22/06/2009

Cerpen: Janjiku Padamu

Indahnya pagi ni. Nyamannya. Setahun aku tak pulang Malaysia. 

My country is the best one! 

Seronoknya. Balik dari airport kelmarin, terus aku terjah tempat makan. Mahu makan lor. Rindu makanan Malaysia. Tak sempat pun nak call Mak. Bagitahu dah sampai. Bertuah punya budak! 

Bila mak tahu,apa lagi. Penuh telinga aku dengar leteran dia. Risau katanya. Alahai Mak ni. Setakat lambat sejam dua bagitahu. Tu pun nak kecoh. Hohoho.. tapi aku silap. Mak aku sebenarnya dah sediakan makanan kat rumah. Patutlah marah semacam. Hahahaha. 

Nasib baik nafsu makan aku kuat sekarang. Makanan Malaysia jer tahu. Habis jugak lauk yang mak masak.
“Farahin. Jauh termenung. Ingatkan kekasih hati kat sana ke?” 
Opocot Mak kau hot!! Adoi..siapa pulak yang ganggu pagi-pagi ni. Baru je nak berangan. 

Fairuz rupanya. Dia ni kan..Oppss. Lupa nak kenalkan. Fairuz ni tunang aku. Aku balik ni pun sebab nak menikah dengan mamat senget ni. Dah setahun setengah bertunang dengan dia. 

Mak pun dah bising, tak elok tunang lama-lama lah, nanti tunang kena kebas lah.. Itu lah..Ini lah.. Mak aku ni memang kecoh. Tak sabar nak halau aku agaknya.

“Rindulah kat you. Kenapa kat sana langsung tak call I?” 
Fairuz bersuara memandangkan aku asyik diam je. Hahaha. Kau cakap la sorang-sorang. 

Eh, tak boleh. Nanti macam-macam lagi dia tanya. 

“You pun tak pernah call I kan?” 
Eceh, saje je aku jawab dengan pertanyaan balik. 

Padahal selalu je mamat ni call aku. aku je malas nak layan. Hohoho. Korang semua nak tahu kenapa? Meh sini nak cerita. 

Aku sebenarnya, tak suka sangat kat mamat ni. Tapi mak yang beriya-iya nak aku kawin dengan dia. Walaupun ‘kecak’ dan ‘tempang’, tapi dia tak menarik minat aku la. Dia tak kaya sangat. Aku kan mata duitan. Hohoho. Jahat tak? 

Tapi nak buat macam mana. Dalam novel semua cerita hero dia kaya. Aku ni dah la cepat terpengaruh dengan cerita-cerita tu. Apa lagi. Terus nak kawin dengan anak Dato’, anak Tan Sri.. hehehe.. tapi demi mak yang aku sayangi dan sanjungi, aku setuju je la. 

Walaupun budak Fairuz ni tak kaya macam anak Tan Sri, aku boleh la hidup kalau kawin dengan dia. Tak ada la kena makan pasir ataupun batu. 

Nak tahu dia kerja apa? Dia kerja.. Engineer. Malangnya aku kerja cikgu. Kontra gila. Baru je tamat belajar. Tu yang aku balik tu. Aku belajar kat UK. Tiga tahun je. Tak la lama macam budak-budak perubatan.
“Eh you ni. I selalu je call you. Yang you tak angkat tu kenapa? Nak salahkan I pulak. You macam mana? Sihat?” 
Jawapan Fairuz dah aku agak awal-awal lagi. 

Erm.. nak jawab apa erk?? 

“Sihat je. Alhamdulillah. You selalu call I? ye ke? Tak perasan la. Kenapa you tak nak datang I punya konvo? Sampai hati you ni tau. Memang la jauh. Tapi datang la. Dua tiga hari je pun. Bukan mahal sangat tiket flight tu. Dah la mak I pun tak datang.” 

Ayoyoyo.. kenapa tetiba aku jadi macam minah gedik ni. Hehe. Aku saja je. Nak cuba rapatkan hubungan aku dengan dia. Sebab aku tahu, insyaAllah one day, he’ll be my husband. 

MY HUSBAND!! 

Memikirkannya, Oh My God!! Aku kena patuh segala arahan dia. Nak itu, nak ini, nak anak. 

