23/06/2009

Cerpen : Cinta Itu Milik Kita

Namaku Erika. Aku seorang puteri raja yang sangat cantik dan comel. 

Huhu. Aku perasan je lebih. Raja Zainuddin yang memerintah itu tentulah ayahku. Nak tahu siapa permaisuri ayahku? Namanya Salmah. Bukan Salmah Bachik ibu kepada penyanyi terkenal Malaysia, tapi Salmah Ahmad. Anak perempuan sulung mereka sangatlah beautiful, iaitu aku. hahaha. 

Main-main je. Sambung cerita. 

Permaisuri raja ini sangatlah garang. Pantang Puteri sulung mereka bangun lewat, pasti basah tempat beradu puteri itu, disimbah dengan air dari peti ais yang sangat-sangat sejuk. Kesian aku. 

Raja pula sangat penyayang. Berbanding dengan Permaisurinya, Raja lebih bertolak ansur, tapi jika Raja sedang marah atau tak ada mood, Permaisurilah tempat untuk aku dan adik-adikku yang lain berlindung. 

Negara yang diperintah Raja Zainuddin a.k.a ayah aku sangat kecil. Sebuah rumah banglo dua tingkat.


♥♥♥

“Akak, tengoklah Amin ni. Dari tadi asyik kacau Ina je. Akak, marahlah Amin ni.” 

Ish. Ni yang aku malas ni. Time aku nak berangan jadi puteri raja ada je yang kacau. Tak adik-adik aku, mesti Emak. Nak suruh tolong masak la, basuh baju la, buatkan ‘raja’ air la. 

Tapi tak apa. Sebab aku sayangkan parents aku, aku turutkan juga perintah-perintah mereka. Adik-adik aku pula, yang dah besar-besar semua duduk asrama. Tinggal yang kecil-kecil je. 

“Amin, kenapa kacau Ina? Kerja sekolah dah siap belum? Mari sini akak nak semak. Ina, ambil buku. Baca depan akak. Akak nak dengar.” 

Hoho. Senang je nak suruh mereka stop gaduh. Suruh belajar je, terus pecut. Ada yang pura-pura tidur, pura-pura sakit perut la, tak pun tiba-tiba jadi rajin kemas barang mainan. Pemalas betul. Ni mesti turun dari kakak sulung mereka ni. Hahaha.

Adik-adik aku tu automatic dah tak gaduh. Emak ada kat luar, siram pokok bunga. Ayah baca surat khabar. 

Aku?

Aku tahu termenung dalam bilik je. Nak tidur, macam tak selamat je petang-petang macam ni. Kalau kantoi dengan mak ni, mesti teruk kena ni. Tak baik tidur waktu asar katanya. 

Ni yang aku malas kalau kena duduk rumah. Tak boleh tidur petang kat rumah. Kalau kat kolej, masa ni memang waktu aku untuk mendiamkan diri dengan tidur. 

Tapi nak buat macam mana. Aku dah habis belajar. Kolej tu dah halau aku. Sob..sob.. sedihnya aku rasakan. Hahaha. 

Umur aku baru je 22 tahun. Nak kerja sambilan, mak tak bagi. Ayah pulak sokong mak. Konon sekarang tak selamat la. Itulah. Inilah. Habis, nak suruh duduk rumah? Jadi penganggur terhormat? Bosan tahap kamikaze. Ye ke? Entahlah.

Malam dalam pukul lapan biasanya kami satu keluarga makan sama-sama. Hari ni aku tolong mak masak. Enak. Ye ke? Hahaha. 

Aku tolong potong bawang je. Sebab aku nak menyiang ikan pun tak reti. Kat dapur, mak tak habis-habis membebel. Dia kata nanti tak ada orang yang nak. Alah, ni Erika lah. Apa nak dikisahkan. Berseorangan lebih baik. Biarlah adik-adik aku tu nak langkah bendul pun, aku tak kisah. Bagi aku, lelaki ni menyusahkan. Nanti semua benda nak isteri siapkan. Buat sendiri tak nak. Menyusahkan betul.


