24/06/2009

Cerpen: Salahku Mencintaimu

“Linda, sudi ke awak terima saya sebagai kekasih hati awak?”


Kata-kata yang begitu berharga buatku. Lelaki pujaan hatiku selama ini melamar aku menjadi kekasih hatinya. Oh my God! Bermimpikah aku? 

Tidak kusangka bunga yang dihantar setiap hari itu adalah dari dia. Hatiku berbunga-bunga riang. Malam ku kini tidak lagi sunyi. Bulan bintang bersinar terang mewarnai malamku. Hidupku umpama Alice In Wonderland. Mesej dan Ym menjadi keperluan yang teramat-amat perlu. Tanpa berhubung walaupun sehari, hatiku gelisah. Tidurku tidak lena. Mandiku tidak basah. Lagu-lagu cinta menjadi pilihan utama kini.

“Aizat ku sayang. Terima kasih kerana memilih Ayang sebagai teman wanita abang. Ayang janji, ayang akan setia dengan abang je. Ayang takkan curang selagi abang cintakan ayang. Love you so much!”


Aku bahagia memiliki teman lelaki seperti Aizat. Dia baik, pemurah, romantic, dan dia begitu sempurna buatku. Segala kekurangannya adalah kesempurnaanku. Buruknya adalah baikku. Ah! Segala tentang dirinya baik bagiku. 

Setiap minggu, ada saja bunga mahupun coklat darinya. Aku bahagia bila teman-teman sekuliahku meluahkan perasaan cemburu mereka kepadaku. Siapa tidak cemburu. Habis kuliah, Aizat menungguku diluar bilik kuliah untuk makan bersama. Aizat merupakan seniorku di university tempat aku menuntut. Aku mengambil jurusan akaun, begitu juga Aizat. Wajah tampan Aizat mampu mencairkan hati setiap gadis normal. Senyumannya, gaya penampilannya.


♥♥♥


“Sayang, petang ni keluar nak?” 
Aizat mengajakku keluar suatu petang. Aku begitu teruja walaupun kami selalu bersama. Kini usia hubungan kami mencecah dua bulan. Kata Aizat, hubungan kami direstui ibubapanya. Cuma aku yang masih takut untuk berterus-terang dengan kedua ibubapaku. 

Ah! Tidak mungkin. Aku tahu mereka tidak akan izinkan. Mereka tidak pernah mahu memahami keinginan hati gadis seusiaku. 

"Boleh je. Nanti abang ambil ayang kat tempat biasa ya. Kita nak gi mana erk?” 
Aku memberikan persetujuanku. Aku gembira dapat keluar berdua-duaan dengan Aizat. Pelajaran yang belum ditelaah hari ini, aku fikir mungkin aku dapat lakukan malam ni saja. 

“Kita pergi kat Taman Bunga Indah. Kat situ tak ramai orang. Tasik dia pun cantik. Ke sayang nak pergi tempat lain?” 
Aizat memberikan aku pilihan. Aku rasa dihargai. Sekurang-kurangnya dia tidak mengetepikan keinginan aku. 

“Ayang okay je. Ayang tak kisah abang nak bawak jalan-jalan kat mana pun. Janji kita berdua. Hanya Ayang dan abang.” 


Petang itu, kami bersiar-siar sekitar tasik Taman Bunga Indah. Kami berdua begitu gembira. Setelah penat, kami berehat di sebuah pondok yang agak terpencil dari umum. Kami berbual-bual dan bergurau senda. 

Tiba-tiba Aizat bertanyakan soalan yang cukup untuk menyebabkan aku terdiam. 

“Ayang, bila ayang nak bagitahu Mak dan ayah pasal hubungan kita ni? Takkan nak biarkan jer?” 
lama aku menyepi. 

Akhirnya aku menjawab. “Sebenarnya bang, ayang rasa mak dan ayah tak bagi la. Dia nak ayang habis belajar dulu. Pemikiran mereka ni kolot sikit. Nak tentukan jodoh anak-anak. Sedangkan tu hak kita.” 