Anak?? Haha.. Aku dah start menggatal. Lupakan. Jangan layan.

“Sorry la sayang. I bukan tak nak datang. Tapi boss I tak bagi cuti. Macam you tak kenal dengan dia. Nak dapat cuti, susah sangat. Lagipun sekarang ni syarikat tempat I kerja tu dapat banyak projek baru. Lagi la susah nak lepas. Sorry sayang.” 
Pandai la jugak mamat senget ni nak pujuk aku. hehe. 

Tetiba timbul idea jahat.

“No. I takkan maafkan. Except kalau you….”

“Apa dia sayang? Kalau I nak kawin dengan you? Itu no hal punya la..hahaha” 

eh eh mamat ni, kenakan aku balik. Siap kau. 

“Tak. Except you belanja I shopping this Sunday. You cuti kan? I nak habiskan duit gaji you. Padan dengan muka you."
Aku tengok muka dia dah lain dah. Mesti menyesal nak kawin dengan kaki mengakis duit orang macam aku ni. Hahaha. Serve you right! 

“Okay. Boleh. Tapi ada had la kan. I kena save duit untuk kita kawin dua bulan lagi. Maximum, dua ribu setengah,okay?” 
Hah! Biar benar mamat ni? Dua ribu setengah?? Aku takde la nak belanja mahal-mahal sampai macam tu. Aku ingat dalam empat lima ratus je. 

Tapi, rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Hehe. Orang dah offer banyak, apa lagi. 

“Ye ke? Hehe. Pukul berapa you nak ambil i?” 

“About 2 o’clock, boleh tak? Pagi I ada janji dengan kawan i. pastu you nak shopping sampai malam pun I tak kisah. I sanggup temankan you. Beruntungnya I rasa.”
Eh mamat ni. Memang senget. Apa yang untungnya. Fly gitu je duit dia. Untung?

“Apa maksud you? Apa yang untung” 
Aku apa lagi. Terus tanya la. 

“You tak pernah nak keluar dengan I kan? Kita tak pernah dating pun. I je yang selalu datang rumah you nak jumpa you. Sejak kita tunang lagi. Lepas tu you pergi habiskan pelajaran you kat UK tu setahun. Letih I tunggu you tahu?”

Fairuz menunjukkan muka tak puas hati. Aku terdiam. Sayang gila mamat ni kat aku rupanya. Aku je yang keras kepala. Tapi bukan ke kepala memang keras?? Haha. 

“Okay, fine. I ngaku I salah. Tak nak keluar dengan you dulu. Tapi lepas ni kita dah nak kawin kan? Bukan setakat keluar dengan you, kat mana pun mesti selalu dengan you. I nak masuk dulu la. Nak breakfast. You dah breakfast belum?” baiknya aku. 

Selama ni kalau nak offer air pun kena paksa dengan mak, ni siap tanya dah breakfast belum. Baiknya aku. hohohoho~~perasan. 

“Dah. I datang ni pun kejap je, lepas ni nak masuk office. Saja jumpa you, lama tak jumpa. Okaylah. Kita jumpa this Sunday okay. Kirim salam kat mak you. Tak sempat kot nak jumpa dia. Bye sayang.”

Fairuz berlalu. Aku hanya lambai dan terus blah masuk rumah. Lapar lebih menguasai.

♥♥♥

Hari yang dinantikan telah tiba. Fairuz datang rumah aku dalam pukul 1.45 petang. Keluar dengan Fairuz memang menyeronokkan. Tak sangka bakal husband aku tu kelakar dan romantic. Sangat-sangat gentleman. 

Aku dah jatuh cinta. 

Oh tidak! Haha. Baru tahu la bakal husband aku ni best. Janganlah nak kata aku gedik. Fairuz ni yang dah mula mencairkan aku. Nampak je cam senget. Haha. Sampai sekarang aku panggil dia senget. 

Sebab masa mula-mula dia kenal aku melalui Amira, sepupu dia merangkap kawan baik kepada aku, terus dia datang rumah, mintak izin dengan mak aku. Mak aku apa lagi, pantang jumpa lelaki macho dan baik gitu, terus je setuju bila mamat senget tu cakap nak jaga aku sampai tua. 