♥♥♥

“Ika, mak dengan ayah ada benda sikit nak cakap ni.” 
 Ish, lain macam je bunyinya. Mak ni suka betul buat suspen. 

“Apa dia mak? Kenapa serius je ni? Takut Ika.” 
 Aku tengok ayah aku diam je. Mak senyum, tapi senyuman yang kelat. Macam tak ikhlas je. 

“Sebenarnya macam ni Ika.” Ayah aku dah mula bersuara. 

“Anak kawan ayah nak kawin bulan depan. Semua persiapan dah dibuat. Tapi minggu lepas bakal pengantin perempuannya meninggal dunia dalam kemalangan. Ika ingat tak yang ayah bagitahu hari tu? Perempuan tu la.” 

“Ye ke ayah? Teruk sangat ke kemalangan tu sampai meninggal?” 
Kesiannya bakal pengantin lelaki tu. Seminggu je lagi. Nak buat macam mana. Dah bukan jodoh la tu.

“Teruk la juga. Kereta yang dibawa tu putus dua. Yang ayah nak bagitahu kamu ni, sebenarnya ayah nak minta tolong kamu. Ayah harap sangat. Sebab ni permintaan dari kawan ayah.” 
Ayah aku diam. Tak meneruskan kata-katanya. 

Aku dah boleh agak dah apa ‘pertolongan’ yang aku kena berikan. 

Mak pula sambung, “Tapi kalau Ika tak nak, kami tak paksa. Lagipun Ika tak kenal mereka tu. Mereka tu bukan saudara kita pun” 
Mak macam tak setuju je. 

“Tapi Sal, kawan abang tu dah banyak tolong kita. Apa salahnya kita tolong mereka pula. Takkan majlis tu nak dibatalkan begitu je.” 
Ayah membantah kata-kata mak. 

Aku diam je. Dalam hati, aku asyik fikir. Dalam ramai-ramai perempuan, kenapa aku yang kena? Ni mesti ayah yang offer. Kalau tak takkan kawan ayah tu kenal aku. 

Mak dengan ayah meneruskan perbahasan antara mereka. Aku hanya diam membisu. Makan malam kami berakhir tanpa sepatah pun perkataan keluar dari mulutku.


♥♥♥

Malam-malam berikutnya, aku solat istikharah. Aku mohon petunjuk dari Sang Pencipta, Pemilik Cinta Yang Agung. Aku bermunajat padaNya, mengharapkan petunjuk. 

Selama dua minggu berturut-turut aku solat sunat istikharah sebelum tidur. Dan hatiku begitu kuat untuk menyatakan persetujuanku. Aku begitu yakin. 

Berita itu aku sampaikan pada ayah. Ayah begitu gembira. 

“Kalau berlaku apa-apa, jangan salahkan mak. Kamu yang nak sangat. Dah lah kamu tak kerja lagi. Kamu masih muda Ika. Mak bimbang, lelaki tu tak dapat terima kamu.” 
Emak bersuara bila mendengar keputusan aku. 

Aku hanya tersenyum, lantas memeluk Emak. 

“Mak jangan risau. Ika dah buat solat sunat. Dan Ika yakin, dia jodoh yang ditentukan Allah untuk Ika. Sama ada Ika setuju atau tidak, jika dia memang jodoh Ika, tetap Ika akan kawin dengan dia suatu hari nanti.” 
Fuh. Terkeluar juga ayat yang aku praktis. Aku dah boleh agak sebenarnya. Mak mesti tak setuju. Sebab tu aku praktis awal-awal. Hahaha. Letih nak hafal ayat ni tau.

Pertemuan antara dua keluarga telah berlaku. Aku pun dah tengok dah bakal suami aku. boleh tahan. Kacak dan nampak macho. Tapi satu yang aku kurang suka, dia kerja doctor. Aku tahu, doctor memang sibuk. Mesti lepas ni aku selalu ditinggalkan bersendirian kat rumah. 

