02/07/2010

Cerpen: Dia suamiku

Setitik demi setitik air menitik perlahan-lahan dari paip. Sinki penuh dengan pinggan mangkuk kotor. Meja kabinet bersepah dengan plastik mee segera dan minuman 3 in 1.

Rak pinggan kosong, pintu kabinet terkangkang luas. Cerek pemanas air yang berisi separuh dibiarkan tidak bertutup. Periuk nasi pula kelihatan baru seolah langsung tak pernah digunakan.

 Pintu peti ais dipenuhi nota-nota berbentuk kertas kuning berpetak petak. Ada juga kertas berbentuk hati yang diconteng dengan lukisan kartun yang buruk dan kartun smiley yang menjelirkan lidah. Ruang dapur yang suram di pagi hening itu bersepah sepah.

"Paaannnggggg!!!"

"Aduh!!! Sakitnya…"

Amalina jatuh terduduk. Pintu kabinet yang dilanggarnya tadi tertutup rapat. Amalina menggosok-gosok dahinya. Dirasakan timbul benjolan kecil.

"Ya Allah. Hey budak. Kenapa ni?"

Amalina hanya menjeling Shahran sekilas, dan masih terus menggosok dahinya yang sakit perlahan-lahan.

Shahran menghampiri Amalina. Di gosok lembut dahi itu sambil ketawa kecil.

"Tu la you ni. Lain kali bangun tidur pergi la basuh muka dulu. Ni terus cari makanan apa kes? Kan dah terhantuk. Sakit tak?"
Shahran masih ketawa.

Amalina buat muka menyampah. Geram dengan lelaki yang sedang menggosok lembut dahinya yang bengkak. Bukannya nak bersimpati, ketawa pula.

"Kalau dah benjol sampai macam ni, takkan tak sakit. Kalau you nak ketawa baik you pergi depan tengok tv tu. Tak payah nak kesiankan I."

"Okay. Okay. Sorry dear. Nak sapu ubat tak?"

"Apa dear dear ni? Tak payah la… I tunggu you la ni. Lama sangat bertapa dalam toilet tu. Tu yang I datang dapur dulu nak panaskan air."

" Ya la tu. Eh, tadi I dengar telefon you bunyi. Macam mesej masuk. Nak suruh I ambilkan ke?"

"Tak payah, I pergi ambil sendiri. You tolong panaskan air untuk I boleh? I nak masak megi la."

"Okay dear!"

***

-Salam. Malam ni ayah & ibu datang nak jenguk Mal. Korang berdua ada kat rumah kan? Ibu bawak si Rina & Amin sekali. Lepas Maghrib kami bertolak. Mungkin bermalam kat sana -

Pesanan ringkas itu dibaca berkali-kali. Oh my God! Betul ke ni? Ya Allah. Matilah aku.

"Shah!!!!!!!!!!"

Shahran berlari kecil dari dapur. Melihatkan Amalina seperti tiada apa-apa, terus mukanya dimasamkan sedikit.

"Ya Allah. You ni kenapa pagi-pagi dah menjerit macam kena rompak? Terhantuk lagi ke?"

"Terhantuk kepala otak you. Ni baca ni."

Amalina menghulurkan telefon Sony Erisson putihnya kepada Shahran. Shahran menyambut dan terus membaca mesej yang tentera pada skrin telefon bimbit isterinya itu.

"Oh my God! Mal you ambil cuti hari ni."

"Mana boleh! Appointments dengan clients I banyak hari ni."

"Habis tu takkan I nak kemaskan rumah ni sorang-sorang? You tak nampak ke macam tokang pecah rumah kita sekarang? You cancel je appointments tu! Ni lagi penting!"

"Ish. Kejap I call pejabat I. Nanti I minta si Nani uruskan. Tu pun kalau boleh. Kalau tak, you have no choice dear."
Amalina membuat muka comel pada suaminya sambil menekan-nekan punat telefon bimbitnya. Mencari nombor Hanani untuk dihubungi.

Shahran hanya menunggu Amalina yang sedang membuat panggilan. Dia tidak peduli. Isterinya perlu berada di rumah dan sama-sama membersihkan rumah mereka hari ini. Dia sanggup membawa Amalina ke klinik sahabatnya mengambil MC jika Hanani tak dapat membantu mereka.

"Okay done! You have me together with you today, sweetheart."

"Sweetheart mangkuk kau. Jom start. I bersihkan toilet. You bersihkan dapur."

