami.

“I’m going to tell you it was a mistake.” Aku manjawab dengan suara bergetar, dan diam seketika. “Something that shouldn’t have happened.” Aku diam lagi, kemudian menyambung. “But I can’t tell you it won’t happen again.”

Dia menoleh padaku. Pandangannya tajam. Ada api kemarahan yang menyala. Ada sesuatu yang dia ingin katakan, namun belum sempat dia membuka mulut, aku menyambung bicaraku.

“Hidup I mungkin dah ditakdirkan macam ni.”

“Apa maksud you?!!”

“You tak perasan ke Shah? Adam lari tinggalkan I macam I ni orang bodoh! Macam I ni barang yang kalau dia nak, dia ambil. Dia tak nak, automatic I jadi sampah. Kemudian I kena kahwin dengan you. Hidup kita tak macam suami isteri yang lain. Sekarang dengan Haikal, I tolak cinta dia sebab I tahu status isteri yang I pegang sekarang. Tapi you tengoklah apa yang dia buat pada I. Hidup I porak peranda kerana lelaki. Atau sememangnya I ni perempuan bodoh! Terlalu percayakan lelaki.”

Segala rasa yang terbeban dalam hatiku malam itu, aku luahkan pada Shahrul. Dia diam, setia mendengar bicaraku.

“Hantar I balik.”
Aku membuat keputusan.

“You nak balik mana?”

“Balik rumah mak abah. We should tell them what’d happened.”

Shahrul menggeleng.

“No. Nobody should know this. You kena fikir keadaan abah. Abah kan sakit, Lisa.”

Aku menepuk dahiku. Adoi. Macam mana aku boleh lupa tentang kesihatan abah. Sebaliknya Shahrul pula yang lebih prihatin mengenai perkara itu.

“Yeah, you’re right.”

Kami diam untuk seketika, namun suasana sunyi di dalam kereta terganggu dengan deringan telefon bimbitku. Ku lihat nama pemanggil di skrin telefon. Fatima!

Dan pada malam itu, sekali lagi aku terkena adrenaline rush. Abah masuk emergency ward. Berita mengenai tangkap basah sampai ke pengetahuan abah. Ini semua gara-gara Aleesya yang busy body bawak mulut. Sanggup dia menelefon rumahku, dan kebetulan yang mengangkat telefon ketika itu adalah abah.

Pada mulanya abah kelihatan tenang, sempat dia menceritakan berita buruk itu pada mak. Namun beberapa minit selepas itu, abah mengadu sakit dada sebelum dia tiba-tiba pitam. Nasib baik Fatima ada dirumah. Kalau tidak aku tak tahu siapa yang akan memandu kereta untuk bawa abah ke hospital kerana emak tidak tahu memandu.

Emak menyalahkan aku. Katanya gara-gara aku abah ditahan di wad. Abah pula tidak mahu berjumpa langsung denganku. Aku sangat kecewa. Fatima hanya mengambil sikap tidak tahu. Katanya dia tidak mahu masuk campur walaupun dia sendiri terkejut dengan berita itu.

Aku hanya ada Shahrul. Dia setia menemani, memberi semangat padaku. Dia mejanjikan kesetiaanya untuk sentiasa berada bersamaku ketika aku dalam kemurungan.

Kemuncak peristiwa itu bila aku bertengkar dengan emak. Aku sudah tak tahan lagi, lebih-lebih lagi berita khalwat emak sampaikan pada Mak Su, adiknya. Teruk aku dihina, seolah-olah aku perempuan jalang. Malah aku turut dipersalahkan bila tiba-tiba soal Adam meninggalkan aku diungkit.

Bila aku bertengkar dengan emak, aku seolah-olah dirasuk kerana rasa begitu terhina dan kecewa. Emak tidak mahu mengakui aku anaknya lagi. Hatiku hancur luluh. Aku begitu kecewa hingga aku mengangkat kaki pergi meninggalkan rumah pada malam itu. Hatiku berjanji untuk tidak menjejakkan kakiku lagi ke rumah itu walaupun sekali.

“Look Lisa. You’re tired. You need to rest. We’ll go and ask for the forgiveness again when everything is back to the right place.”
Shahrul memujuk sambil tangannya memaut bahuku.

Ketika itu aku berada di pantai, walaupun jam sudah menunjukkan dua pagi. Kerana hanya dengan berada dipantai jiwaku akan tenang, dan aku mampu berfikir secara rasional. Aku lebih selesa duduk di atas pasir begini, dengan Shahrul yang setia berada disisi.

Namun saat itu hatiku terlalu parah. Kata-kata Shahrul hilang ditelan angin malam.

“I’d told you, Shah. I couldn’t promise you something like this wouldn’t happen again. Look, in just a few days my parents throw me out from their life. Hidup I, ditakdirkan macam ni.”
Aku menutup mukaku bila aku dapat rasa air hangat mengalir di pipi.

“No. Stop saying anything. Semua tu hanya perasaan kecewa you. Come on Lisa. This is not you.”

“I dah tak ada sesiapa lagi. Hidup I dah hancur! Semua orang yang I sayang pergi tinggalkan I. I am all alone.”
Aku bersuara dalam sendu.

“You still own me.”

Aku terdiam. Aku memandangnya.

“You jangan lupa, I ni suami you. Mungkin bagi you, pernikahan kita hanya satu permainan takdir yang tertulis atas kertas saja. But not for me. I betul-betul serius dengan perkahwinan kita. And I’ll be by your side, no matter what happen.”

Dia membalas pandangan aku. Lama. Kami saling memandang, dan aku cuba mentafsirkan kata-katanya sebentar tadi. Betulkah apa yang telinga aku dengar?

Aku tersedar ketika mindaku menangkap pergerakkan Shahrul. Dia mendekatkan wajahnya denganku. Dan belum sempat aku menafsirkan maksud gerakannya, bibirnya sudah selamat mendarat di bibirku. Aku terkejut. Mataku terbuntang luas. Bibirnya masih memaut erat bibirku.

Otakku terasa begitu lambat mencerna apa yang terjadi. Setelah beberapa ketika, barulah tanganku menolak kuat dadanya.

Aku dan dia masing-masing diam. Malah langsung tidak bergerak. Aku memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Shahrul betul-betul sudah jatuh hati padaku, atau dia hanya mengambil kesempatan dengan apa yang terjadi?

“Lisa…”

“Okay stop. I don’t have anything to tell you, nor do I want to hear anything from you.”
Aku bingkas bangun dan menyapu pasir yang melekat pada seluar.

“You nak pergi mana?”

Aku tidak menjawab. Aku hanya berjalan sesuka hatiku namun belum jauh aku melangkah, lenganku ditarik.