Tapi tak kisahlah, janji rezeki yang dia gunakan untuk menanggung aku nanti, rezeki yang halal. 

Dalam dua minggu, mak dan bakal ibu mertua aku bawa aku ke sana-sini. Spa, butik-butik dan aku juga dikenalkan dengan saudara-saudara sebelah pengantin lelaki. Kad kawin dah dicetak yang baru. 

Kawan-kawan aku semua terkejut, bila dapat tahu aku nak kawin. Hahaha. Aku mendahului mereka. Dulu Alia selalu angkuh dengan boyfriendnya. Sekarang, aku tak perlukan teman lelaki pun, terus kawin. Kan senang, tak banyak dosa. Bercinta je lepas kawin.

Cuma, sampai sekarang aku tak tahu bagaimana penerimaan bakal suami aku tu nanti. Masa bertemu dulu, hanya mak dan ayah yang bercakap. Aku dan dia masing-masing diam dan mendengar je. Kalau tak silap aku, namanya Luqman. Luqman Hakim. Ye la kot. 

Bila aku fikir-fikirkan semula, gabungan nama Luqman dengan Erika macam tak seronok je. Hahaha. Tak kisah la.


♥♥♥

Hari pernikahan telah tiba. Aku asyik berdebar-debar. Rumahku bising dengan saudara-mara yang datang dari jauh dan dekat. Adik-adikku semuanya pulang. Mak pula nampak berseri-seri. 

Sejak dua tiga hari ni, mak asyik marah-marah. Ayah kata, biasalah tu. Anak sulung nak kawin. Tapi nasib baik hari ni mak nampak ceria. 

Pukul sepuluh, pengantin lelaki tiba. Kami pakai baju warna putih sedondong. Aku berdebar-debar bila melihat gambar Luqman yang adik aku ambil menggunakan telefon berkameranya. Dia kelihatan segak berbaju melayu putih dan bersongkok. 

Aku masih berada dalam bilik ketika itu. Tak tahu bila akan dipanggil keluar. Berdebarnya. 

Tiba-tiba mak masuk. Mak memimpin aku keluar. Aku berjalan keluar sambil kepalaku tunduk. Sangat-sangat malu untuk mengangkat wajah. Kurasakan, semua mata yang berada di situ tertumpu padaku. Aku mendengar suara-suara yang memuji-muji kecantikkan aku. hahaha. Bangganya aku~~jangan ikut, tak baik riak. Hahaha.

“Aku terima nikahnya, Erika Binti Zainuddin dengan mas kawin yang disebut tunai.” 

“Sah!” 

Dengan sekali lafaz berwalikan ayahku sendiri, aku dah bertukar status. 
Rasa begitu sekejap aku memegang gelaran cik. Sekarang sudah bertukar menjadi Puan Erika, isteri kepada Luqman Hakim. 

Saat itu, air mataku mengalir. Aku sayu. Kini aku jadi milik orang. Tambahan pula Luqman tidak ku kenali dengan begitu dekat. Mak pula turut menangis disisiku. Ayah hanya memandang kami sekilas dengan penuh pengertian. 

Bila tiba acara membatalkan air sembahyang, jantungku berdegup kencang. Luqman datang kepadaku, dan melutut sambil tersenyum manis. Oh, kacaknya suamiku. Hahaha~gatal. 

Dia memegang tanganku sambil menyarungkan cincin. Saat itu pasti dia dapat rasakan tanganku yang sejuk dan menggeletar. Selepas kami bersalaman, dia cium dahiku dengan penuh kesyahduan. Entah kenapa, saat bibirnya menyentuh dahiku, aku rasakan kesejukan mengalir diseluruh tubuhku. Hahaha. Ayat jiwang. 

Selepas itu, diadakan doa selamat dan sedikit kenduri. Kami langsung tidak bersanding, kerana tiada kesempatan waktu untuk menyiapkan pelamin. Mungkin akan bersanding di majlis pihak lelaki nanti.