"Objection! I nak bersihkan toilet, you bersihkan dapur. Sebab I nak mandi, so I akan bersihkan toilet tu terus. Lagipun you tahu kan, your truly wife ni mana reti nak kemaskan dapur tu."

Shahran membuat muka tidak puas hati. Mana boleh, dapur tu dah la luas, macam sarang tikus pun ada. Dengan pinggan mangkuk yang perlu dibasuh, lantai yang perlu di mop, kabinet yang perlu dibereskan, peti sejuk yang perlu dibersihkan lagi.  Tu belum kira sampah yang bersepah sepah lagi tu.

"Nope. Tak aci macam ni. "

"Okay fine. Kita undi la macam ni. You pilih kat tangan I ni, tangan mana yang I pegang gulungan rambut I. Kalau you pilih dengan betul, I akan bereskan dapur tu."

"Alah. Tahu sangat. Tadi you main rambut you dengan tangan kanan you. So, your hairs should be on your right hand la kan?"

"Hehe. Husband, you have made a very unlucky guess. See? Mana ada rambut pun kat tangan kanan I ni. Kat tangan kiri ni ada la. Bueeeekkkkkk!!!"

Shahran geram.

Amalina berlalu gembira menuju ke bilik air dengan tualanya sambil menyanyi-nyanyi kecil.

***

"Mal, jom bersihkan halaman pulak!"

Amalina yang sedang berbaring di ruang tamu di hadapan tv menoleh pada suaminya.

"Kejap la. I penat ni tau. Bersihkan bilik air tu. Punya la susah nak tanggalkan kotoran celah-celah tu. I nak guna clorox you tak kasi."

"Eh budak! I yang bersihkan dapur sampai berkilat tu pun tak kecoh macam you ni tau. Dah. Jom. Banyak rumput nak kena potong tu. Pasu-pasu bunga nak kena susun balik. Entah apa dah jadi kat laman tu pun I tak tahu la."

Amalina mengeluh. Matanya rasa seperti mahu tertutup. Mengantuk mungkin di pagi hari.

"Give me 10 minutes. I need rest."

"Okay la kalau macam tu. I pun nak rest jugak la. Tepi sikit. Nak baring sebelah you."

"Takde. Baring sana jauh-jauh."
"Eleh. Dah setengah tahun jadi isteri I pun nak malu-malu lagi apa kes? Hehe. I seronok la tengok you malu-malu macam ni."

Muka Amalina merah padam. Suaminya ini kalau bab mengusik nombor satu.

"Takde maknanya I nak malu dengan you. You ni baring rapat-rapat dengan I ni kenapa? Nak bermanja ke? Kenapa tak pergi je kat girlfriend you yang super gedik tu?"

"Eh eh. Ada orang tu macam jeles la. Gedik gedik Juwita tu pun bestfriend you jugak kan?"

"Heh! Malas I nak layan. I nak take a nap jap. Nanti nak start bersihkan laman tu kejutkan I. Kalau rajin buat sorang-sorang pun bagus jugak."

Amalina segera menutup mukanya dengan bantal kecil. Seperti yang selalu dilakukan setiap kali mahu tidur. Shahran hanya melihat isterinya yang memakai T-shirt lengan pendek dipadankan dengan seluar track.

Isterinya cantik. Baik walaupun sedikit kasar. Tapi entah kenapa. Hatinya lebih tertarik pada Juwita, teman wanitanya sejak di bangku sekolah.

Perkahwinan mereka bermula apabila keluarga mereka salah faham mengenai keakraban mereka. Dengan status 'bestfriend', mereka di ijabkabulkan dan status mereka bertukar menjadi suami isteri. Masing-masing tidak mampu menjelaskan keadaan sebenarnya apabila melihat pancaran kegembiraan di muka ibu bapa masing-masing.

Mereka hidup berjiran sudah lama. Sejak mereka masih kecil. Bersekolah juga di tempat yang sama. Masing-masing terpisah hanya sementara ketika Amalina melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam bidang business selama 3 tahun. Shahran pula hanya melanjutkan pelajaran di dalam negeri sahaja, gara-gara tidak mahu berpisah denga Juwita.

Walaupun sudah hampir setengah tahun mereka mendirikan rumah tangga, namun hubungan mereka tetap seperti dulu. Cuma kini mereka tinggal serumah. Masing-masing meneruskan kehidupan seperti biasa. Perjanjian telah dibuat. Menghormati kehidupan peribadi masing-masing. Itu saja prinsipnya.