Walaupun aku memberontak, tapi mak buat-buat sedih. Huh. Hilang terus kekerasan kepala aku. Dan aku salahkan kesengetan mamat tu jumpa mak aku. hohoho.

♥♥♥

Aku pulang dari shopping dalam pukul 9 malam. Nasib baik mak tak marah. Balik je, terus terjah bilik. Mandi-mandi, solat isya’, aku terus baring atas katil sambil tengok-tengok barang yang aku beli. 

Masa aku tengah sibuk belek jam tangan, beg duit, baju dan kasut baru aku, mak masuk. Adoi. Mesti kena serang ni. 

“Kamu ke mana dengan Fairuz tadi?” 
intro mak aku dah keluar dah. Bersedia. Bersedia. 

“ Anne pergi shopping mak. Dia nak belanja Anne. Seronok. Mak tengok ni. Lawa tak kasut ni?”
Hehe. Saje je aku buat-buat manja. Gedik tak? Kalau aku adalah mak kepada aku, memang dah lama dah aku sepak budak gedik macam aku ni. 

“Fairuz belanja kamu? Ish kamu ni. Kan kamu dah nak kawin. Bawak-bawak la berjimat sikit. Kesian si Fairuz tu. Dah la semua belanja kanduri dia nak tanggung. Mak ni manalah ada duit. Sikit-sikit adalah. Sejak ayah kamu pergi..” kan aku dah kata.

Mak datang nak serang aku ni. Bila sebut bab ayah, terus aku potong ayat mak. Malas la nak sedih-sedih.

“Mak, Anne bukan paksa dia mak. Dia yang offer. Lagipun dia kata, yang ni memang dia simpan nak belanja Anne. Mak jangan risau okay. Lagipun tadi Anne dah tanya dah dia. Semua untuk perkahwinan, dia dah sediakan. Tunggu untuk guna je. Mak. Macam mana barang hantaran? Mak kata nak siapkan. Dah mula belum?” hehe.. my time to attack you mum. Ready yer mak. 

“Dah. Masa kamu kat UK lagi,mak dah keluar dengan bakal mak mertua kamu. Dah beli dah barang-barang kamu dengan Fairuz tu. Sekarang tinggal nak uruskan catering, kad kawin dan baju kawin. Mak takut kamu makin gemuk, sebab tu mak tak ikut saiz yang kamu bagi dulu. Pelamin semua dah tempah. Lagi sebulan diorang mula siapkan. Lepas tu kamu kena pergi kursus kawin, check darah dan daftar.” 

Ceh! Mak ni. Bagi la chance aku nak serang. Dah siap dah semua? Hebat juga mak dan bakal mak mertua aku ni. 

“Dah la tu. Tidur la. Kamu mesti letih keluar tadi kan? Esok mak nak ajak kamu pergi butik. Ukur saiz badan kamu.” 

“ Ya la mak. Mak pun pergilah tidur. Dah lewat ni. Good night. Sweet dream.” 
Eceh. Speaking dengan mak aku. Entah dia faham entah tidak. Hoho.. sorry sikit. Mak aku cikgu bahasa Inggeris okay! 

♥♥♥

Tinggal seminggu je lagi. Tak percaya pulak aku nak kawin. Saudara mara aku dah ada yang datang. Tolong siapkan apa yang patut. Memang rumah aku yang sunyi tu dah bising sekarang. Macam rumah nenek time cuti raya je. 

Nenek dengan atuk pun dah start bermalam kat rumah aku. macam-macam petua rumahtangga aku dapat dari mereka. Ada je petua yang keluar dari mulut nenek aku tiap-tiap hari. Cukup seminggu lagi, lengkap la pakej petua aku nak kawin. Haha.. 

Adik aku yang sorang tu pun dah balik dari asrama. Gila betul budak ni. Cuti seminggu semata-mata aku nak kawin. Macam mana cikgu dia boleh lepaskan. Apa lah yang dia kelentong kat cikgu dia. Ish. Nanti aku dah start jadi cikgu, jangan harap nak lepas senang-senang. Hohoho. Aku la cikgu yang paling berdisiplin. Tidur susah nak bangun. Haha. 