“Lisa please. Don’t be childish. We both are adult, you’re my wife and nothing’s wrong for me to kiss you.”
Perghh. Selamba dia cakap macam tu?

Aku dah macam tak betul bila kena kiss, dan boleh dia cakap tak ada apa-apa? Oh this is totally not right! You’ve made thing worst Shahrul!

“Okay Lisa.Look, I’m sorry.”

Ujarnya bila aku mahu melangkah lagi meninggalkan dia.

“Let’s talk about this next time. Sekarang I nak bawak you balik. Kita balik rumah kita. Then we will decide what to do after having some rest.”

Aku mengangguk. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu mana mahu pergi. Mahu atau tidak aku harus mengikut dia pulang, sekurang-kurangnya untuk malam ini.

Tanganku ditariknya perlahan menuju ke kereta. Dalam kereta, masing-masing diam. Shahrul tidak menunjukkan tanda-tanda dia ingin memulakan perjalanan. Dia seolah-olah memikirkan sesuatu.

Kesunyian antara kami dipecahkan dengan ketukan perlahan cermin kereta. Kami terkejut. Aku terpana melihat gerangan yang mengetuk cermin kereta kami. Kenapa semua ni terjadi pada aku?

Aku tidak tahu mahu ketawa atau marah. Dalam masa seminggu, dua kali aku ditangkap basah. Walaupun kali ini aku terselamat kerana Shahrul adalah suamiku, namun tetap ada perasaan kecewa. Kecewa dengan takdir hidupku.

Sampai dirumah, Shahrul boleh ketawa dengan apa yang terjadi. Tidakkah dia tahu bertapa sensitifnya perihal tangkap basah itu padaku?

Memang logic kami ditangkap. Maklumlah, berdua ditepi pantai dalam kereta, tengah-tengah malam. Sesiapapun akan mempunyai syak wasangka yang bukan-bukan.

Namun entah kenapa, aku rasa seolah-olah terhina dengan tawa Shahrul. Rasa kecewa. Mana janjinya untuk sentiasa berada disisiku, bersamaku disaat sukar? Kenapa dia seolah tidak mengerti?

“Shah, I nak keluar dari rumah ni.”

“What???!”

“I have to go. I nak mula hidup baru. I nak lupakan segala yang terjadi.”

“No! Don’t be stupid Lisa.”

“Please. Let me go.”

“Lisa… you isteri I. Tempat you hanya di sisi I. Kat mana I ada, di situ tempat you. You tak perlu pergi mana-mana.”

“I hanya isteri pada nama saja Shah. Dan I bukanlah isteri yang baik. I juga bukan anak yang baik.”

“Lisa. I need you. Don’t leave me!”

“No. Nobody needs me. And I’ll go, no matter what.”

“Bagaimana dengan parents you?”

“They hate me.”

“No they don’t!”

“Look. I’ll go and apologize to them. But not now, or maybe not in months.”

“I tak percaya you mampu, Lisa.”

“Trust me. Within a year, they’ll accept my apology. Or else, I’ll come back to you, and be you isteri solehah as you wished! I promise you, Shah. I promise.”

Dan malam itu juga aku keluar dari rumah Shahrul. Dengan bantuan beberapa orang kenalan, aku berjaya mendapatkan kerja baru di sebuah resort di tepi pantai. Aku pula tinggal saja di resort itu kerana mereka menyediakan kemudahan penginapan untuk pekerja yang memerlukan.

Aku tidak tahu bagaimana Shahrul berjaya menjejaki aku. Dia benar-benar datang menuntut janji setelah setahun berlalu. Tepat setahun.

***

“Jauhnya you termenung sayang.”
Kata-kata Shahrul membangunkan aku dari lamunan.

Sayang? Who the hell is sayang? Aku mencebikkan bibir.

“Okay deal then. As long as you temankan I, everything will do. Bila you nak bawak I jumpa parents I, and parents you?”
Soalku.

“About my parents, you don’t have to worry. They know the truth, as I already explained every single thing to them. The matter now is your parents. We’ll be seeing them after a day or two. Be ready okay?”

Aku mengangguk. Lagak seperti bosku di resort yang sedang berpuas ketika melihat kerja-kerja kami.

“Err by the way Lisa, you tak nak lepaskan tangan I ke?”
Soalan Shahrul menimbulkan kekeliruan di benakku.

Eh, aku pegang tangan dia? Bukan dia ke yang pegang tangan aku tadi?

Mataku beralih pada tangan kami. Damn! Elok jer tangan aku pegang tangan dia. Erat pulak tu. Mungkin masa fikiran aku terbang ke masa lalu, aku terpegang tangan dia kuat kot.

Dan ketika aku mahu mengalihkan tanganku, dia sengaja memegang tanganku kembali.

“Lisa, you tak perlu alih tangan you dari tangan I lagi dah. No matter who told you to do so. Atau kalau you nak alih jugak, memang I takkan izinkan lagi. You’re mine. And I’m yours.”

Seraya itu, dengan selamba badak air dia bawa tanganku ke bibirnya dan mengucupnya lembut. Pertama kali dia berjaya buat aku blushing sejak aku kembali ke rumah kami. Entah kenapa, dadaku berdegup kencang. Aku segera mengalih tanganku dan bangun. Telekung aku lipat tanpa mempedulikan Shahrul yang terus menerus tenung aku macam nak telan!

***

“Kenapa you diam jer ni?”
Tanya Shahrul ketika kami sedang menonton televisyen di dalam bilik. Ketika itu aku meniarap sambil makan epal dan dia di sebelahku menyandar di kepala katil.

“I don’t think you’ll appreciate any noise while watching television, do you?”
Tanpa menoleh, aku menjawab dan terus menguyah epal dengan penuh nikmat.

“I mean, you tak banyak bercakap sejak pagi tadi. I kacau you pun you tak layan.”

“Entah. Perasaan you je tu. I okay jer.”

“You malu ea?”

Aku mengangkat kening, menghantar isyarat mata dengan pertanyaan kenapa.

“Ye la. You malu la I kissed tangan you tadi.”

Aku ketawa kuat. Sengaja ingin menutup rasa hati yang mengakui keraguan Shahrul. Memang aku malu pun.

“Malu malu ni bukan I la, Shah. Kenapa? You ada rasa malu ke tadi masa you kissed tangan I? Itu lah, nak buat something tu tak nak fikir banyak kali dulu. Sekarang dah mula la tu malu sorang-sorang.”
Aku kembali mengusiknya.