***

"Fuuhh! Siap jugak akhirnya. Kan best kalau rumah kita tiap-tiap hari bersih macam ni."

Shahran menyeka peluh di dahinya sambil melabuhkan punggungnya di sisi Amalina di tepi longkang. Amalina hanya tersenyum tipis, kepenatan.

"You dengan Juwita macam mana sekarang? Any progress?"
Shahran menoleh pada Amalina. Amalina hanya tunduk sambil mencabut rumput rumput kecil yang tumbuh berhampiran kakinya diletakkan. Kenapa soal Juwita dibangkitkan?

"Ermm. Nothing special. Masih seperti biasa. Kenapa you tanya?"

"Tak ada la. You dengan dia tak nak kahwin ke? Sampai bila kita nak terus macam ni. We have been married about 6 months, yet we’re still like this. I'm totally a stranger to my own husband. I penat macam ni."

"Habis tu apa yang you nak?"

"I nak you fikir betul-betul. Apa yang you nak dari I, atau apa yang you nak dari Juwita. I pun tak tahu kenapa I sanggup menipu keluarga I sendiri. I tak rasa yang I buat ni membahagiakan mereka."

"Maksud you?"

"You pilih. Ceraikan I, dan kahwin dengan Juwita, or you tinggalkan dia. Cukuplah you menyiksa dia begitu. Dia pun kawan baik i."

"I tak menyiksa dia."

"But you bagi dia harapan yang tak pasti! You tak kesian ke kat dia, masih menunggu you. Tapi you sendiri pun tak tahu apa akan jadi dengan hubungan kita ni. Dia kawan baik I Shah. Kawan baik I sejak sekolah dulu. Sebelum you dengan dia bercinta lagi."

"Mal, I nak masuk dulu. Nak mandi. Lepas ni kita beli barang dapur sikit. Pastu I tolong you masak untuk ayah dan ibu."

Shahran bangun. Namun langkah terhenti apabila tangannya dipegang Amalina.

"I harap you fikir betul-betul Shah. Sebab I pun tersiksa dengan keadaan macam ni."
Shahran berlalu meninggalkan Amalina. Dadanya sesak.

***

Air dibiarkan mencurah-curah jatuh ke kepala dan mukanya. Matanya dipejam rapat. Tangannya beberapa kali meraup rambutnya yang basah. Dia bingung!

Selama ini dia tidak pernah memikirkan penghujung hubungan antara dia dan Juwita, juga antara dia dan Amalina. Dia akui dia begitu sayangkan Juwita. Namun begitu sejak kehadiran Amalina dalam hidupnya dengan status isteri, sedikit sebanyak rasa itu beralih kepada Amalina.

Berkongsi bilik dan katil selama enam bulan, berkongsi  rumah dan berebut untuk menonton rancangan kegemaran masing-masing.

Walaupun begitu jarang Amalina memasak untuknya, namun dia tahu Amalina seorang yang pandai memasak. Kadang-kadang dia diseksa Amalina supaya menemaninya makan megi, sedangkan dia baru selesai menghabiskan dua bungkus megi.

Teringat hari ulang tahunnya yang ke 25 bulan lalu. Amalina menghadiahkannya seutas jam tangan.

Dan pada malam itu, Amalina masak makan malam kegemarannya, ketam masak lemak cili padi. Makan malam yang begitu romantik, walaupun di selangi gurauan bodoh antara mereka. Dia akui, dia terpegun dengan kecantikan milik Amalina, yang selama ini terlindung dari pandangannya.

Amalina seorang gadis yang memiliki kulit sawo matang, hidung yang sedikit mancung, dan mata yang redup. Dia tidaklah secantik gadis lain, namun tetap memiliki sifat lembut yang mampu mencairkan hati lelakinya.

"Wooi orang kat dalam. Mandi ke tidur dalam toilet tu? Cepat la. Dah nak masuk Asar dah ni. Nanti tak sempat."

Suara Amalina di luar mematikan lamunan Shahran. Shahran hanya tersenyum nipis.

***

"Ibu, ayah! Apa khabar? Rindunya."

Tangan ibu dan ayahnya disalaminya. Sudah hampir sebulan dia tidak pulang ke rumah orang tuanya. Hendak dikatakan jauh, tersangatlah dekat. Mungkin kerana masing-masing sibuk dengan kerja.