Malam itu, sesudah solat isya’, aku menolong emak dan saudara-maraku yang lain mengemas apa yang patut. Walaupun penat, tapi aku gembira dengan kehadiran kawan-kawanku. Luqman pula berbual bersama ayah dan beberapa orang kenalan ayah di luar rumah. 

Sedang aku asyik mengemas, Mak Long Sarah, kakak sulung emakku datang berbisik padaku. 

“Dah la tu Erika. Pergi masuk bilik, mandi dan bersiap. Inikan malam pertama kamu.” 
Saat itu, mukaku bagai disimbah minyak yang panas mendidih. Malu giler aku dengar ayat malam pertama tu. 

Emak pula pandang aku sambil senyum-senyum. Aku pun membalas dengan senyuman seperti kambing, dan berlalu ke bilik pengantin yang dihias indah. 

♥♥♥

Aku mengambil keputusan untuk mandi, memandangkan aku berpeluh selepas menolong emak tadi. Selesai mandi, aku tersentap melihat Luqman berada di atas katil, sambil membaca buku. Macam ku kenal buku tu. Oh no! Diari aku. 

“Awak, tu diari saya. Janganlah baca!” 
aku lantas cuba merampas diari itu. 

Luqman hanya tergelak dan mengangkat buku itu dengan tangannya agar lebih tinggi. Terlompat-lompat aku cuba mencapainya. 

“Janganlah baca. Tak baik tau. Tu diari saya.” 
Dah hilang segala debaran malam pertama aku. Marah bercampur malu menguasai diri. 

“Tak kira. Siapa suruh letak diari bawah bantal. Abang jumpa, abang bacalah.” 
Luqman bersuara. Abang? Hahaha. Belum pernah dalam hidup aku panggil orang abang. Even senior lelaki pun aku panggil guna nama je. Aku masih cuba merampas diariku dari tangannya. Dia tergelak-gelak. Suka bila melihat aku marah.

“Huh. Benci!” 
Aku pura-pura merajuk. Muncungku sengaja aku panjangkan. Hahaha. Gedik tak aku ni?

“Laa, janganlah merajuk. Nah, ambil balik diari ni. Abang baca sikit je tadi. Sorry sayang” 
eceh, Luqman panggil aku sayang. 

Lantas aku mengambil buku itu dengan kasar. Marah masih berbisa. Aku ingin berlalu, tapi tangan Luqman pantas memegang tanganku dan meraih aku dalam pelukkannya. 

“Thanks Ika, sebab sudi terima abang.” 
Luqman berkata lembut. Aku hanya diam. Terkejut dengan tindakan Luqman memelukku. 

“Ika?”
Luqman memanggil namaku bila aku diam membisu. 

“Marah lagi ke? Sorry la sayang. Abang nak tahu je apa yang sayang tulis. Sorry ya.”

“Tak, saya tak marah. Cuma terkejut. Awak boleh ke terima saya dalam hidup awak?” 
aku tanya soalan yang bodoh padanya. Hahaha. Memang tak tahu nak kata apa sebenarnya masa tu. 

“Sayang terkejut? Kenapa? Sebab abang peluk ya? Nak suruh peluk kuat lagi ke?” 
Luqman mengusik. Aku hanya tersenyum malu sambil cuba menolak badannya. 

“Janganlah. Seganlah macam ni awak.” 
Aku bersuara perlahan. 

“Nak segan apanya. Kan dah jadi isteri abang. Abang nak tanya sesuatu pada Ika. Ika sebelum ni dah punya kekasih hati ke?” 
Aku hanya menggeleng. 

Lantas aku bertanya, “Kenapa?” 

“Habis tu kenapa tak panggil abang ni guna gelaran ‘abang’? Gunalah panggilan abang. Kan romantic. Sayang, abang harap lepas ni, kita hidup bahagia. Terima kasih sangat-sangat, sebab sudi jadi pengganti arwah Munirah. Abang akan cuba sayangi Ika seadanya. Kita sama-sama bina keluarga dan kasih sayang antara kita ya.” 

Kata-kata Luqman menyebabkan aku terharu. Tak kusangka, walaupun kehilangan insan yang disayangi, dia masih boleh menerima aku. 