Tetiba je telefon bimbit bunyi. Ni siapa pulak ni. Fairuz? Ish. Seminggu je lagi. Tak boleh sabar ke?

“Assalamualaikum. Fairuz, ada apa call?” 
Eceh, berlagak baik dengan bakal husband. Selama ni angkat call terus sebut hello. Salam entah hilang ke mana. 

“Wa’alaikumussalam. I saja je call you. Rindu kat you, you sihat tak sayang?” 
Ish mamat ni. Memang nak kena. Nak tanya sihat ke tak je? 

“Alhamdulillah. Sihat. You? You ada kat mana tu? You okay tak?” 
Aku pun mula menggedik dan menggatal sikit-sikit. Konon-konon concern la pasal mamat senget ni. Dia pun apa lagi. Layan je la gedik aku tu. 

“I sakit la sayang. Demam. Demam rindu kat you. Hahahaha. Really miss you la. Tak sabar nak tunggu kita disatukan. Tak boleh ke kita kawin esok je sayang?” 
mamat ni memang. Muka aku dah blushing giler. 

“You ni kan..” 
belum sempat aku habiskan ayat aku, nenek datang. Sah akan kena dengan dia. 

“Kamu ni Anne, mana boleh bakal pengantin perempuan jumpa atau bercakap dengan penganti lelaki seminggu sebelum kawin. Hilang seri nanti. Dah. Letak telefon tu sekarang.” 

Haha. Mesti Fairuz dengar nenek aku membebel. Terus aku tekan punat off. Nasib la abang sayang. Tunggu je la seminggu lagi. Aku hanya sengeh macam kambing tak mandi pagi depan nenek. 

Aku pun rasa macam tak sabar la. Cepat la seminggu. Cepat la. Hahaha. Gedik dan gatal berlaku lagi. Tu la. Dulu tak suka. Sekarang… 

“Anne, jom ikut mak pergi rumah Mak Cik Siah. Nak hantar duit pinjam hari tu” 
Mak ni kacau daun la. Baru nak berangan. 

“Jap mak. Nak ambil kunci kereta.” 

♥♥♥

“Aku terima nikahnya, Nur Farahin Farhana Binti Marzuki dengan mas kawin yang disebut tunai” 

Dengan sekali lafaz, aku dah bergelar isteri kepada Muhammad Fairuz Hakimi. Menitis la jugak airmata ni, tak tahu kenapa. Mak lagi la teruk sedihnya. Lega kot dah lepas satu tanggungjawab dia. Dah ada orang yang dia percaya akan jaga aku dengan baik.

Masa salam dengan Fairuz, fuh! Jantung aku ni macam nak pecah. Dup dap dup dap. Non stop. Kalau stop memang mati dah aku kat situ. Hahaha. Mana boleh jantung stop. 

Mamat senget ni asyik senyum je. Happy la tu. Aku pun happy sebenarnya. Hahaha. Lepas habis akad nikah berwalikan Atuk aku, ada majlis bersanding. Lepas habis kenduri, aku tolong mak kemas apa yang patut. Mamat senget tu pulak layan kawan-kawan dia. Kawan-kawan aku semua dah blah dah. Sebab dah malam. Lelaki biasa la kot. Malam masih muda. 

Saudara mara aku dah start usik-usik aku. ni yang aku malas nak kawin ni. Aku dah la asyik berdebar memikirkan malam pertama. Diorang main usik-usik. Naik tertekan aku. tapi takdelah tertekan. Bahagia sebenarnya. 

Mak pulak asyik senyum je. Bahagia lebih dari aku. macam dia yang kawin. Tak kisah la. Mak bahagia, aku pun bahagia. Adik aku? tak habis-habis mengomel. Bilik dia dah diubah suai jadi bilik pengantin. Bilik aku kecil sangat. Sebab aku kan belajar UK. Bilik besar dia kebas la. Sekarang aku kembali berkuasa. Haha. Tapi sekejap je. Minggu depan aku pindah rumah mamat senget ni kat KL. Sedihnya.

“Anne, dah-dah la tu mengemas. Biar mak dengan mak cik kamu yang uruskan. Kamu pergilah tidur. Mesti kamu letih.” 
Ala mak ni. Ni yang aku malas ni. Masuk bilik. Ni la yang aku nak elakkan. 