"Ya la tu. Rindu. Last last ibu jugak yang kena jenguk dia. Kalau tak entah berapa bulan baru dapat jumpa."

"Hehehe. Sorry bu. Busy la."

"Shahran mana?"

"Oh, ada kat dapur tu. Tadi dia tolong Mal masak. Tengah nak hidangkan la tu."

Ibunya hanya mengangguk. Rina yang begitu lama tidak menemui kakaknya asyik merengek untuk didukung. Amin pula sudah hilang berlari lari entah kemana.

"Cantik kamu kemas rumah? Ke bila ibu datang baru nak kemas? Tak kerja ke hari ni?"

Cess ibu ni. Macam tahu tahu je.

"Hehe. Hari ni Mal ambil cuti. Tapi dua hari je. Hari ni dengan esok. Ibu tinggal lah kat sini lama-lama sikit ya."

"Esok ibu balik. Ayah kamu tu bukan boleh tinggal rumah lama-lama. Banyak kerja katanya. Entah kerja apa la dibuatnya  dah tua-tua macam ni."

Amalina hanya tersenyum. Dilihatnya Shahran sedang melambai-lambai kecil dari dapur. Segera dia berlalu menuju ke dapur.

"Kenapa?"

"You bereskan lauk ni jap. I pulak nak gi salam ibu ayah."

"La. Ingat ke apa la tadi."

***

Shahran mengguling gulingkan badannya di atas katil. Rasa tidak selesa. Amalina disebelah kirinya sudah memejamkan mata. Namun dia tahu Amalina belum tidur kerana tiada bantal yang diletakkan atas mukanya.

"Mal, you rajin tak?"

"Apa? I ngantuk ni."
Amalina menjawab tanpa membuka matanya.

"Belakang I ni sakit la. Banyak buat kerja kot hari ni"

"So?"

"Urut sikit boleh?"

Amalina segera membuka matanya. Kesian pula melihat suaminya.

"Minyak urut kat mana?"

"Err… I lupa la. You tahu kat mana?"

"Sengal! Kalau I tahu takde maknanya I nak tanya you."

"Eh you ni. Tak baik kata suami sengal tau!"

"Dah you memang sengal. Cuba you ingat balik, kat mana you letak lepas last you guna?"

"Errkkk.. Kat mana ek…"
Shahran menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Niatnya hanya untuk bermanja dengan Amalina.

Amalina mendengus geram. Diambilnya bantal lalu dipenyek-penyek pada muka Shahran.

"OOO main kasar ya."

Shahran segera bangun untuk melawan dan dipegangnya tangan Amalina. Mereka bergurau senda sambil berebut bantal untuk dibaling pada lawan. Mereka ketawa namun tawa mereka terhenti, apabila pandangan mereka bersatu.

Amalina menundukkan wajahnya. Shahran melepaskan tangan Amalina. Segera Amalina bangun dan mencari minyak urut dalam almari pakaian dan meja mekap.

"Hah. Jumpa pun."

Amalina segera menuju ke katil. Di lihatnya Shahran sudah membuka baju tidurnya sambil meniarap. Bersedia untuk diurut.

Hatinya berdebar-debar. Ini kali pertama dia mengurut Shahran. Dan ini kali pertama dia akan bersentuhan dengan Shahran dalam kadar masa yang lama. Selama ini jika sekadar terpegang tangan atau tersentuh kulit itu sudah biasa.

"Cepat la sayang oii."

"Oppss. Sorry. Sorry."

Amalina duduk di sebelah suaminya. Di sapunya minyak urut padan badan suaminya dan di urut lembut. Namun pemikirannya tiba-tiba jauh terbang.

Dia asyik memikirkan, bagaimana jika Shahran tetap mahu memilih Juwita, dan meninggalkannya?

Bagaimana dia mampu hidup tanpa Shahran, lelaki yang telah mencuri hatinya hanya dalam masa enam bulan mereka berumahtangga.

"You fikir apa?"

"Apa dia??"

"I tanya, you fikir apa?"

"Takde apa-apa."
Amalina terus mengurut badan suaminya lembut.

"Sakit lagi?"

Shahran hanya mengangguk. Mukanya ditenggelamkan dalam bantal yang didakap dengan kedua belah tangannya.

"Mal."

"Ya?"

"Pasal yang you cakap tadi, I rasa I dah fikir betul-betul."

"Ermm. Baguslah."