“Ika pun sama. Abang pimpinlah Ika sebaik-baiknya. Ika akan berusaha menjadi isteri yang sempurna untuk abang. Abang bantulah Ika untuk menjadi isteri solehah.” 
Pelukan Luqman semakin erat apabila aku bersuara. Aku dapat rasakan ada air hangat yang menitis di bahuku.
“Abang nangis ke?” 

“Abang menangis sebab abang bersyukur sangat. Walaupun Tuhan uji abang dengan kehilangan Munirah, tapi Dia ganti dengan yang lebih baik. Abang benar-benar bersyukur. Terima kasih Ika.” 
Pelukan kami terlerai. Aku sapu airmatanya dengan tanganku sambil memberikan senyuman manis padanya. Luqman turut senyum padaku sambil berkata 

“Abang sayang Ika.”
Kata-kata itu sungguh bermakna bagiku. Lalu aku membalasnya. 

“Ika pun sayang abang.” 
Dan malam itu kami habiskan dengan bercerita tentang diri masing-masing, dan kami mencipta nostalgia indah kehidupan suami isteri buat pertama kalinya.

“…Ketika Cinta Bertasbih
Nadiku Berdenyut Merdu
Kembang Kempis Dadaku
Merangkai Butir cinta
Garis Tangan Tergambar
Tak Bisa Aku Menentang
Sujud Syukur PadaMu Atas Segala Cinta…”


♥♥♥

Aku sangat bersyukur memiliki insan yang bernama Luqman Hakim sebagai suami. Walaupun dia selalu sibuk dengan kerjanya sebagai doktor, kami sempat habiskan masa berkualiti bersama. 

Kini sudah dua bulan kami berkahwin. Kehidupan kami semakin bahagia. Darah manis katakan. Aku pula semakin rajin menuntut ilmu memasak dengan Emak. 

Emak sering mengungkapkan ayat ni pada aku, “Itulah, dulu mak suruh belajar masak tak nak. Sekarang dah kawin baru nak belajar. Padan dengan muka tu.” 

Hahaha. Aku sebenarnya bernasib baik, sebab Luqman pandai memasak. Kadang-kadang dia menolong aku di dapur sewaktu dia dirumah. Aku paling bahagia dan gembira taktala dia memeluk aku dari belakang secara tiba-tiba. Dia selalu mengungkapkan kata-kata sayang dan cinta padaku. 

Kami betul-betul seperti pasangan yang baru bercinta. Tapi memang pun. Sebab kami memang baru kenal dan baru je jatuh cinta. Hahaha. Aku begitu sayangkan dia. Terlalu sayang. Kami belajar perlahan-lahan menerima kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing. Emak dan ayah pula begitu gembira apabila aku katakan yang aku bahagia dengan perkahwinan ini.

“Sayang, hari ni masak apa?” 
Aku terkejut. Luqman selalu begini. Datang secara tiba-tiba dan memelukku dari belakang. Entah bila dia pulang dari kerjanya. 

“Abang dah pulang? Tak tahu lagi bang. Nak masak udang ni, tapi tengah fikir lagi nak masak lauk apa. Abang nak makan apa hari ni?” 
Kataku lantas menciumi pipinya. Aku selalu begitu ketika menyambutnya pulang dari kerja. 

“Masak udang goreng merah je la. Lama abang tak makan lauk simple macam tu. I miss you lah sayang. Ika rindu abang tak hari ni?” 
Luqman seperti biasa. Mengungkap kata rindunya. Tangannya makin erat memelukku. 

“I always miss you darling. Abang selalu sibuk. Kesian Ika sorang-sorang kat rumah ni. Selalu teringat dan rindu kat abang bila abang pergi kerja.” 
Aku sengaja menekankan perkataan rindu tu. Aku tahu, dia mesti bahagia mendengarnya. 

“Ya ke? Abang sebenarnya ada surprise untuk Ika. Nak tahu tak?” 
Luqman sengaja bermain kata-kata denganku. Aku begitu teruja mendengar perkataaan surprise darinya. 