“I? Seribu tahun pun takkan mungkin Lisa. I kan lelaki, of course lah I suka benda-benda macam ni. Lagipun, I dah biasa sangat lah dengan perempuan ni.”
Ada nada ingin mengusik di situ. Mungkin dia mahu menguji aku, mahu melihat sejauh mana aku akan cemburu.

Dan aku ketawa mengejek. Aku begitu kenal perangainya. Di luar, dia seorang pendiam dan pemalu orangnya. Sangat berlawanan dengan aku. So ada hati lagi nak biasa dengan perempuan? Mungkin la terbiasa sikit, kalau tak takkan dia pernah ada awek. Tapi tak terlalu biasa. Boleh dikira dengan sebelah tangan jer berapa orang perempuan yang betul-betul rapat dengannya.

Heh! Aku tersengeh saja memandangnya.

“What are you grinning at?”
Soalnya.

Tiba-tiba otakku merencanakan idea nakal.

Aku bangun dan bergerak menghampiri Shahrul. Begitu hampir. Badanku rapat padanya. Dia kelihatan terkejut dan membetulkan duduknya. Sengaja aku dekatkan wajahku dengan wajahnya. Epal yang masih bersisa ku letak. Jari jemariku sengaja aku mainkan di wajahnya sambil aku gatalkan lagi mimik mukaku.

Hampir saja aku hamburkan ketawaku melihat wajah kagetnya. Mungkin dia tidak sangka aku akan bertindak begitu. Malah pandangannya padaku juga seolah-olah dia seorang anak dara yang dikacau oleh si teruna.

“What did you do to yourself? Why you’d changed so much only within a year? You look…more… sexy… and… delicious…”
Ujarku dengan suara yang sengaja aku perlahankan beserta rengekan manja.

Tanganku nakal bergerak dari wajahnya kemudian turun ke dada bidangnya. Saat itu aku hanya mampu berdoa, supaya aku mampu menahan tawaku dari meletus.

“Lisa… don’t…”
Tergagap suara mamat ni. Dia kelihatan begitu terkejut. Hah rasakan! Semalam kau kenakan aku.

“Sweetheart… it’s great having the situation reversed!”
Ujarku seraya ketawa terbahak-bahak.

Tanganku tidak lagi bersentuhan dengannya, malah aku menekan perutku menahan senak akibat ketawa terlalu kuat. Tawaku yang kutahan dari tadi ku hambur sepuasnya. Rasakan!

Tawaku terhenti apabila Shahrul tiba-tiba memegang pergelangan tanganku. Begitu kuat hingga aku terasa sakit.

“Apa ni Shah. Sakitlah!”

“Lisa. You tahu something tak?”

Dan aku tidak menjawab. Tangan aku masih terasa sakit. Aku cuba melepaskan tanganku, namun makin aku cuba, makin erat genggamannya.

“I wish you were not joking around.”

Dia memandangku. Pandangannya tajam. Haih dia ni, nak kenakan aku balik ke?

“Okay fine. I’m sorry. Sekarang lepaskan tangan I boleh? Sakit tau!”

“You know that I love you, don’t you?”

“Alah, tak payahlah you nak kenakan I balik Shah. Tangan I ni, sakit. Please.”

“Cakap dulu, yang you sayang i. Baru I lepaskan tangan you.”
Ugutnya.

Aku mencebik. Ada ke main paksa-paksa. Namun tiba-tiba timbul tanda tanya. Aku… aku sayangkan Shahrul atau tidak? Lama aku diam. Hingga memaksa Shahrul bertanya.

“You kenapa? Kenapa diam tiba-tiba?”

“I just wonder. I tak tahu I sayang you atau tidak. Pertanyaan you tadi tu buat I terfikir.”

Shahrul melepaskan tanganku. Aku sudah tidak peduli lagi akan genggaman itu. Lagipun tanganku sudah tiada rasa apa-apa lagi kerana kebas akibat terlalu lama dipegang Shahrul.

“Kalau macam tu, let me test you.”

Kedua-dua tangan Shahrul memegang wajahku, dan menarik mukaku menghampirinya. Aku kaget, kerana peristiwa seperti ini pernah terjadi setahun yang lalu. Namun hatiku tidak pula terasa ingin menolak, kerana aku pun nak tahu hasil test yang Shahrul maksudkan.

Lama bibir kami bertaut. Aku memejamkan mata. Namun tiada debaran dihati, tidak seperti subuh tadi ketika tanganku dikucup.

“I feel nothing.”
Ujarku jujur.

Aku memandangnya tanpa rasa malu, namun sebaliknya muka Shahrul pula yang memerah.

“Eh, you malu ea? Muka you merah! So betul lah you dah tangkap leleh dengan i?”
Soalku pada Shahrul dengan nada yang sangat teruja. Separuh betul-betul teruja, dan sebahagian lagi aku rasa aku sengaja buat-buat teruja.

“Mana ada!”
Dia berpaling dari pandangan mataku.

“Kalau tak kenapa you tak nak pandang i?”

“Well, I don’t think you’ve any idea about this.”

“Then explain.”

“It’s complicated.”

“I’m sure I can keep up.”

“I lelaki lah dear. I bukan malu. Tapi I rasa macam tak nak lepas je you. Dan kalau sekali I tak lepas, memang tak keluar bilik la you lepas ni.”
Ujarnya dengan nada separa mengusik.

Aku tergaman. Baik aku selamatkan diri. Terus aku bangun dari katil dan keluar.

“Hah, takut la tuuu…”
Usiknya lagi.

Aku hanya menjelirkan lidah dan berlalu ke dapur. Lapar. Dasar perut gajah.

***

“Masak apa?”

Tidak perlu berpaling, aku sudah tahu itu siapa. Shahrul lah, siapa lagi ada dalam rumah ni selain aku dan dia.

“Masak megi.”

“Again?”

“Do I have any other choices?”

“Of course you do dear. Jom siap. Kita pergi Giant, beli barang dapur. Lepas ni tak payah makan megi lagi dah. You je masak untuk i.”

Aku salah dengar, atau dia ni memang nak kena?

“Wait, I masak untuk you? Hoho memang tak lah!”

“Habis tu takkan I nak masak untuk you? You kan isteri.”

“Well, for your information Shah, tugas memasak tu bukan tugas isteri ok. Sepatutnya tu semua tugas suami.”
Aku memberi hujah.

Walaupun ilmu pengetahuan aku tidaklah seluas mana, namun aku tahu perkara ini. Jika isteri yang memasak, kemas rumah sekalipun, itu hanyalah dianggap kerja kebajikan, bukan kewajipan seorang isteri.

“Habis tu tugas isteri apa?”
Duganya.

“Well, jaga anak.”
Balasku ringkas.