"Itu je? You tak nak tanya apa keputusan I?"

"Apa pun keputusan you, I tak boleh nak ubah kan?"

Amalina berhenti mengurut Shahran apabila Shahran tiba-tiba bangun dan betul-betul menghadap Amalina.

"You tak nak tahu apa yang I rasa?"

"Penting ke? I dah penat Shah. Selama ni I tahan rasa sakit I. I tahan sedih I. You tak pernah nak ambil tahu pun. Mungkin kita hanya mampu jadi sahabat. Bukan suami isteri."

"Tapi I dah mula cintakan you. I sayangkan you!"

Amalina diam. Betulkah apa yang telinganya dengar? Hatinya mula dibuai-buai rasa bahagia. Hampir saja dia menangis di hadapan Shahran. Namun ditahan air mata kegembiraan itu.

"You tak rasa ke apa yang I rasa?"
Soalan Shahran dibiarkan sepi.

Wajah Juwita datang menghantui. Hati Juwita bagaimana? Sudah lama mereka bercinta. Takkan putus begitu saja?

"Juwita?"

"Ini tentang kita! About you and me."

"Juwita bagaimana? Dah lama dia tunggu you. Dah lama dia simpan rasa sayang pada you. Takkan you nak tinggalkan dia macam tu je?"

"Kalau you boleh tinggalkan boyfriend you macam tu je dulu, why not me?"

"Shah! You can’t be so bloody hell selfish!!! Zikri dengan I, kami putus dengan kata sepakat. Demi kebaikan masing-masing. Dia lepaskan I, sebab dia nak yang terbaik untuk I. You tak boleh biarkan Juwita kecewa macam tu je!"

"Habis, you nak I tinggalkan you?"

Amalina diam. Dia segera bergerak ke tepi dan berbaring di tempat tidurnya.

"I nak tidur"

Bantal kecil segera diambil dan diletakkan di atas mukanya. Hatinya tidak keruan.

"Mal, I cintakan you."
Suara lembut Shahran kedengaran di tubir telinganya.

"I sayangkan you Mal."
Suara Shahran makin dekat di telinganya. Dia dapat rasakan shahran berbaring di sebelahnya. Begitu rapat. Tangan Shahran melingkari pinggangnya. Namun dia hanya mengeraskan badannya.

Dagu Shahran diletakkan di bahu Amalina. Shahran memeluk Amalina erat walaupun hanya dari tepi. Memeluk isterinya yang sah.

Amalina bahagia dipeluk begitu. Ingin saja dibalas pelukan suaminya, namun risau lain pula jadinya. Dibiarkan tangan Shahran memeluk tubuhnya erat. Dia bahagia. Terlalu bahagia.

Dan mereka tertidur dalam posisi begitu hingga subuh.

***

"Ibu, kenapa ibu masak semua ni? Mal boleh buat la bu."

Amalina melihat ibunya sibuk menyedok nasi goreng ke dalam pinggan.

"Alah. Nasi goreng je pun. Lagipun ayah kamu tu hah, mana boleh sarapan lambat sikit. Mula la craving tak tentu pasal."

"Maafkan Mal ibu."

"Eh, ni kenapa ni?"

Amalina sebak. Ingin saja dihamburkan tangis di situ juga, namun dia bimbang jika Shahran turun makan dan melihatnya menangis. Di tahan rasa sebak itu.

"Tak ada apa-apa la bu. Jom makan."

"Panggil ayah ngan Shahran makan."

***

"Amalina."
Lembut Amalina dipanggil ibunya. Ketika itu dia sedang berada di bilik bacaan, melihat album perkahwinannya dengan Shahran.

"Apa dia bu?"

"Apa kamu buat kat sini sorang-sorang? Shahran mana?"

"Dia pergi pejabat kejap. Ada borang penting dia kena sain. Sepatutnya dia cuti hari ni."

Si ibu mengambil tempat di atas sofa di sebelah anaknya. Dia begitu menyayangi Amalina, walaupun pada hakikatnya, Amalina sebenarnya hanya anak saudaranya, anak kepada kakak sulungnya.

Ibu dan ayah kandung Amalina meninggal dunia ketika Amalina masih di darjah tiga. Dan Puan Salmah lah yang sanggup mengambil Amalina dan menjaganya seperti anaknya sendiri.

Dan berkat menjaga anak yatim, rumahtangga yang sunyi dari tangisan bayi selama sembilan tahun berakhir dengan kelahiran kembar Amin dan Rina. Namun Amalina tetap dianggap seperti anak sulung mereka.