Tapi, sebelum Fairuz masuk, baik aku masuk dulu. Mandi tanpa gangguan. Kalau tak mesti teruk dia menyakat aku nanti. 

Nak masuk bilik pun satu hal. Sepupu-sepupu aku ni senyum-senyum je tengok aku. siap tegur lagi, 

“Akak nak masuk bilik dah ke? Awalnya. Hehe” 

Ish. Sengal punya budak! Hilang semangat aku. Aku just senyum dan pura-pura letih. Masuk bilik je, terus aku amik tuala, baju tidur, dan sebagainya untuk mandi. Syok mandi. Dah satu hari pakai baju pengantin, berpeluh dan masam. Haha. 

Dah siap mandi dan pakai baju, aku keluar dan nyanyi-nyanyi. Macam biasa. Entah kenapa ingatan aku boleh hilang sekejap. Aku lupa aku dah kawin. Terkejut beruk aku tengok mamat senget ada berbaring atas katil. Nampak macam dia tidur. Nasib baik. Aku pun teruskan kerja-kerja aku yang biasa selepas mandi. Pakai krim malam, keringkan rambut, dan sebagainya. Dan tak lupa pakai minyak wangi macam yang nenek pesan.

“Wanginya sayang malam ni.” 

“Opocot mamat sewel gila.” 
Ooppss.. terlepas sudah. Haha. Tu la. Siapa suruh sergah tak bagi salam. Tadi nampak macam tidur. Tetiba ada kat belakang aku. 

“Siapa mamat sewel? Ni abanglah.” 
Abang?? Tetiba aku rasa nak gelak. Geli gila panggil abang. 

“Suka la tu I terkejut. Tadi I nampak you tidur, bila you bangun?” 
Aku saja buat macam biasa. Padahal hati ni, berdebar Tuhan je tahu. Tiba-tiba aku rasa ada tangan melingkari pinggang aku. ish. Dia dah mula dah. 

“Sayang bahagia tak kita dah kawin?” 
Fairuz tanya sambil memeluk aku dari belakang. 

“Kalau I tak bahagia, dah lama I lari tau. Tadi you tidur tu nak cari semangat untuk peluk I ke?” 
Saja aku nak usik. Mesti dia pun berdebar jugak. Haha. 

“Nak usik abang ke? Sayang, panggil abang boleh tak. Abang. Tak nak la guna I You lagi. Lain la kalau nak cakap I love you ke. I miss you ke.” 

Fuh! Muka aku dah merah dah. Dia still peluk aku. kami berdiri betul-betul depan cermin. Bertentangan mata melalui cermin. Dah dia peluk aku dari belakang. Tak boleh nak pandang face to face. Ish mamat ni. Kenapa la malam ni kau nampak hensem. Ish! Aku gatal lagi. Hehe.

“I tak biasa la.” 
Aku nak menolak. Geli la panggil abang. Eeee..

“Ala. Bukan susah pun. Panggil je abang. Susah ke?” 
eceh. Nak merajuk pulak dah laki aku ni. Pelukan dah terlerai. Sah. Memang merajuk. Ish. Manja la pulak. 

“Okay. Okay. Abang. Jangan merajuk please? Abangkan comel, cute, hensem.” 
Aku mula membodek. Tangan aku dengan beraninya mencubit manja pipinya. Hohoho. 

“Ni la isteri abang. Ni pakai wangi-wangi ni kenapa? Nak goda abang ke?” 
Suara Fairuz dah bertukar gaya dah. Muka dia pun dah nampak nakal. Dia mula lagi. Aku just tundukkan pandangan je. Segan siot! 

“Pandang muka abang sayang.” 
Fairuz mengangkat sedikit dagu aku. Mata kami bertaut. Dan malam itu berlalu dengan kenangan indah dalam hidup kami berdua. Pheewiiit…

♥♥♥

“Tahniah Puan, puan mengandung dua bulan.” 

Ya Allah. Gembiranya aku. baru je masuk empat bulan aku kawin. Dapat rezeki mengandung. Mak aku bukan kepalang happy. Abang sayang aku tu lagi la. Menjerit-jerit dia bila aku bagitahu melalui telefon. Nak buat macam mana. Dia tengah outstation masa tu. Bahagianya aku. 