“So bila you nak bagi I anak?”
Soalnya dengan nada mengusik.

“Ish you ni kan!!!”
Geram betul aku dengan dia ni. Ada je nak mengusik.

Dia ketawa.

“Betul apa. Tadi I dah buat introduction untuk dapatkan anak, you lari. Jadi apa salahnya sebelum kita dapat anak, you tolong masak untuk i. I akan tolong la mana yang patut.”

“Malas I nak layan you.”

“Tak payah nak layan I sekarang. Malam ni I on je kalau you nak layan i.”
Dia ketawa mengusik lagi.

“Eiii gatal doe mamat ni! Dah lah! Kata nak pergi Giant. Cepatlah siap!”

“So you masak untuk I la ni?”
Nadanya kedengaran begitu teruja.

“Ye la. Tak sedap padan muka you.”

Sebenarnya aku tak adalah kisah sangat mahu masak untuk Shahrul. Lagipun sepanjang setahun aku tinggal di apartment yang disediakan pihak resort untukku, aku selalu mengasah bakat memasakku. Maklumlah, kebetulah housemateku kak Nadia memang pandai memasak. Semua resepi dia turunkan padaku.

***

“Amacam, sedap?”
Soalku.

Hatiku berdebar-debar. Takut hasil masakanku tidak disukai Shahrul.

Ku lihat wajahnya. Dia buat muka. Mukanya seperti menahan rasa yang tidak sedap.

“Kenapa? Tak sedap ke?”
Soalku lagi.

Segera aku mengambil sudu dan rasa sendiri masakanku itu. Seingat aku, tadi aku dah betul-betul puas hati dengan hasil air tanganku.

“Elok jer.”
Komenku.

“Memang pun. Bila masa I cakap tak elok?”
Soal Shahrul selamba sambil meneruskan suapannya.

“Habis tu you buat muka macam tak sedap tadi tu, apa?”

“Saja nak test you. Cuak jugak you ya. Kenapa? Takut husband you tak suka air tangan you ke?”
Ejeknya.

Aku buat muka bengang. Dan aku sememangnya bengang dengan mamat tiga suku ni. Rasa nak simbah je lauk pauk ni kat muka dia. Kalau ada asid kat sini, dengan asid-asid tu sekali aku simbah kat muka dia. Biar dia tahu apa itu erti penyesalan.

“Okay I’m sorry. Toksah buat muka lagu tu la. Buruk sangat. Meh makan dengan I meh. Bosan la makan sorang-sorang.”

“You makan lah sorang-sorang. Tengok muka you jer dah hilang selera i.”
Aku segera berlalu masuk ke bilik, meninggalkan Shahrul seorang diri di meja makan.

Entah kenapa tiba-tiba aku menjadi begitu sensitive. Aku syak ini semua angkara perubahan hormone. Maklumlah, orang perempuan. Tiap kali aku emotional, aku akan salahkan hormone. Tapi takkanlah hormone aku selalu buat aku emo?

Aku berbaring di atas katil. Biasanya selepas tidur, emosiku akan kembali stabil. Mood aku pun akan okay. Tapi aku tak dapat lelapkan mataku. Entah kenapa.

Aku dengar tapak kaki Shahrul di depan pintu bilik. Segera aku menutup mukaku dengan selimut. Entah aku sendiri tidak pasti sama ada aku sedang merajuk ataupun tidak. Merajuk, itupun merajuk dengan Shahrul? Oh it doesn’t sound like me.

“Alaa Lisa, merajuk dengan I ke?”
Soalnya.

Aku buat tak layan. Sengaja keraskan diri seolah-olah aku dah tidur.

“Look. I’m sorry okay. I saja je nak bergurau dengan you. Takkan itu pun nak marah?”
Nadanya seolah memujuk.

Aku hanya tersenyum tipis ketika itu. Rasa kelakar la pulak.

“Lisa please…jangan lah macam ni. You buat I serba salah tau!”

Hah rasakan! Suka sangat kenakan aku.

“Ok you nak I buat apa sekarang? Lisa please lah. I tahu you tak tidur lagi.”

Aku tetap keraskan diri.

Tiba-tiba selimutku ditarik. Aku terkejut.

“Hah! Kan I dah cakap, you tak tidur lagi.”

“Ish kacau la! Nak tidur pun tak boleh.”
Bentakku.

“Tidur apa petang-petang macam ni.”

“Ikut suka hati I la. You sibuk apasal?”
Marahku.

“You merajuk ea? Eh comel lah you bila merajuk. Rasa nak cubit-cubit je pipi tu.”

Aku buat muka.

“Hah buat lah lagi muka macam tu. Lagi I geram ni. Yang tadi tu pun tak puas lagi. Ke you nak suruh I sambung?”
Usiknya.

“Eeii gatal siot you ni. Dah pergi main jauh-jauh. Jangan kacau!”
Aku menolak dia yang dah datang berbaring disebelahku.

***

“Ada orang nak jumpa kau!”

Aku yang sedang membaca buku (atau lebih tepat, merenung buku) ketika itu mengangkat muka. Shahrul, ‘kawan’ terbaik aku.

“Siapa?”

“Ntah. Kat depan library.”

Aku bangun dan membontoti langkah Shahrul.

“Kau pergi je la sendiri.”
Ujarnya lalu dia bergerak menuju ke arah kantin sekolah.

Aku tiba di depan perpustakaan, atau sebenarnya taman mini tempat pelajar selalu berehat. Tiada sesiapa pun di situ.

Aku menunggu seketika, sambil tanganku gatal mencabut bunga yang tumbuh cantik di sekitar taman itu.

“Hey Lisa!”

Suara itu datang dari arah belakangku. Dan aku kenal benar tuan empunya suara itu. Maria. Atau lebih tepat, Queen Maria.

Saat aku berpaling untuk memandang Maria, ketika itu juga dahiku terasa begitu sakit dibaling sesuatu. Telur. Ahh damn!!!

Tak cukup satu, aku dibaling dengan berbiji-biji telur, hingga habis pakaian sekolah putihku kotor. Aku hanya menutup mukaku dengan kedua-dua belah tangan.

Akhirnya serangan telur yang bertalu-talu tu berakhir. Aku melihat Maria and the gang sedang mengelilingiku.

Muka Maria ketika itu, aku rasa macam muka orang gila! Muka puas hati dapat kenakan aku. Nasib baik tak ramai students depan library tu. Hanya ada beberapa orang yang baru selesai aktiviti korikulum lalu di kawasan tu.

“Apa ni Maria?”
Soalku separuh menjerit. Aku masih lagi terkejut. Nasib baik bukan telur busuk. Kalau tak memang aku takkan makan telur sampai bila-bila dah.