"Amalina, berapa lama kamu nak berahsia dari ibu?"

"Hah? Maksud ibu?"

"Sudahlah Mal. Ibu tahu Mal tak bahagia kan?"

"Ibu…"
Amalina memeluk ibunya, dan menghamburkan tangisannya yang dipendam selama ini.

Sudah lama dipendam air mata itu.

Air mata perpisahannya dengan Zikri.

Air mata atas rasa kesalnya jatuh cinta pada Shahran.

Air mata atas kekesalannya apabila mengkhianati kawan baiknya sendiri, Juwita.

Air mata kecewa dengan sikap Shahran yang membiarkannya terluka apabila asyik keluar dengan Juwita.

Dan air mata kecewa, apabila dia sanggup berbohong pada kedua orang tuanya, sedangkan dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat demikian.

"Sudahlah nak. Ibu minta maaf. Sebenarnya, ibu dah tahu, dulu Mal dengan Shah tu hanya kawan baik. Tapi sebab ibu tahu, dia dapat bahagiakan Mal. Dia dapat jaga Mal dengan baik."

"Ibu tak perlu minta maaf bu. Ibu dari dulu dah banyak berkorban untuk Mal. Mal terhutang budi pada ibu terlalu banyak."

"Kamu cintakan Shah?"

Amalina mengangguk perlahan.

"Dia?"

Amalina terdiam.

"Shah macam mana nak?"

"Dia cakap dia cintakan Mal. Tapi Mal tak pasti bu. Mal kesiankan Juwita."

"Mal, ibu kenal Juwita tu. Ibu rasa dia dapat lepaskan Shah. Suruhlah Shah bincang dan cakap dengan dia elok-elok."

"Entahla bu."

Tangan puan Salmah menggosok lembut belakang anaknya. Meminjamkan sedikit kekuatan.

***

Shahran memakirkan keretanya di garaj. Di lihatnya Amalina sedang termenung di buaian.

"Hey budak! Buat apa?"

"Buat bodoh."

"Uish. Garang nampak? Datang bulan ke?"

"Bulan nenek kau! I sedih ni. Ibu dah nak balik."

"Lorh. You ingat you ni kat UK lagi ke? Rumah ibu tu tak sampai 2 jam pun. Lain la rumah mama I. Mahu patah tengkuk kalau nak balik tiap-tiap minggu."

Amalina hanya tersenyum. Betul juga kata suaminya.

"Tapi I busy, mana sempat nak balik rumah ibu selalu."

"I mampu tanggung you Mal. You berhenti je kerja. Lagipun banyak mana la gaji yang you dapat. Baik you duduk goyang kaki je kat rumah ni. Sambut I time I balik kerja ke. Masak untuk I selalu ke. Takde la I selalu makan megi je tiap-tiap hari kan?"
Shahran mengangkat-angkat keningnya. Menyindir Amalina yang asyik makan megi.

"Macam mana kalau you tinggalkan I untuk orang lain?"

"I takkan…."

Kata-kata Shahran terhenti apabila dia melihat ayah mertuanya mengangkat beg untuk diletakkan di dalam kereta.

"Ayah dah nak tolak balik dah?"

"A'ah. Banyak kerja kat rumah tu."

"Biar Shah yang angkatkan beg tu ayah."

"Eh, tak payah lah. Tu kamu tolong angkat si Amin yang tertidur kat ruang tamu tu. Biar ibu kamu yang angkat Rina."

Shahran segera masuk ke dalam rumah. Amalina yang hanya memerhati dari tadi menghampiri ayahnya.

"Ayah. Lepas ni datang la lagi ya. Mal rindu ibu ngan ayah."

"Ya lah nak. Kamu tu pun, jangan la jarang balik rumah tu. Ibu kamu tu asyik bising kat ayah risaukan kamu. Kalau busy sangat pun, call la rumah tu ya."

"InsyaAllah yah."

"Shah lelaki yang baik. Bagi peluang kat dia nak bahagiakan kamu. Ayah yakin dengan dia."

Amalina terdiam. Rupanya ayah juga tahu masalah dia dan shahran. Mungkin ibu yang menceritakan pada ayah.

***

"Jom makan."

Shahran yang sedang menonton Buletin Utama menoleh.

"Laa. You masak ke dari tadi kat dapur tu?"