“Ayang tak cuba dulu ke? Mana lah tahu kot-kot kalau ayang bawak abang jumpa diorang, lembut sikit hati diorang.” 
Aizat masih memujuk. Aku hanya tersenyum. Aku tidak hiraukan kata-katanya, tapi aku terharu dengan keprihatinannya. Menyebabkan aku rasakan cintaku untuknya semakin utuh. 


“Kau begitu sempurna.. 
Dimataku kau begitu indah.. 
Kau membuat diriku.. 
Akan selalu memujamu.. 
Disetiap langkahku.. 
Ku selalu memikirkan dirimu.. 
Tak bisa ku bayangkan.. 
Hidupku tanpa cintamu..” 


Aku cuti selama seminggu mulai semalam. Hidupku begitu sunyi tanpa Aizat. Aku melarang keras Aizat mehubungiku pada waktu siang. Aku bimbang terkantoi dengan emak dan ayah. Aku benar-benar merindui Aizat. Lagu Babe nyanyian KRU terngiang-ngiang di telingaku. 


“Sehari dua mungkin boleh ku harung 
Masuk ketiga melewah ku termenung 
Selepas seminggu fikiran bercelaru 
Membuak-buak bimbangku.. 


“Kau ni kenapa Linda. Sejak kamu balik kampong ni, termenung je kerjanya. Dahlah dekat tiga bulan kamu tak balik. Takkan tak gembira kot.” 
Emak menegur aku ketika aku asyik termenung kat tepi tingkap. 

Aku hanya tersenyum. Kemudian aku melontarkan soalan lain, bagi mengelakkan aku terus ditanya macam-macam. Aku bimbang terjerat. Emak memang pandai bermain kata. 

“Mak, Alang bila nak balik? Dah lama sangat dia tinggal kat UK tu. Linda rindu kat Alang la. Along pun sejak kawin jarang balik rumah.” 

“Mana jarangnya. Selalu je Along tu balik. Kamu tu, tiga bulan tak balik rumah. Sibuk sangat ke sampai balik sehari dua tak boleh?” 
Emak memandangku dengan penuh kasih sayang. 

Ah, kalaulah mak faham isi hati anakmu ini. Aku tidak mampu berpisah dengan Aizat. Cukup perit rasanya berada disini tanpa mesej darinya. Aku tidak tahu sama ada aku mampu bertahan untuk beberapa hari lagi. Ataupun mungkin aku akan pulang ke kampus lebih awal. Entahlah. Aku sendiri tidak pasti. 


Malam itu, aku menelefon Aizat. Aku sudah tidak mampu menahan kerinduanku padanya. Aku langgar janji yang aku cipta sendiri. Aizat kedengarannya gembira menerima panggilan dariku. Aku tidak tahu kenapa, tetapi mendengar suaranya, aku menangis tersedu sedan. Untuk apa aku menangis, aku sendiri tidak pasti. Yang pasti, aku benar-benar merinduinya. Aku mengunci pintu bilik. Dan aku perlahankan suaraku. Bimbang juga didengari emak dan ayah. 

“Sayang, bila sayang nak pulang ke kampus ni? Abang rindu la.” 
Kata-kata Aizat begitu menyentuh hatiku. 

“Abang, ayang nak jumpa abang. Ayang rindu sangat pada abang. Ayang pulang lagi 4 hari. Tapi ayang dah tak larat nak tanggung beban rindu ni.” 
Aku menangis lagi. Mungkin kerana ini cinta pertamaku. 

“Abang pun rindu ayang. Macam mana nak jumpa sekarang? Ni dah malam. Abang nak pergi ambil pun takut kantoi dengan mak dan ayah.” 

“Abang ambil ayang esok boleh? Nanti ayang bagitahu tempatnya. Ayang akan bagi alasan apa-apa pun kat mak ayah. Yang pasti, esok ayang nak balik kampus.” 
Aku begitu tegas meneguhkan pendirianku. Entah fikiran apa yang merasuk aku, aku pun tak tahu. 