“Kau boleh tanya lagi? Hey kau dengar sini. Fahmi tu, aku punya. Sedarlah diri sikit kau tu siapa, nak rampas-rampas hak orang pulak.”

Adoiii… Ni Fahmi mana pulak ni?

“Okay wait. Maria, aku tak kenal pun Fahmi tu siapa.”

“Tak payah! Tak payah nak berlagak baik Lisa. Aku nampak dengan mata aku sendiri semalam kau dengan dia jalan sama-sama.”

Aku terdiam. Setahu aku, semalam aku takde jalan dengan siapa-siapa pun.

“Explain. Seriously aku tak kenal Fahmi tu siapa. Bila aku jalan dengan dia, aku pun tak tahu. Kat mana kau nampak aku jalan dengan dia?”

Maria terdiam.

“Hah! Nampak sangat kau tak nampak dengan mata kau sendiri kan? Kau dengar cerita siapa ni Maria? Sial ah! Habis kotor baju aku.”
Marahku.

Queen Maria ni dulu geng dengan aku. Tapi dia ni suka berlagak queen, which is I hate so much. Sebab tu aku dah tak ngam dengan dia lagi.

Aku lihat Shahrul ada disitu. Berada di kalangan beberapa orang pelajar yang menonton drama ciptaan Maria. Dia pula hanya melihat aku dibaling telur, bukannya nak tolong.

“Dari siapa pun aku dengar, tu bukan masalahnya sekarang. Kau tu, apahal nak menggatal dengan boyfriend orang?”

“Tak lama kena cili ah mulut kau ni Maria. Aku tak kenal lah siapa Fahmi sial tu. Sekarang ni, yang salah kau, baling telur kat aku. Bawak geng konon. Kau jangan sampai aku bawak geng aku, memang naya kau!”

Ugutku.

Aku lihat muka Maria pucat. Maria ni suka berlagak berani. Kalau ikut samseng, aku rasa aku lagi teruk dari dia. Geng-geng aku walaupun belajar tak berapa nak pandai, diorang sangat setia kawan. Sekali aku panggil, memang diorang datang, back up aku.

Walaupun sekarang aku tak bergaul sangat dengan diorang lepas mak abah tahu, tapi kami still rapat. Hampir satu sekolah tahu. Aku budak kelas elite yang berkawan dengan budak-budak bermasalah.

Tiba-tiba aku rasa ada seseorang menutup badanku dengan sweater. Pergghh sweater ni bau peluh! Busuk tak payah cakap la.

Adam. Sekurang-kurangnya dia datang menolong aku, jadi hero saat-saat macam ni. Dari penampilannya, aku tahu dia baru selesai latihan ragbi. Patutlah sweater busuk.

Dia memang terkenal di sekolah kerana menjadi kapten pasukan ragbi. Well, dua jejaka yang kononnya hot disekolah ketika itu, kapten pasukan ragbi dan kapten bola sepak.

“Kau apahal Maria?”
Soal Adam, dan nadanya sangat menakutkan, bukan bagiku namun sekurang-kurangnya aku tau Maria takut ketika itu.

Maria segera berlalu dari situ. Selamba je dia tinggalkan geng-geng yang dia bawak, entah kutip dari mana.

“Kau okay?”
Soalnya.

“Okay. Eh ambil balik la sweater kau. Asrama puteri belakang tu jer, aku boleh tukar baju aku sekarang.”

Please cepatlah ambil sweater kau. Aku tak tahan bau busuk ni.

“Okay. By the way, mana geng kau? Takde sorang pun datang tolong?”

“Diorang tak tahu. Kalau tak habis la si Maria tu.”

Ketika itu aku sudah melangkah, mahu kembali ke asrama namun Adam turut menemaniku, mungkin tidak mahu aku yang dah jadi omelet ni jadi tumpuan budak-budak asrama yang sedang study hampir di semua kerusi bawah pokok sepanjang lorong menuju asrama puteri.

Dan sejak itu aku dan Adam berkawan rapat. Hingga ada yang mula mencipta gossip, kononnya aku dan Adam ni couple. Namun kami sebenarnya lebih selesa berkawan, lebih-lebih lagi Aina, salah seorang geng aku menaruh hati kat Adam.

Kami betul-betul bercinta, ketika aku di semester akhir di sebuah university tempatan. Kebetulan Adam juga di university yang sama denganku. Kami hanya berhubung seperti biasa ketika Adam tiba-tiba melamarku melalui mesej.

Aku mengambil masa selama dua minggu sebelum aku memberi kata putus, bersetuju untuk menjadi kekasihnya.

Dan setahun kemudian, sebulan sebelum kami diijabkabulkan, dia lari meninggalkan aku terkapai-kapai, dan muncul Shahrul.

***

“Bangun. Maghrib.”

Aku terpinga-pinga. Aduh. Mimpi kenangan lama lagi. Itulah, tidur petang lagi.

Dalam terpisat-pisat, aku menuju ke bilik air. Jalanku terhuyung hayang, macam orang mabuk gayanya. Mengantuk sangat.

“Nak pergi mana tu?”

“Hah? Toilet lah. Kenapa?”

“Tu pintu bilik. Bukan pintu toilet.”

Aku buka mata luas-luas. Adoi! Apa tak kena dengan aku ni. Aku dengar Shahrul ketawa.

Usai solat maghrib, aku segera membuka laptop, sekadar mahu buka facebook yang dah lama aku tinggalkan.

“Tadi masa you tidur, you sebut nama Adam.”
Perlahan Shahrul bersuara.

Aku hanya diam. Berpura-pura tidak mendengar, dan sibuk membalas komen kawan-kawan yang bertanya mana aku menghilang.

“You masih teringatkan dia ke?”

Aku masih diam. Tidak menjawab.

“Lisa…”

“Ish you ni. I ngigau jer tu. Biasalah tidur petang.”
Jawabku akhirnya, namun mataku masih tertumpu pada screen laptop.

“Are you sure about this? I mean, about us.”

Aku hanya mengangguk. Sebenarnya aku malas mahu melayan.

“Seriously?”

“Ermm.”

“Okay.”

Dia keluar dari bilik. Entah pergi ke mana, aku tak ambil peduli. Aku makin rancak membalas komen-komen dan messages daripada kawan-kawanku di facebook. Rasa rindu pada mereka membuak-buak. Lebih lebih lagi kepada kawan-kawan nakalku.

Mereka banyak berubah. Bayangkan, Aini sekarang sudah bertudung litup, malah tudungnya labuh menutup dada, sopan, dan aku rasakan, jika aku post gambar di wallnya, tunjuk pada umum siapa Aini ketika berusia 16 tahun dulu, mungkin tiada siapa percaya.