"Eh tak lah. I tidur atas dapur yang berasap tu. Dah tahu tanya lagi kenapa?"

"Uish. Asal you garang sangat ni? I gurau je. You masak apa dear?"

"Ntah. You tengok la apa yang ada tu. I tak pandai masak."

Shahran tersenyum lalu mengikut Amalina ke meja makan.

Kecur air liurnya apabila melihat lauk ketam masak lemak cili padi.

"Thanks sayang"

"I naik atas dulu. Nak mandi. You makan la dulu ya."

"Mal, makan la dengan I"

"Ish you ni. Manja sangat ni apa hal? Buang tebiat ya?"

"Alah. Tak kira. You tak temankan I, I tak mahu makan."

"Gedik!"

"Gedik-gedik pun laki you jugak. Hehe."

***

Amalina berdiri di balkoni biliknya. Melihat bulan sabit dan bintang-bintang yang berteraburan di dada langit menenangkan perasaannya. Usai mandi tadi, dia terus solat Isya'. Sesudah solat, dia berdoa dalam tangisan. Betul-betul mengharapkan pertolongan Allah untuk menenangkan hatinya yang berkecelaru saat itu.

Dan saat ini, hatinya amat tenang. Mungkin penangan ayat suci al-Quran yang dibacanya sebentar tadi. Malam yang indah itu pula menenangkan hatinya.

"You buat apa kat sini? Layan jiwang ya?"

Entah bila shahran muncul disebelahnya. Tiba-tiba saja ada di sisinya, juga menikmati keindahan malam.

"I fikirkan tentang masa depan I."

"Masa depan you dengan I."

"I sendiri tak pasti."

Shahran menoleh pada isterinya.

"Apa maksud you?"

Amalina mengeluh.

"You dah buat keputusan?"

"Berapa kali I nak cakap dengan you? I dah decided untuk terus bersama dengan you, habiskan usia I dengan you."

"Juwita?"

Shahran mendengus kasar. Dia memalingkan mukanya dari Amalina.

"Shah…"

"Dia dengan I dah tak ada apa-apa."

"Maksud you?"

"Amalina, you cintakan i?"

Amalina terdiam. Shahran berpusing ke arah Amalina. Kedua-dua bahu isterinya dipegang lembut.

"I nak dengar dari mulut you sayang. You cintakan i?"

"Macam mana perasaan you pada I?"
Soalan itu ditujukan kembali pada Shah.

"I sayang you lebih dari segalanya sayang. Cuma I sayang mama I je lebih sikit. Hehe"

"You ni anti climax la."

"Hahaha. Okay, serius balik. You sayangkan I?"

Amalina menunduk. Lama dia mencari kekuatan.

"I sayangkan you. I cintakan you. Sejak you lafazkan akad nikah dulu, sejak you cium dahi I untuk pertama kali dan sejak cincin ni tersarung di jari manis I."

"Akhirnya…"

"Apa yang akhirnya?"

Shahran hanya tersenyum. Amalina ditarik dan dipeluk erat. Amalina membalas pelukan suaminya. Bahagia menerpa.

"I dengan Juwita, dah lama break. Dia bagitahu I, yang you sayangkan I. You kawan dengan dia dah lama. Dia kenal sangat you macam mana. Dia yang minta putus. Demi you."

Pelukan terlerai.

Amalina menatap mata suaminya. Mencari kejujuran.

"Sejak bila?"

"Sebulan lepas kita nikah."

"Kenapa tak beritahu I?"

"Sebab I pun perlukan masa untuk melupakan Juwita. Dan kehadiran you dalam rumah ni, hidup bersama-sama I, berjaya mengusir bayangan Juwita. Dan sekarang, cinta I hanya untuk you."

Amalina hanya tersenyum, dan matanya tidak lepas dari memandang shahran.

"I tahu, I tak pernah silap memilih kawan. Dalam masa I memikirkan dia, tanpa I sedar, dia terlebih dahulu fikirkan tentang I."

"Dan I tahu, I tak pernah silap membuat keputusan bila I pilih untuk tinggalkan Juwita untuk you."

"Terima kasih Shah"

Amalina memeluk erat suaminya. Pelukan yang kemas kerana dirinya sedang begitu bahagia sekarang. Seakan tidak mahu dilepaskan lagi suaminya itu.

"Tapi kenapa you panggil I Shah?"

Pelukan terlerai kembali. Hanya tangan Shahran yang merangkul pinggang isterinya.