“Okaylah. Esok abang datang. Pandai-pandailah ya bagitahu apa-apa pun kat mak ayah.” 


♥♥♥


“Maaf mak, ayah. Linda kena pulang ke kampus. Esok ada presentation mengejut untuk final ni. Linda kena buat preparation hari ni.” 
Aku membohongi emak dan ayahku. Nasib baik mereka percaya kata-kataku bulat-bulat. 

“Kalau macam tu tak apalah Linda. Belajar elok-elok. Nanti kalau ada masa pulang la kat kampong ni. Bukan jauh sangat university kamu tu dengan rumah. Ni nak pergi dengan apa ni?” Mak bersuara. 

Aku menyalami emak dan ayah sambil memberitahu aku akan berangkat dengan kawanku. Aku perlu berjalan menuju ke jalan besar dulu. Emak dan ayah hanya menghantarku dengan mata mereka. Ku lihat ada titisan jernih pada wajah emak. Maafkan aku mak, ayah. 

Ah, aku pasti dapat bertemu mereka lagi. Yang pasti, aku mahu bertemu Aizat. 


“Hai sayang!” 

“Abang!” 
Entah kuasa apa yang mendorong kami, kami berpelukan. Mungkin terlalu rindu. Sedangkan selama ini berpegang tangan pun tidak. 

“Ayang rindu..” 
aku mengungkapkan rasa rinduku. 

“Ya..Ya.. Abang pun rindu. Masuk kereta dulu. Takut orang nampak.” 
Aizat menarikku masuk ke dalam kereta bercermin gelap itu. Aku lupa yang kami masih di kampong ku. Aizat mula memandu laju meninggalkan kampong halamanku. Kami memasuki kawasan lebuh raya. Kawasan itu begitu sunyi. Kereta yang lalu-lalang kurang. 

Tiba-tiba Aizat meberhentikan keretanya di pinggir jalan. Aku terkejut. 

“Kenapa bang?”


“Tadi kata rindu abang?” A
izat mengangkat keningnya. 

Aku tersenyum. Aku mengerti maksudnya. Lantas aku memeluknya yang duduk di tempat pemandu. Dia membalas pelukanku. Aku pun tidak faham dengan diriku ketika itu. Entah kemana ajaran yang emak dan ayah selama ini. Kami makin asyik berpelukan sehinggalah Aizat meleraikannya. 

Kemudian dia memegang daguku, dan bibirnya mendarat kemas di bibirku. Kami bercumbuan begitu lama. Nafsuku mula mambuak-buak. Aku pasti nafsunya lebih tinggi, kerana dia lelaki. 


“Ayang nak terus balik kampus ke? Kat kampus tak ramai orang sekarang. Apa kata balik rumah abang je.” 
Aizat memberikan cadangan setelah sekian lama kami bercumbu. 

“Mama dan papa tak ada kat rumah ke bang?” 
Aku kini memanggil ibubapanya dengan mama dan papa, walaupun aku tidak mengenali mereka. Bagiku, suatu hari nanti mereka bakal menjadi mertuaku juga. 

“Tak. Mama dan papa join vacation syarikat diorang. Takkan ayang tak sudi kot?” 
Aizat cuba menggodaku. Aku lantas tersenyum dan mengangguk memberi kata putus. 


“Masuklah. Buat macam rumah sendiri.” 
Aizat menjemput aku masuk kerumahnya. Rumahnya besar, kelihatan agak mewah dan sunyi sekali. 

“Tak ada orang ke bang kat rumah ni? Sunyi je?” 
Aku bertanya sambil membawa beg pakaianku masuk. Aizat menolongku dan memimpin tanganku naik ke tingkat atas. Mungkin aku akan menginap di bilik bahagian atas kot. 

“Kan abang dah kata. Mama dan papa pergi bercuti. Ayang duk bilik ni ea. Abang nak gi mandi dulu. Kalau nak apa-apa, turun je kat bawah. Dapur banyak makanan. Apa-apa hal bagitahu abang.” 
Aku mengangguk dan terus masuk kebilikku. 