Kat sekolah,(aku dah start mengajar), pelajar-pelajar aku pun tumpang happy sekaki. Cikgu kesayangan la katakan. In just two months, aku dah BERJAYA menawan hati pelajar-pelajar aku. hoho~~riaknya aku. Jangan ikut. Dosa. 

Hidup aku bahagia. Abang sayang dan senget aku tu sangat romantic dan penyayang. Dia manjakan aku memang lebih-lebih. Mak mertua aku tu lagi la. Dapat tahu aku mengandung, nak wat majlis kesyukuran. Aku menolak. Lagipun, kami masing-masing sibuk. Biarlah anak ni lahir dulu. Terus buat majlis cukur jambul. Nasib baik ibu mertuaku setuju je. Cuma dia upah orang buat solat hajat kat masjid kampong aku tu. Kat KL macam susah nak uruskan. Tak ramai kenalan.

“Sayang tak penat ke buat kerja tu? Kan Mak ada. Biarlah mak yang buat.” 
Fairuz menegur aku bila kandungan aku sudah masuk lapan bulan. 

“Ish abang ni. Mak abang datang jaga ayang ni pun kira okay la. Takkan nak suruh buat kerja. Apa la abang ni. Kesian kat Mak.” 
Aku rasa nak tembak je abang sayang aku tu. Ada ke patut nak suruh mak dia pulak buat kerja. Belasah kang!

“Betul tu Anne. Kamu ni dah sarat dah mak tengok. Biar mak je la yang kemas-kemas rumah ni. Kamu pergi berehat.” 
Laa. Bila masa mak mertua aku ni ada kat sini. Tadi ada kat depan. 

“Alah mak ni. Sikit je pun. Mak pergi lah berehat. Kesian Mak dah penat. Anne larat lagi nak buat kerja ni. Lagipun, dah banyak sangat Anne rehat mak.” 
Macam baik la pulak aku ni. Tapi betul la,sejak aku mengandung ni, aku rehat je. Nak buat kerja, tak Fairuz yang halang, mesti mak dia. Tak pun mak aku. 

“Sayang rehat la. Abang risau la. Tak pun, pergi buatkan abang kopi. Nanti bagi kat abang dan temankan abang tengok tv ye sayang.” 
Aku angguk,(ada rasa sayu sikit) dan terus buat kopi. Aku hanya menurut. Mak pulak terus habiskan kerja-kerja aku mengemas rumah.

Siap membuat kopi, aku ke depan, mencari Fairuz. Fairuz senyum manja padaku sambil meraih tanganku. Aku letakkan kopi di atas meja, dan duduk disebelahnya. 

“Anak papa ni nakal tak? Jangan buat mama sakit tau. Kesian kat mama penat.” 

“Abang ni comel la. Mana ada baby kita ni dengar abang cakap.” Aku mengusap-ngusap perutku yang memboyot. 

“Dia dengar laa sayang. Cuma tak faham. Hahaha. Sayang, nanti, kalau abang tak ada, macam mana la ayang dengan baby ni ya?” 
Aik. Apa abang sayang aku merepek ni. 

“Abang. Tak baik cakap macam tu.” Aku meletakkan kepalaku di dada Fairuz. Sebak tiba-tiba.

“Bukan. Cuma abang bimbang. Takut-takut abang pergi awal. Sayang jaga diri baik-baik tau. Pastikan baby kita ni cukup kasih sayang.”
Fairuz ni memang nak kena. Dah la tu! 

“Abang, dah la tu. Jangan cakap macam tu lagi. Sedih Anne.” 
Mata aku dah merah dah. Menangis je la aku tahu.

“Okay. Janganlah nangis. Abang cakap je. Okay, abang janji lepas ni abang tak cakap gitu lagi.” 
Fairuz memujuk. Aku memeluknya. Makin erat. 

♥♥♥ 

Tinggal seminggu je lagi due untuk aku bersalin. Fairuz pula kena pergi outstation. Dapat projek luar. Sedih aku ditinggalkan saat-saat akhir nak bersalin macam ni. Kenalah pindah rumah mak. Takut time nak bersalin tak ada siapa-siapa kat rumah. Mak mertua aku pulak, balik kampong dia. Ada kenduri katanya. 