“Ya ke? Apa dia bang? Bagitahu la. Tak sabar nak tahu ni.” “Boleh. Tapi dengan syarat, bagi French Kiss kat abang dulu.” 
Luqman ni memang nakal. Geram aku dibuatnya. 

“Ala abang ni. Yang kiss-kiss tu malam ni la. Apa dia surprisenya. Nak tahu. Cepatlah.” Aku mendesak sebab aku begitu teruja. 

“Janji malam ni tau. Abang sebenarnya, dah dapat cuti dua minggu. Abang nak bawak sweetheart abang ni pergi honeymoon kat Bali. Ika suka tak?” 

“Ye ke bang? Thank you sayang.” 
Aku begitu gembira, lalu memeluknya dengan tangan yang masih kotor dengan udang. 

“Ish, apa ni sayang. Dah kotor baju abang. Nasib baik abang tak tukar baju lagi.” 
Luqman tetap membalas pelukanku, walaupun mengomel bajunya akan kotor. Dia mencium pipiku berulang kali. Aku dapat rasakan kehangatan cintanya. Aku begitu bahagia. Terima kasih Tuhanku. Kau anugerahkan aku lelaki sebaik ini sebagai suami. Terima kasih wahai Pemilik Segala Cinta.


♥♥♥

“Abang, berapa kali Ika nak kena bagitahu, janganlah letak towel ni atas katil. Kan dah basah katil ni. Ni mesti nak kena tukar cadar lagi.” 
Aku menarik muka masam apabila melihat tuala basah milik Luqman berada di atas katil. Entah mengapa, aku begitu geram dengan sikapnya yang suka mengambil mudah hal remeh temeh seperti itu. Namun bagiku, perkara seperti ini sangat memenatkan. 

“Sorry sayang. Lepas ni abang tak buat lagi.” 
Luqman mengangkat tangannya seolah-olah bersumpah. Dia tahu aku sedang marah. 

“Abang selalu macam tu. Lepas ni sure abang akan buat lagi. Ika penat abang tahu tak. Ika…” 
Belum sempat aku habiskan ayatku, Luqman lantas menarik tanganku, mendorong aku bergerak menuju kearahnya. 

“Sayang, abang tahu sayang penat. Abang tahu, dari pagi, sampai abang balik kerja Ika buat kerja rumah. Kemas rumah. Tapi Ika pun kena fahami abang. Abang lelaki. Bagi lelaki macam abang, perkara macam ni perkara biasa. Bukan benda yang perlu dibesarkan sampai kita perlu bergaduh. Dan memang tugas Ika untuk tegur abang, bukan marahkan abang. I’m sorry okay. Lepas ni abang akan cuba, letak towel ni kat tempat sidaian. Abang tak sepahkan almari. Tak perlu lah Ika buat muka macam tu. Abang tak suka tengok.” 

Adoi. Panjang jugak leteran Luqman kali ni. Membuatkan aku rasa bersalah. 

Ya, aku akui. Aku tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. Tiga bulan usia perkahwinan kami belum cukup matang untuk aku memahami semua perkara dalam berumahtangga.

“Abang, Ika minta maaf. Ika tak sengaja marahkan abang. Ika tahu Ika salah bila Ika tarik muka depan abang. Ika minta maaf bang. Ika akan cuba tak buat lagi. Tapi abang janganlah naikkan angin Ika. Ika pun…” 

“Ya sayang. Abang pun salah. Abang mintak maaf. Meh sini abang peluk. Tak perlulah nangis.”
Luqman menarik aku dalam pelukannya. 

Aku yang asalnya hanya bergenang airmata, kini mengalir sudah mutiara jernih itu dipipi. Aku memeluknya erat. 

Sempat aku berkata padanya, “Abang ni pandai ambil kesempatan nak peluk-peluk orang” 

Luqman ketawa kecil lalu membalas “Biarlah abang peluk isteri abang. Bukan abang peluk orang lain pun. Tapi sekarang ni siapa yang ambil kesempatan peluk kuat-kuat? Abang ke Ika?” aku hanya ketawa. Malah sengaja aku eratkan pelukan kami. 