Berbeza! Kata-katanya juga berhikmah kini. Tiada lagi maki hamun yang sudah terbiasa keluar dari mulutnya. Malah dia juga banyak mengingatkan kami semua mengenai agama. Sejujurnya, aku kagum dengannya.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Fatima!

“Kak…”
Suaranya sendu. Dia menangis.

“Kenapa dik?”
Aku menarik nafas dalam-dalam. Tahu sesuatu yang buruk berlaku. Cuba untuk bersedia menerima apa jua kemungkinan.

“Abah kak. Abah…”

Aku terkedu, terpana. Telefon jatuh dari tanganku. Shahrul yang kembali dengan mug di tangan, segera menghampiriku. Dia tidak tahu apa yang terjadi, namun dia memelukku erat.

Aku menangis semahu-mahunya. Penyesalan datang menimpa. Aku rasa dunia ini kosong, gelap.

Ya Allah…

***

“Sabar Lisa. Allah lebih sayangkan abah, lebih dari kita sayang dia.”

Emak memelukku erat. Aku tidak menyangka, abah pergi meninggalkan kami sekelip mata. Abah… aku terlambat hanya beberapa hari. Kalaulah aku berani jenguk mak dan abah, beberapa hari lebih awal.

Emak sudah memaafkan aku. Ketika aku sampai di rumah emak, aku takut kalau-kalau aku dihalau seperti dulu. Tapi tidak. Malah emak lantas datang menyambutku dan memelukku erat. Berkali-kali aku mengungkapkan kata maaf, dan emak pula berulang kali mengatakan aku langsung tidak berdosa padanya.

“Abah dah maafkan Lisa nak.”
Itu kata-kata emak, selepas jenazah selesai dikebumikan.

Aku hanya terdiam, malah masih terhenjut-henjut menahan tangis.

“Beberapa hari lepas, abah selalu sebut nama Lisa. Abah rindukan Lisa. Abah tahu Lisa anak yang baik. Katanya, abah sayangkan Lisa lebih dari segala-galanya. Pernah abah pesan pada mak, kalau abah pergi dulu, sampaikan rasa sayang dan cinta abah pada Lisa.”

Usai saja kata-kata emak, aku menangis semahu-mahunya. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Kalaulah aku ada sedikit kekuatan untuk kembali. Mungkin aku dapat bertemu dengan abah sebelum terlambat.

Malam itu, aku memeluk erat baju abah. Masih terlekat bau abah pada baju itu.aku rindu. Sangat rindu. Air mataku tumpah perlahan-lahan. Penyesalan masih menghantui aku.

Shahrul datang menghampiriku. Dia melihat aku masih menangis, dan terus dia memelukku.

“It’s okay… it’s okay…”
Itu saja kata-katanya. Dia memelukku erat, dan aku yang terasa begitu lemah saat itu, begitu menghargai pelukkannya. Malah airmataku makin laju mengalir.

***

Pagi itu, Shahrul sudah masuk ke pejabat setelah seminggu dia bercuti. Untuk apa dia mengambil cuti, aku pun tak pasti. Patutlah seminggu ni dia tidak kemana-mana. Asyik melekat denganku saja.

Kini hubungan aku dan emak sudah pulih. Aku bersyukur. Kata Shahrul, sekurang-kurangnya aku belum terlambat mendapat kemaafan dari emak.

Dan Mak Su pula, khabar yang ku dengar, dia sibuk mencanang cerita perihal aku yang tak tahu malu, balik rumah seolah-olah aku langsung tidak bersalah. Katanya, aku anak derhaka yang tak sedar diri.

Ah! Pedulikan. Aku tidak mati dengan umpat kejinya.

Mak Ngah juga nasihatkan aku,jangan ambil peduli kata-kata Mak Su. Rumahtangganya sendiri hancur, malah anak-anaknya jua entah hilang ke mana. Masih lagi mahu ambil tahu perihal orang lain.

Setiap pagi rutinku kini, menelefon emak, bercerita itu dan ini. Seperti dulu. Malah aku tahu, emak pasti kesunyian setelah abah pergi. Shahrul pula sering mengingatkan aku supaya sentiasa hubungi emak.

“Bila Lisa nak bagi mak cucu ni? Mak bosan tau duduk rumah sorang-sorang. Kalau ada cucu, boleh mak jaga.”

Soalan emak menyebabkan aku terkedu. Cucu? Tak pernah terlintas difikiranku untuk ada anak bersama Shahrul.

“Err… yang tu nanti-nantilah mak. Tak pun mak suruh je si Fatima tu kahwin dulu. Senang.”

Dan aku mendengar suara Fatima marah-marah. Haha sudah ku agak, emak mesti buat loudspeaker tiap kali bercakap denganku.

“Apa pulak. Mak minta cucu dari Lisa, bukan Fatima. Kenapa, Shahrul tak nak anak ke?”

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.

“Bukan macam tu mak…”

“Habis tu, Lisa yang tak nak?”
Soal mak dengan nada terkejut.

“Eh tak jugak. Siapa yang tak nak anak kan? Cuma tu lah. Lisa tak puas lagi berdua dengan Shahrul. Nanti-nantilah dulu.”
Bohongku.

Bercinta pun tidak. Malah untuk berada bersama-sama Shahrul buat aku gila. Mana tidak, dia asyik membuli aku, mengenakan aku. Walaupun sebenarnya aku sangat rindu dengan usikannya, gurauannya, selepas setahun kami berpisah.

“Lisa bukan makin muda. Ingat tu. Lagipun, kita tak tahu sampai bila kita akan terus bersama dengan seseorang tu.”
Ujar emak sayu.

Aku terkedu. Betul juga kata-kata emak. Aku bayangkan jika Shahrul tiba-tiba pergi, oh! Mataku bergenang. Aku rasa sedih. Aku sayangkan Shahrul. Eh, sayang? Aku sayangkan Shahrul ke?

***

“Penat ke?”

Soalku, sambil menghulurkan segelas minuman pada Shahrul yang sedang berehat di sofa. Dia melonggarkan tali lehernya dan menyambut minuman yang aku hulurkan.

“Banyak kerja. Seminggu I cuti, kerja bertimbun macam I tak datang kerja setahun.”

“Amboi. Hyperbola sangat tu cik abang oi. Kenapa, takde yang ganti you ke sepanjang you cuti?”

“Takde. Entah kenapa kerja berlambak. Tu dalam briefcase tu, ada lagi paperworks yang I terpaksa bawak balik rumah. Tak sempat nak siapkan kat office.”