Aku bosan gila. Walaupun berdebar nak bersalin, tapi kebosanan tetap menguasai bila Fairuz tiada di sisi. Eceh. Manja la pulak aku sekarang ni. Aku makan buah epal sambil menonton tv. Bosannya rancangan hari ni. 

Mak pula pergi hantar barang kat adik aku. Bilalah nak sampai rumah ni. Risau aku biarkan mak bawak kereta sorang-sorang. Aku nak ikut tak bagi. Risau aku dibuatnya. Sedang asyik aku melayan perasaan, tiba-tiba telefon berbunyi. Terus aku bangun perlahan-lahan. Aku angkat dan dengar suara di hujung talian. 

“Hello, boleh saya bercakap dengan Puan Farahin?” 

“Ya saya. Ni siapa.” 
Entah kenapa aku rasa tak sedap hati. Mataku mulai merah. Hatiku sebak tiba-tiba. 

“Puan, harap puan sabar. Suami puan ditimpa kemalangan semasa berada di site pembinaan. Dia sekarang berada di hospital. Tadi dia tak sedarkan diri. Kami masih tak tahu keadaan dirinya sekarang.” 

Ya Allah! Terus ganggang telefon terlepas dari tangan aku. mak yang baru pulang terkejut melihat aku menyandar pada dinding dan menangis. Terus aku menjerit sekuat hati memanggil nama Fairuz.

♥♥♥

“Maafkan kami. Kami dah cuba yang terbaik. Tuhan lebih menyayangi dirinya. Harap Puan bersabar” 
Aku hanya mampu menangis di pelukkan Mak. Suasana hospital yang sibuk seolah-olah tidak memahami perasaanku langsung. 

Oh Tuhan. Dugaan apakah ini. Anakku bakal melihat dunia tanpa papanya. Mak mertuaku sudah jatuh pengsan. Nasib baik sempat disambut jururawat yang berada disebelahnya. Aku pula,hanya menangis. Aku terus menangis tanpa lagu. Tangisanku sunyi. Tanpa suara.

Dan saat itulah tiba-tiba kakiku terasa basah. Darah kelihatan mengalir di kakiku. Rupa-rupanya waktu melahirkan baby sudah tiba. Aku dibawa masuk ke wad bersalin. Dengan tenaga yang lemah, perasaan yang sedih, aku berusaha melawan kesakitan yang amat sangat untuk melahirkan putera sulung kami. 

Tepat jam 9 malam, aku selamat melahirkan Muhammad Faizal Hakim bin Muhammad Fairuz Hakimi. Dia lahir awal seminggu. Seolah-olah mahu menggantikan papanya yang pergi. 

Fairuz pergi akibat kecederaan teruk di kepala. Batu bata yang menimpanya jatuh dari tempat yang begitu tinggi,menyebabkan hentakan di kepalanya begitu kuat.

Fairuz, kau pergi begitu saja. Tanpa pesan. Tanpa kata. Sekelip mata aku kehilangan kau. 

Abang, sayang rindu. Abang. Akan sayang tunaikan hasrat abang. Memberikan kasih sayang sepenuhnya pada Faizal.

♥♥♥

Aku begitu sedih melayari hari tanpa Fairuz disisi. Nasib baik Faizal ada peneman duka. Namun aku tetap redha. Ajal maut di tangan Tuhan.

Akan mama menjagamu sebaiknya sayang. Seperti janji mama pada papa. Itu janji mama. Kamu akan mama berikan sepenuh kasih sayang. Takkan mama biarkan setitis pun air mata kesedihan mengalir di pipimu. Itu janji mama. Mama mahu kamu menjadi manusia berguna suatu hari nanti. Seperti papa kamu.

3 comments:

anum93 said...

huhuhu
Sedihnye.....
nice story...
mmg dye wanita yang tabah...
slalu dgr wanita jadi meroyan bile husband mereka meninggal sewaktu dlam pantg or hmpir2 bersalin

Bear Bee said...

Anum,

Yup..somehow..btw, tq for ur comment:)

really hope jd tabah mcm tu if something bad happen to me :(

si.tudung.ungu said...

sedihnye... TT^TT

sob²... nice story, though