Hari sudah lewat petang. Perjalanan yang panjang begitu meletihkan. Aku berbaring atas katil. Empuk. Aku mengelamun bersendirian. Bestnya jadi nak orang kaya. Semua benda mewah. 

Fikiranku kembali melayang pada peristiwa pagi tadi. Aku tersenyum sendirian. Kini aku dan Aizat dah tiada benteng lagi. Kami dah berpelukan, siap bercumbuan lagi. Ah, baik aku mandi, tukar baju. Peluh dah hilang ni. 


♥♥♥


“Ayang…” 

“Aaahh..” 
aku terkejut. Aizat masuk bilik ketika aku sedang menukar pakaian. 

“Maaf. Abang ingat ke nak ajak Ayang makan. Tukarlah dulu baju.” 
Aizat berpaling untuk berlalu, namun tiba-tiba dia kembali menghadapku. 

“Ayang nampak cantik.” 
Aku diam. Kaku. Dalam hatiku, aku bangga dipuji begitu. Aku tersenyum. 

Aizat menghampiri aku lantas mencium leherku. Aku tersentap. Namun tanganku tetap memeluknya. Aku yang dalam keadaan separuh bogel didukung Aizat, dibawa ke katil. Dan pada malam itu, aku kehilangan mahkota yang aku pertahankan selama ini. 

Namun sedikit pun aku tidak menyesal. Malah sejak kejadian pertama itu, kami selalu mengulanginya. Hampir setiap kali kami berjumpa. Aizat berjanji akan menikahiku selepas aku dan dia tamat belajar. Aku percaya setiap kata-kata manisnya itu. 


Entah kenapa, sejak seminggu lalu, kepalaku pening. Badanku lemah. Aku berasa loya-loya dan seringkali muntah. Aku mulai bimbang. Aku tahu, aku berkemungkinan mengandung, kerana aku sering bersetubuh dengan Aizat, tanpa sebarang alat mengelakkan kehamilan. 

Hatiku risau. Aku segera membeli alat ujian kehamilan di farmasi. Aku menjalani ujian pada diriku sendiri. Melihat keputusannya, aku kaku. Lemah. Aku positive mengandung. Aku rasa duniaku mulai kelam. 

Aku mula menyesali segalanya. Baru kini aku memikirkan soal ibubapaku. Soal pelajaranku. Aku lupa. Aku alpa. 

Aizat kelihatan kaget ketika diberitahu. Dia memintaku agar memberinya ruang dan waktu untuk dia menenangkan fikiran sebelum sebarang keputusan dibuat. Aku sendirian terkapai-kapai. 


Sejak aku memberitahu Aizat mengenai kehamilanku, Aizat mulai jarang menhubungiku. Malah, aku yang perlu menghubunginya terlebih dahulu. Itupun setelah beberapa kali mencuba, baru diangkat. Aku risau. 

Kandunganku mungkin berusia dua bulan. Aku tidak berani pergi ke klinik. Apatah lagi memberitahu kedua ibubapaku. Aku tidak pulang kerumah langsung. Berbagai-bagai alasan telah kuberikan pada Emak dan Ayah. Dan berbagai-bagai alasan jualah yang kuterima dari Aizat. 

Aku kini sendiri. Aku mula menyesali segalanya. Segalanya. Aku teringat saat-saat aku menyerahkah mahkotaku buat kali pertama dulu. Aku hanya berharap, aku tidak melakukannya. Tapi mana mungkin, segalanya telah berlalu. Dan kini, benih cinta palsu semakin membesar dalam rahimku. 

Mahu saja aku gugurkan kandungan ini. Tapi mana mungkin! Tidak! Aku tidak akan sesekali melakukannya. Cukuplah dosa-dosaku berzina dengan Aizat. Aku tidak mahu jadi pembunuh. Apatah lagi pembunuh anak sendiri.


♥♥♥


“Sampai hati kau buat kami macam ni. Anak apa kau ni hah??” 
Aku terkejut ditengking ayah. 