Aku menggeleng. Kesian pun ada jugak. Aku menatap mukanya yang kepenatan. Ku lihat stokingnya belum dibuka.

“Nak I bukakan stoking?”
Tawarku.

Dia kelihatan terkejut, dan dia menilik airmuka ku, kerana aku tahu dia risau jika aku ingin kenakan dia seperti selalu.

“Why not?”
Katanya setelah hampir seminit dia buat muka terkejut. Aku pula hanya memandangnya dan buat muka takde perasaan. Sebenarnya aku resah juga, takut dia menolak tawaranku itu, malah aku takut dia mengejek aku.

Aku segera mencabut stokinnya, malah aku pegang tanpa menunjukan rasa geli walaupun bau stoking tu sangat tidak menyenangkan.

“Anything happens today? Why do you acting so weird? I mean, so not you.”

“Nothing. I was thinking the whole day today. And I keep thinking, why don’t I take this chance, I mean chance of being isteri solehah to you.”
Kataku sambil tangan kejap sentuh peha, kejap main telinga sendiri. Malu sebenarnya.

“Wow. That’s great.”

“Wait. I’m not finish yet. You know, nak jadi isteri solehah, susah. Jadi I rasa,sekurang-kurangnya, I can act like one. I’ll do my best, walaupun I tak rasa yang I ni ikhlas, and I hope lama-lama I akan terbiasa dengan rutin ni.”

Dia terkedu. Aku menggigit bibir. Please Shahrul. Say something.

“And one more! Please please please… don’t expect much from me. I’ll give you what I can, and I hope you don’t demand anything beyond that.”
Aku menyambung, bila dia terus diam. Aku harap dia faham maksudku. Untuk kegiatan mendapatkan anak, aku betul-betul belum bersedia untuk itu.

“Okay…”
AKhirnya dia bersuara.

“I rasa sekarang ni I sedang berhalusinasi. Betul ke apa yang I dengar? Kalau I sedang tidur, please don’t wake me up. My dream comes true!”

Aku ketawa. Sekurang-kurangnya dia tidak memperlekehkan aku.

“By the way, you masak apa malam ni? I bau dari luar lagi.”

Aku tersenyum.

“Ada lah. First go and take your bath. The dinner will be served in few minutes.”
Aku lantas bangun dan menuju ke dapur, membawa stokingnya untuk diletak dalam bakul baju kotor.

***

Pagi itu menggosok pakaian kerja Shahrul, untuk seminggu terus. Rutin harian aku kini berubah seratus peratus. Sebijik rutin harian seorang surirumah. Baju-baju aku basuh, jemur, lipat, rumah aku kemas dan mop setiap hari. Bunga-bunga di halaman rumah aku siram, malah aku susun menjadi taman mini, walaupun bukan seperti yang aku idamkan.

Kadang-kadang kalau aku bosan, aku akan memandu ke rumah emak. Dan yang paling kelakar, aku akan mesej Shahrul terlebih dahulu, minta izin. Aku sering ketawakan diriku sendiri, namun aku tekad untuk berubah.

Dan aku dapat rasakan, aku sudah jatuh sayang pada Shahrul. Atau sejujurnya, jatuh cinta padanya.  Malu untuk aku akui, tapi itu hakikatnya. Sejak aku berusaha menjadi isteri solehah untuknya, dia melayanku dengan begitu baik, dan romatis juga.

Banyak kali dia ungkapkan, dia sayang padaku. Tapi sekali pun aku tidak membalas, ekoran rasa malu. Kadang-kadang waktu malam, ketika aku tidur, aku dapat rasakan tangannya melingkari pinggangku. Aku biarkan, kerana aku bahagia bila begitu.

Dan aku juga banyak kali mengambil kesempatan, memeluknya ketika dia tidur, atau ketika aku bangun waktu malam akibat mimpi yang bukan-bukan. Hehe. Aku dapat rasakan bunga-bunga cinta sedang berputik.

Ketika aku sedang menyusun baju dalam almari, aku mendapat mesej. Dari Shahrul.

- Dinner kat luar malam ni. Tak payah masak -

Aku tersenyum. Tiap-tiap hari kena masak, sampai aku naik gila fikir nak masak apa. Macam-macam aku google nak cari resepi. Kadang-kadang aku telefon kak Nadia, housemate ku ketika aku lari dari Shahrul selama setahun. Macam-macam idea dia bagi. Cuma aku yang banyak songeh. Shahrul tak suka ni, tak suka tu.

Ada satu lagi mesej masuk.

-Btw, you pergi sendiri restoren depan office i. kita jumpa kat sana je. 8 pm sharp ok! And we expect someone else to be there tonight, so wear something nice-

Ish! Pergi sendiri? And ada orang lain jugak? Tak romantic langsung. Aku menggeleng-geleng kepalaku sambil buat muka.

Tapi ada aku kisah? Janji makan kat luar malam ni. Aku sudah berkira-kira mahu memakai pakaian yang aku beli dengan emak tempoh hari di butik kawan lama emak. Cantik. Malah tudung juga sudah aku beli untuk digayakan bersama.

***


Ketika aku sampai di depan restoren itu, aku ragu-ragu. Di sebelah pintu masuk tertampal tulisan reserved. Maknanya dah ada orang tempah satu restoren tu. Adoi, choi betullah! Aku patah balik dan tengok di sekitar kawasan tu,kot-kot Shahrul ada menunggu aku. Namun hampa. Mana pulak dia pergi.

Aku segera call Shahrul, namun tidak dijawab. Tiga kali aku call. Jam sudah menunjukkan 8.10 minit. Aku sampai lambat sepuluh minit jer, takkan tu pun nak marah sampai tak angkat phone.

“Cik Lisa?”

Suara seorang perempuan menegurku dari belakang.

Pelayan perempuan itu tersenyum padaku, dan menjemput aku masuk. Aku terkejut. Shahrul yang tempah restoren ni, seriously? Oh aku sudah mula rasa teruja. Ada surprise ke ni?

“Ada event apa-apa ke?”
Soalku pada pelayan wanita itu.

“This event is special for you miss. Wait and see.”
Dia tersenyum manis.

Aku dibawa duduk di sebuah meja, betul betul di bawah lampu chandelier yang besar. Music romantic dimainkan. Hatiku ketika itu begitu teruja, sebijik macam dalam drama. Macam dalam mimpi!

Aku mencari-cari, mana Shahrul?

Setelah hampir dua minit dibiarkan berseorangan, seseorang mencuit bahuku dari belakang. Shahrul. Aku tersenyum manis padanya. Dia kelihatan kacak, dan aku tahu baju yang dipakainya sekarang bukan baju pejabat. Mesti dia balik tukar baju ni.