Luqman mencium ubun-ubun kepalaku. Aku hanya membiarkan saat tangannya bebas membelai-belai rambutku. Aku bahagia diperlakukan begitu.


♥♥♥

Mak dan ayah datang ke rumah kami beberapa hari setelah kami pulang dari bercuti di Bali. Aku begitu gembira bila Mak kata mahu tinggal dirumahku untuk sehari dua. Luqman memberikan persetujuan dengan alasan aku tidak kesunyian ditinggalkan bersendirian di rumah. Adik-adikku Ina dan Amin turut bersama Mak dan Ayah. 

Waktu makan malam buat pertama kalinya rumahku yang selalunya dipenuhi suasana romantic aku dan Luqman, hingar bingar dengan suara Amin dan Ina. Aku berbual-bual dengan Mak sementara Luqman yang baru pulang berbual-bual dengan Ayah. 

Tiba-tiba ayah tanyakan soal anak. Aku hanya diam. Luqman pula tersenyum sambil memandang aku. 

“Belum ada rezeki lagi la tu agaknya. Abang ni pun satu, sabar-sabarlah. Diorang ni baru je kawin. Nak duduk berdua-dua dulu. Lepas ni dah ada anak, susah nak menikmati masa berdua..” 
Fuh. Nasib baik mak tolong back-up. Kalau tak, aku pun tak tahu nak jawab apa. 

Seboleh-bolehnya, aku tak nak mengandung lagi. Aku takut untuk menghadapi proses melahirkan. Aku tahu ia amat menyakitkan. Luqman hanya senyum. Ayah mengangguk perlahan-lahan tanda mengerti. Aku pula hanya termenung. Mak dan ayah seolah-olah mengharapkan cucu. Sedangkan aku, begitu takut untuk mengandung. 

Dan pastinya lepas ini, Luqman akan mendambakan perkara yang sama. Tapi setahu aku, kami tak pernah merancang. Aku hanya berdoa segala yang terbaik untuk kami berdua, juga untuk ibubapaku.

♥♥♥

“Sayang, abang tak tahu kenapa, abang asyik teringat-ingat pertanyaan ayah tadi.” 
Luqman berkata ketika kami berada dalam bilik, bersiap-siap untuk tidur. Dapat aku jangkakan, Luqman pasti akan utarakan persoalan ayah sebentar tadi. Aku hanya tersenyum. 

“Ika dengar tak apa abang cakap ni?”
Luqman cuba menarik perhatianku. Lantas aku menuju kearahnya yang berada di atas katil, langsung aku memeluknya. Aku sudah terbiasa, malah aku berasa begitu janggal jika tidak memeluknya. 

“Ika dengar bang. Cuma Ika sebenarnya takut.” 

“Takut? Ika takut apa?” 
Luqman mengosok-gosok belakangku. Kami membetulkan posisi masing-masing agar lebih selesa. Tanganku masih memaut lehernya. 

“Ika takut, kalau Ika mengandung nanti, bila sampai masa nak lahirkan baby tu, mesti sakit. Ika takut.” 

“Laa, memang la sakit kalau nak lahirkan anak. Tapi memang itu lah adatnya. Kalau tak sakit macam mana baby tu nak keluar. Sakit tu yang mengeratkan kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Lagipun, tengok mak Ika, boleh je lahirkan sampai enam orang anak.” Luqman bersuara perlahan. 

Aku akui hakikat itu. Aku kemudian mengubah posisiku. Aku berbaring dan tanganku pula memeluk pinggangnya. 

“Tapi Ika takut la. Abang nak ke anak?” 

“Mestilah nak. Kalau boleh abang nak ramai anak. Bolehlah sayang. Takkan nak biarkan rumah kita ni sunyi je.” Luqman berusaha memujukku. 