"Dah nama you memang Shah."

"I rasa, we need to change it."

Amalina memahami, tapi sengaja ingin di main-mainkan suaminya.

"I tak faham."

"Tukar. You kena panggil I guna gelaran lain."

"eh? Gelaran apa? Budak manja? Anak mak? Budak gedik? Mana satu?? Banyak sangat la gelaran you. Hehe"

"OO nakal ya… nak kena ni."

Amalina hanya tersenyum. Senyuman yang begitu manis untuk suaminya. Suami yang mencintainya.

"Mal sayangkan abang."

Shahran terdiam. Kaku mendengar kata dari isterinya.

"Betul ni. Mal sayangkan abang. Kenapa abang diam ni?"
Amalina mengulangi kata-katanya. Pelik dengan tingkah Shahran yang tiba-tiba terdiam.

"Terima kasih sayang. Abang pun sayangkan Mal. Sangat-sangat sayangkan Mal."

Mereka berpelukan. Pelukan hangat dari sang suami untuk isterinya.

Apabila perlukan mereka terlerai, Amalina kembali memandang langit yang dipenuhi bintang, yang menjadi saksi lafaz kasih sayang mereka.

"Mal."

"Yerp?"

"Don’t you think we need to do something?"

Dada Amalina berdegup kencang. Faham maksud suaminya. Namun tiba-tiba timbul idea nakalnya.

"Do something? Mal penat la nak buat apa-apa sekarang. Letih kemas rumah hari tu tak hilang lagi. Mal nak tidur awal. Esok kerja. Lagipun malam-malam macam ni, nak buat apa? Nak main badminton pun tak syok."

"Alaa sayang. Bukan main badminton la. Jom ah sayang."

"Apa? Jom apa?"

Shah mengangkat-angkat keningnya. Senyuman nakal terukir di bibirnya.

Amalina tersenyum mengalah. Malas mahu main tarik tali dengan suaminya.

"Jom main badminton dengan abang atas katil!"

Amalina sedikit menjerit apabila Shahran mengangkatnya dan membawa dia masuk ke dalam bilik.

Kasih mereka mekar, dan makin bersemarak. Suasana dingin malam di luar menjadi saksi cinta suci dua insan yang hangat bercinta. Biarlah cinta ini berterusan, selagi mendapat redhaMu ya Allah.

-TAMAT-

**Actually cerita macam ni, selalu sangat you all dengar kan? hehe.. I sebenarnya tengah tension, so I nak berangan sikit-sikit.. LAlu terhasil something bad like this...hehehehe... I hope you all enjoy even though you all dah boleh agak apa ending dia, kan? Kalau you all nak komen mahu hentam-hentam i pun, i tak kisah..hehehe..tapi i tengah tension, please please please, say something to cheer me up!**

11 comments:

minah ganas hati ada taman said...

chumellll~ eventhough jalan cerita dah agak biase baca,tapi cara awak susun ayat tu best and menarik.sukeee.^^

Cik saya said...

Good story lovely... mmg la klise, tpi nih klise yg sgt bgus... cra pnyusunan ayat, jln crita, mmg best sgt. Lpas nih wat la lgi cerpen camni... I sokong U dari blakang... chaiyok! chaiyok!

Bear Bee said...

Ganas tp hati lembut,

thanks dear...hope u've enjoyed all my cerpens here :)

Bear Bee said...

Iris Damia,

Really really thank you Damia...really appreciate your support :) U don't know how i felt when you said such lovely words...thanks again..love yar!

akak said...

nice, smooth and entertaining!..

Bear Bee said...

Akak,

thanx dear :)
make me smile ^,^

Ayako A. said...

not bad, citer leh lagi improve..
apepon.. akak asyk sengih je baca story nih..keep it up ye?

Bear Bee said...

Kasih,

Thanx! I will :D

Btw,
when u said u smile all the time during reading my cerpen, seriously, i'm happy. thnax a lot. :D

pipvz devil said...

ok ape cite ni..xler boring sgt..wlpn cite mcm ni bsepah..p xkesah ar jnji jln cite bez,pngolahan ayat smpoi..msih bleh dtrime pkai..pape pn truskn bkrya..bkn snang nk wt cite..aza-aza fighting..

Anonymous said...

dear writter,
sumpah u berjwmuda....
ayat baik punyaaa seh...baru gamat lovestory skrg...

Anonymous said...

seriously sangat40x besh, I like it..