Aku sudah tiada pilihan lain selain memberitahu mak dan ayah. Aizat kini terus menghilang entah kemana. 

Aku pernah mengunjungi rumahnya, tapi aku dihalau oleh ibubapanya, yang kononnya merestui hubungan kami. Perutku semakin hari semakin membesar. Along dan alang hanya mendiamkan diri. Mak pula menangis tersedu sedan. 

“Linda minta maaf mak, ayah. Linda tak sengaja.” 

“Tak sengaja kepala otak kau. Bila Mak Jah bagitahu kau berpeluk dengan lelaki, mati-mati kami sangkalkan. Aku beri kau kepercayaan, begini kau balas ya. Kau dengar sini, ambil kain baju kau sekarang, dan berambus! Aku tak ada anak macam kau. Berambus!” 

Aku hanya menangis, dan memegang kaki ayah memohon simpati. Emak langsung tidak memandangku. Hanya tangisan yang kedengaran. 

“Berambus!!” 
ayah memberikan kata putus, dan menolakku sekuat hatinya. Aku tersungkur. Kepalaku mulai pening, pandanganku pudar dan bertukar kelam.. 


“Apa pun, saya harap puan bersabar ya.” 
Kata-kata doctor itu mendebarkan aku. Apa pula yang harus aku hadapi ni. Aku masih lemah. Mak dan ayah langsung tak menjenguk aku di hospital. Hanya Along dan Alang yang datang melawat. Aku hanya redha. 

“Apa dia doctor? Bayi saya tak apa-apa kan?” 

“Alhamdulillah. Bayi puan selamat. Cuma, kami baru saja mendapat keputusan ujian darah puan. Maaf, tapi puan telah dijangkiti virus HIV.” 

Ya Allah. Dugaan apakah ini? Aku menangis semahu-mahunya. Ketika itu, tiada siapapun berada denganku. Along dan Alang telah pulang kerumah. Aku bersendirian. Menerima hukuman akibat perbuatanku. 


Aku kini berada di pusat perlindungan wanita, jauh dari negeri kelahiranku. Anakku pula terpaksa digugurkan, kerana rahimku sangat lemah. Aku jatuh buat kali kedua ketika menuju kebilik air di hospital tempoh hari. Mungkin kerana aku terlalu sedih dan kecewa setelah mendapat berita aku menghidap HIV, aku kurang berhati-hati. 

Tapi biarlah. Aku redha anakku pergi. Aku tak sanggup dipersalahkan jika dia turut dijangkiti kelak. Aku rela anakku pergi.

Aizat kini sudah hilang entah kemana. Yang pasti, dia juga semestinya mempunyai virus HIV. Aku hanya meneruskan sisa-sisa hidupku disini. Menanti hari, menghitung hari-hari yang berlalu. Dan aku masih mengharapkan kemaafan orang tuaku..



Walaupun kini aku sesali segalanya, semuanya sudah terlambat. Benarlah kata orang, mencegah sebelum terlambat. Seharusnya aku tidak bercinta dulu. Kerana sayanglah aku turutkan segalanya. Kononnya sayang sampai mati. Tapi ini balasannya.


Ya Tuhan, ampunkan aku. Aku terima balasan duniaMu ini, kerana aku lebih takut balasan di akhirat kelak yang nyata lebih pedih.

3 comments:

anum93 said...

hurm... skrg masalh sosial makin berleluasa...
agaknya, bile ramai yag mati sebab HIV, baru dyeorg sume nak berhenti kot...
ape nk jadilah ngan remaja skarng...
hope sngt diri ini xakan jd sperti mereka..
anyway,mmg sedih cite nie...
last2 tue, ngalir gak air mata nie..
huuhu

Bear Bee said...

anum,

yerp...sgt risau.

Hope sgt family sndri and kwn2 and diri sndiri tak mcm tu T__T

Amira Amin said...

Best.. :)
tp cerita mcm ni, macam kita dah selalu dgr je..
ape kata, next time bagi cerita complicated sikit, bykkan watak :)

btw, it's a nice story...
Good luck!