“What is this?”
Soalku, dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

“Nothing. Just a little surprise for you.”

Dia menghulurkan sejambak bunga mawar merah padaku. Seumur hidupku, ini kali pertama aku mendapat bunga dari lelaki. Adam pun tak pernah bagi bunga padaku. Ketika Adam melamarku untuk berkahwin pun, dia hanya mesej meminta persetujuan. Dan aku bersyukur kerana bunga pertama yang ku dapat dari lelaki, adalah dari Shahrul, suamiku.

Aku menyambut bunga itu.

“You naik pangkat ke apa?”
Soalku, sengaja untuk membuang perasaan aneh yang sedang bermaharajalela dalam hatiku.

“Nope. Actually…”

Dia tersenyum manis. Aduh! Sejak bila dia kacak sangat ni?

“Actually what?”

Dia mengeluarkan sesuatu. Bekas cincin! Oh no! Otakku sudah merencanakan apa yang bakal berlaku.

Aku terkedu ketika dia melutut di depanku yang sedang duduk dikerusi ketika itu. Dia memegang erat tanganku, dan mencabut cincin yang tersedia ada di jari manisku. Itu cincin perkahwinan kami, atau lebih tepat, cincin itu sepatutnya disarungkan oleh Adam.

“Will you be my wife?”

Soalnya dengan nada romantic. Tanganku digenggam erat. Aku terdiam seketika.

“I already am.”
Jawabku, sambil buat muka kononnya apa yang Shahrul tanya tu pelik.

“I mean, my truly wife. Real one. I love you, Lisa. I really do. And I want to hear it from you, do you love me too?”

Aku tergamam. Walaupun sebelum ini banyak kali dia ungkapkan kata-kata sayang, namun semuanya dalam keadaan tidak serius,main-main. Tapi kali ni, romantic gila!

Seperti biasa, dalam keadaan gelabah macam ni, aku akan menggigit bibirku. What should I say???

Dia setia menunggu jawapan dariku. Matanya tidak beralih dari merenung mataku. Ah! Saat-saat inilah yang aku sebenarnya nantikan. Apa lagi Lisa? Go for it! Say yes! Hatiku memujuk diri sendiri.

Dan dengan perlahan-lahan, aku mengangguk.

“Is that the yes?”
Soalnya, dan nadanya begitu teruja.

“Yes I do, and…”

Aku diam seketika, mengumpul kekuatan sebelum meneruskan kata-kata.

“And I love you too.”

Segera aku menutup mukaku dengan kedua-dua belah tanganku sambil ketawa. Ya Allah, rasa malu gila! Rasa macam nak lari keluar dari tempat tu.

Ketika itu Shahrul terus memelukku erat, dalam keadaan aku masih menutup wajahku.

“Thanks sayang. Thanks.”
Ucapnya sambil mengemaskan lagi pelukannya.

“I rasa nak lari je sekarang.”
Ujarku jujur.

“Don’t. You are mine now. Don’t you dare to run away from me anymore.”

Pelukan terlerai. Aku tidak menutup wajahku lagi. Aku hanya tersenyum sambil memandangnya.

Dia menyarungkan cincin berlian yang baru pada jari manisku. Betul-betul muat.

“Thanks.”

Dan seraya ku ucapkan terima kasih, dia mencium lembut pipiku. Aduh, blushing jap aku.

Pelayan datang, menghidangkan makan malam kami. Music masih dimainkan, dan malam itu merupakan malam paling indah dalam hidupku.

“Dance with me?”
Selesai makan, dia menghulurkan tangan.

“Dance? No no! I totally can’t dance.”
Bisikku perlahan.

“Its okay. Just follow my step.”

AKu menyambut tangannya. Entah apa-apa. Sebelah tangannya memegang pinggangku, dan sebelah lagi memegang erat tanganku. Aku hanya ketawa kerana beberapa kali aku terpijak kaki Shahrul. Akhirnya kedua tanganku memeluk erat tubuhnya, dan menyandarkan kepalaku di dadanya.

“I love you sayang.”
Ucapnya sambil mencium lembut ubunku, atau lebih tepat, tudungku. Haha.

“I love you too.”
Balasku.

***

Begitulah kisah kami. Akhirnya cita-cita emak nak dapat cucu, tercapai. Nah dapat kembar terus. Fatima pula sedang menghitung hari, menuju hari bahagia. Aku harap dia tidak dikecewakan seperti aku.

Mengenai Shahrul, ada sesuatu yang aku tidak tahu. Ingat cerita aku mengenai Queen Maria? Shahrul lah yang kelentong dia pasal si Fahmi. Saja nak kenakan aku. Dan dia begitu menyesal, kerana itu menjadi permulaan hubungan aku dan Adam.

Dia sukakan aku. Katanya, biasalah lelaki, bila dia sukakan seorang perempuan, dia akan cari pasal. Dulu pernah ketika aku berusia 11 tahun, dia bercerita mengenai rumah usang di belakang rumahku. Katanya tempat itu berhantu dan macam-macam lagi.

Dia sengaja mengusikku, malah dia sering memerhatikan aku. Menjagaku dari jauh kononnya. Macam mana aku tak pernah perasan?

Katanya, dia begitu kecewa bila aku hantar kad jemputan kahwin. Dan dia sebenarnya gembira bila dapat tahu aku tak jadi kahwin dengan Adam, dan dia berbesar hati sebenarnya untuk jadi pengganti. Cuma dia bingung, ada tempat tak di hatiku, ruang untuk cintanya. Kerana itu pada malam perkahwinan kami, dia hanya diam membisu, memikirkan cara untuk mencuri hatiku.

Sepanjang setahun kami berpisah, dia selalu perhatikan aku. Dia selalu mengekori aku ketika aku sedang bersiar-siar di pantai pada waktu petang. Dia selalu mengambil tahu perihal aku, melalui bos tempatku bekerja. Mereka kawan lama rupanya. Cis!

Kenapa tak berterus terang awal-awal je? Mungkin kalau dia berterus terang lebih awal, maka aku akan berusaha untuk mencintainya lebih awal, kan?
                                                        
Luahkan apa yang dirasa, jangan lengahkan sebelum terlambat.

Itu saja ceritaku. Kami bahagia :)

10 comments:

Anonymous said...

best....

Anonymous said...

Real story ke?

Anonymous said...

best gk cite ni coi-iezahtakuya

Anonymous said...

Best

Anonymous said...

Best

Anonymous said...

I love this story....

annoynomus said...

Not bad~
Hwaiting!

Anonymous said...

terbaiiiikkkkkk

Unknown said...

Best

Unknown said...

Best