Hahaha. Aku hanya ketawa di dalam hati. Mana mungkin dengan memujukku kami akan mendapat anak. Sedangkan kami tak pernah merancang. Bahkan kami selalu ‘bersama’ bila-bila masa yang kami inginkan. 

“Tak apalah bang. Ika redha je. Kalau ada rezeki, adalah tu,kan?” 

“Ika tak perlu takut sangat. Abang selalu je tengok orang bersalin. Selamat je, insyaAllah. Jom tidur sayang. Abang penatlah hari ni. Banyak patients sekarang ni.” Aku hanya tersenyum, dan meletakkan kepalaku didadanya. Kami tidur dengan nyenyak.


♥♥♥

“Tahniah Puan. Puan mengandung dua bulan.” Aku bagaikan tidak percaya kata-kata doctor perempuan Cina itu sebentar tadi. 

Bagaikan seluruh rahmat kurniaan Ilahi di muka bumi ini milik aku. aku begitu bahagia. Tak dapat aku gambarkan perasaanku ketika itu. Hilang segala gusar dan takut yang menguasai sebelum ini. Tak sabar rasanya aku mahu khabarkan berita gembira ini pada suamiku, mak dan ayah. Tidak kusangka pening dan loyaku selama seminggu merupakan petanda kehadiran benih suci ini dalam rahimku. 

Aku pulang ke rumah dengan kereta yang kupandu sendiri. Aku memandu dengan berhati-hati. Setibanya aku di rumah, kulihat kereta suamiku berada di garaj. Awal Luqman pulang hari ni. Aku terus masuk kerumah sejurus aku memakirkan keretaku di garaj. Aku mencari Luqman di dalam bilik. Ku lihat dia sedang berbaring lemah di atas katil. Aku terus menuju ke arahnya. 

“Abang, abang okay tak ni? Kenapa nampak macam tak sihat?” 

“Ika. Ika pergi mana tadi. Risau abang.” 
Luqman bersuara lemah, langsung tidak menjawab soalanku. 

“Ika pergi klinik bang. Abang ni kenapa? Demam ke?” 

“Entahlah. Abang rasa tak sedap badan. Pening-pening. Rasa nak muntah pun ada.” 
Mendengar jawapannya, aku terus ketawa. Bagiku Luqman begitu kelakar. Aku pernah dengar cerita bahawa jika isteri mengandung, suami turut mengalami alahan. 

“Kenapa ketawa ni, abang kan tak sihat.” 
Luqman masih bersuara perlahan dan lemah, namun masih ada nada manja. Aku segera mencium pipinya. 

“Abang nak tahu tak kenapa abang tak sihat? Sebenarnya, Ika mengandung bang. Dua bulan. Sebab tu abang pun turut loya-loya macam Ika” 
Kataku seraya mengangkat dua jari. Luqman yang masih di pembaringan terus bangun. 

“Ya ke? Alhamdulillah. Subhanallah. Tuhan dah makbulkan doa abang. Terima kasih sayang. Terima kasih sebab hamilkan zuriat abang.” 
Lantas dia memelukku seeratnya. Aku membalas pelukannya dengan penuh kebahagiaan dan kesyukuran yang tidak terhingga.

6 comments:

anum93 said...

actually, cite nie, cam sama skit ngan novel Sepupuku Suamiku, cuma mereka sepupu n wanita yg pernah hero nie ska, hidup lagi...
tp saya xlah kata penulis tiru cite tue... coz, cite nie, dah lama disiarkan...
best sngt, coz anum suka cite2 romantic... huhuhu gatai...

Bear Bee said...

Anum,

eh, sama eh??
Ntah la. Masa tulis citer ni, based on true stoy, but edit skit2.. it should have part 2 actually.. xsiap lagi :)

anum93 said...

i'm waiting for part II... ^_^

Bear Bee said...

Anum,

i hope i could finish that part very soon..but i;m really busy with the life :(

but i'll post it here bila da siap nnti k!
Thanx dear :)

Cik Haz! said...

true story??wow..sweetnya..

Hakim said...

Bole lh cerita ni